"I don't care who you are to Maria, but once again you try to touch her, I'll report you to the police for sexual harassment!"
Hui memandang lelaki di depannya ini tajam. Maria mengeluh di tepi.
Drama apa yang sedang berlaku ni?
+++
30 minit sebelum
Ring! Ring!
Telefon Maria berdering sebaik dia masuk ke bilik pejabatnya. Panggilan dari Louis.
"What do you want?" soal Marian tanpa bertukar salam.
Louis ketawa di hujung talian.
"Tak ada salam, tak ada intro. Terus attack? So, did you accept it?" soal Louis merujuk pada perbincangan antara Maria dengan DPS Production.
Pada mulanya Maria terkejut tentang macam mana Louis tahu tapi bila ingat balik bahawa Louis adalah investor utama drama ni, hilang terkejutnya tadi.
"Not yet. I kena check schedule I dulu. I'm a full-booked actress you know." jawab Maria dan dia mengambil tempat di kerusinya.
"You are not that busy sebab most jadual shooting drama and movie you dah habis. Jangan nak cari alasan."
Maria mengeluh. Nak menipu pun susah dengan Louis ni!
"Ah tak kisahlah tapi sama ada I terima atau tak, ianya tak ada kaitan dengan you." balas Maria. Louis ketawa lagi namun kedengaran fake di telinga Maria.
Ketawa 'standard' Louis Aryan.
"Yeah yeah I got it. Anyway, get ready. I'm on my way to pick you up. You tak lupa kan appointment hari ni?"
"Ya. Ya."
+++
Balik ke masa sekarang
"Enough you two. Hui, calm down. As bad as this guy look, he is harmless. Also, aku ada lunch appointment so aku tak makan kat sini." Maria yang tadinya berdiri di sisi Hui kini sudah beralih ke sisi Louis.
"Louis jom. I don't want to be late for the appointment." Ajak Maria dan dia mula berjalan keluar.
"Alright my dear." Kata Louis sambil matanya melirik ke arah Hui. Dia menyaingi Maria dan dari tempat Hui berdiri, dia nampak mereka berdua berjalan dan ada rasa tidak selesa mula bersarang di hatinya.
'As bad as this guy look, he is harmless?' As if! desis hati kecil Hui.
+++
"Maria, sampai hati you cakap I'm bad looking just now." Kata Louis sambil dia menekan pedal minyak.
Kerana tengah hari ini adalah perjumpaan keluarga, Louis memandu sendiri dari pejabatnya dan mengambil Maria di Fly High.
"Stop calling me 'dear' in public Louis. I tak nak terlibat scandal dengan you." kata Maria tanpa mengendahkan kata-kata Louis.
"Do you hate seeing our names together in the same news that much, Maria?"
"Ya."
Louis ketawa sinis.
"But you don't mind having scandal with any random guy?" soal Louis lagi.
"As long as that guy's not you, I'm okay with it. A bonus if the guy is super handsome." jawab Maria selamba sambil scroll sesuatu di telefonnya.
Louis mengangguk.
Keadaan kembali sepi di dalam kereta sebelum Maria berkata;
"Video kat cafe tu. Did you take it down?"
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomantizmFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...