Take #37

127 16 0
                                    

Lune Private Hospital

"Apa sebenarnya yang terjadi Maria? Kau koma tiga hari. Ni bukan sebab kau skip makan kan?" soal Hui sambil mengesat hidungnya dengan tisu yang dihulurkan oleh Brian.

Maria berpaling dari Hui dan diam lama.

Melihat respon Maria buat Hui berkata;

"It's okay. Semua orang ada something yang mereka tak boleh nak kongsi dengan orang lain. Tapi-"

"One day. One day bila aku dah ready, aku akan cerita kat kau. Everything about that time." potong Maria sambil dia senyum segarit.

Hui mengangguk. "Okay, aku akan tunggu."

"Brian, Hui, cepat keluar. Louis baru sampai ke hospital dan sekarang sedang menuju ke tingkat VVIP." Lapor Rex.

Brian memandang Hui, memberi isyarat untuk mereka pergi.

"Later aku datang lagi." sempat Hui berkata pada Maria sebelum dia pergi.

"No need. Maybe esok aku dah discharge. Jumpa kat pejabat je." balas Maria. Nadanya masih lemah. Hui mengangguk sebagai balasan.

Mereka berdua kemudian keluar dari wad Maria dan berjalan laju menuju ke corridor utama bila mereka mendengar derapan kaki yang semakin mendekat. Brian menghentikan langkah Hui dan dia mengintai sedikit.

"Damn. Diorang on the way ke sini. Masuk wad balik." kata Brian sebaik dia melihat bodyguard yang di pintu tadi kini menuju ke arah wad Maria.

Brian memberi isyarat untuk Hui mengekorinya dan mereka kembali ke wad Maria.

"Apa pun yang jadi, jangan bagi diorang masuk tandas dan buka almari." kata Brian pada Maria sambil tangannya menolak Hui ke dalam almari dan menutupnya rapat.

"Okay." Maria mengangkat isyarat 'okay' dan melihat Brian menghilang ke dalam tandas.

Tepat saat pintu tandas tertutup, pintu wadnya terbuka. Wajah Louis berada di antara bodyguard yang menemaninya.

"Hello. Nice to meet you. Looks like I'm still alive." Maria senyum tapi wajah Louis dingin- seperti biasa.

+++

Louis duduk di sofa sambil doktor dan jururawat memeriksa keadaan Maria. Hui yang menyorok di dalam almari dapat melihat Louis dan Maria dari celahan di pintu almari ini. Dia dapat melihat Louis yang dari tadi tidak putus memandang Maria.

That look again. Seriously, apa hubungan dia dengan Maria? Yang sebetulnya.

Doktor dan jururawat selesai memeriksa dan Louis kembali ke sisi katil Maria.

"Keadaan Cik Maria stabil dan tiada masalah. Cuma dia masih perlukan rehat dan makan yang secukupnya bagi memulihkan tenaganya. Jika tiada apa-apa, Cik Maria boleh discharge hari ini." kata doktor yang merawat Maria.

Hui mengangguk faham.

"Okay saya akan maklum bila nak discharge. For now, you can dismissed." Arah Louis dan doktor serta jururawat itu keluar dari wad Maria.

"Telefon I mana?" pinta Maria selepas pintu wadnya kembali tertutup.

Louis menarik kerusi untuk duduk di sebelah katil Maria. Dia mengeluarkan telefon Maria dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada Maria.

Maria menyambut telefonnya dan perasan ada tompokan merah di hujung cuff kemeja yang dipakai Louis saat ini.

Laju dia memegang lengan Louis. "Wait. Apa ni?"

Belum sempat Louis menarik lengannya, Maria sudah terlebih dahulu menarik lengan Louis rapat ke hidung dan menghidunya.

"Bau darah."

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now