Take #17

148 17 2
                                    

Fly High Company HQ, Tingkat 6

Maria memandang Hui sambil bersandar pada sofa, kedua tangan di silangkan. Hui menunduk sambil bermain jarinya.

Dejavu!

Semalam macam ni, hari ni pun macam ni.

"So-"

"Saya minta maaf Cik Maria!" potong Hui. Dia masih menunduk, tidak mampu memandang Maria.

Apa yang dia buat semalam memang mengundang kemarahan Maria. Sudahlah dia tinggalkan Maria di kereta tanpa sebarang penjelasan malah mereka sepatutnya dalam perjalanan ke lokasi penggambaran!

"Oh wow! Kau tahu guna bahasa yang formal bila kau tahu kau salah ya. Impressive." Kata-kata Maria berbau sindiran.

Hui masih diam, memandang lantai.

"Look at me." arah Maria namun Hui masih tidak berganjak. Jujurnya dia takut. Apa yang dia takutkan, dia pun tak tahu. Mungkin aura Maria saat ini yang buat dia rasa seram sejuk.

"Pandang aku, Hui." kali ini suara Maria sedikit tegas membuatkan Hui akhirnya mengangkat wajahnya dan memandang Maria.

Baru kali ini dia dapat melihat wajah Maria dengan jelas dan dia perasan ada lingkaran hitam mula terbentuk di bawah mata Maria.

Dia overwork ke? Sempat hatinya berbisik.

"Kau ingat aku marah kau tentang hal semalam?" soalan Maria dibalas dengan anggukan oleh Hui.

Maria mengeluh.

"First, aku tak marah tentang hal semalam. Kalau aku kat tempat kau pun aku akan buat benda yang sama. And second, stop acting all gloomy. Your mum will hate it if she saw you like this." kata Maria.

"Macam mana..."

"Aku boleh tahu apa sahaja yang aku nak tahu hanya dengan satu panggilan. Plus nak juga aku tahu apa yang buat kau rushing sampai macam tu sekali even sanggup tinggal aku kat parking lot. Kau tahu, sebab aku lambat sampai semalam, shooting delay for several hours." Kata Maria dan Hui terasa pedihnya sampai ke hati.

"Aku minta maaf Maria." pinta Hui lagi.

"Lah dah balik kepada informal tone? So fast." Maria kemudian ketawa sendiri.

"Aku betul-betul minta maaf Maria. Kau bagitahu aku, apa yang aku boleh buat untuk tebus kesalahan aku semalam. As long as it can compensate to what I have done yesterday, I'm willing to do anything. Aku rasa bersalah sebab semua ni terjadi sebab aku." Ayat yang terakhir itu hampir tidak kedengaran di telinga Maria.

"Well ada betulnya jugalah. Since shooting semalam delay, Irana punya schedule pun kena adjust. Everything's kinda messed up semalam. Tapi akhirnya semua okay, so I guess it's fine. Don't be sorry."

Aduh sekali lagi seperti panah menusuk tepat ke hati Hui sebaik Maria selesai berkata-kata.

"Then... just said it. Apa sahaja yang kau nak aku buat, aku akan ikut. Tanpa banyak soal." Kata Hui serius. Dia memandang Maria.

Maria memandang Hui untuk beberapa ketika kemudian senyuman terukir di bibir Maria.

"Apa-apa sahaja?" kata Maria, masih dengan senyuman yang memberitahu ada sesuatu di kepalanya.

Teragak-agak Hui mengangguk.

Ah aku tak suka bila dia senyum macam tu. Senyuman penuh 'scheming'.

"Great. Then, whatever happened onwards, there's no turning back ya Encik Hurul Iman. The whole conversation have been recorded." Maria mengangkat telefonnya dan menunjukkan rakaman suara yang dipasang.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now