Take #72

63 13 3
                                    

INSTAGRAM

+++

maria_anne.official [LIVE]

Maria menaip komen di video livenya sambil menjeling pada jumlah penonton yang makin meningkat di penjuru kanan skrin. Latar belakangnya adalah dinding wad bewarna kelabu lembut dan kepala katil hospital yang didudukinya saat ini. Pakaiannya adalah gaun hospital mint green dan tangan kanannya jelas berbalut dan disokong oleh kain anduh bewarna biru. Pun begitu, dia masih gigih menaip dengan dengan tangan kirinya.

"Wow ramainya masuk. Dah dekat 3 ribu!" kata Maria kemudian dia ketawa sendiri.

@familiar_ph just now

Hi from Philippines!!!

@winwinnie just now

Maria, marry me!

@maria_is_life just now

SO PRETTTTYY!!!!

"Maria, marry me?" Maria ketawa kecil sebaik dia membaca komen dari peminatnya itu.

Dia menghantar mesej yang ditaip tadi dan terus pinned komennya sendiri.

maria_anne.official | pinned

"I'M GETTING MARRIED!"

"Sorry guys but I'm already engaged." Kata Maria sambil menayangkan sebentuk cincin yang tersemat di jari manis di tangan kirinya.

Sebaik Maria habis berkata-kata, ruang komen menjadi tidak terkawal. Dengan penonton live yang mencecah 10 ribu saat ini, komen-komen yang memenuhi ruang tidak dapat dibaca satu per satu-

@sonicepol just now

WHAT? WHAT? WHAT!!!!!!!

@dayanatrisya just now

Apa ini Maria! Plot twist apakah ini?!! T.T

@syluslove just now

WHAAAAAATTTTTT!!!! NO!!!!!! YOU'RE JOKING!

Walaupun dengan komen yang bertalu-talu masuk, Maria sempat membaca beberapa komen dan sejujurnya, dia terhibur. Sempat dia tangkap komen dari Fiffy.

@afifah_fiffy just now

CIK MARIA!!!! ARE YOU CRAZY?!!!! HERE?! KAT SINI?! CIK BUAT PENGUMUMAN KAT SINI?!

Tawa Maria lepas.

Maaf ya Fiffy. Later aku bagi bonus kat kau. But for now-

"I'm not joking guys! Ini betul-betul, bukan cubaan. I-"

"Maria, perisa yogurt yang kau nak tu tak de. Tapi aku beli semua perisa yang ada since I don't know which one you want. Also aku beli your favourite Beryl's chocolate." Bersungguh Hui bercerita tanpa dia sedar Maria sedang on live.

Maria memandang Hui dan melihat plastik yang dibawanya. Terangkat sebelah keningnya melihat plastik bersaiz sedang itu sarat dengan yogurt pelbagai perisa, beberapa kotak coklat, air mineral dan juga buah potong.

"Banyaknya kau beli. Siapa yang nak habiskan?" soal Maria, matanya masih memandang Hui.

Hui menapak menghampiri birai katil apabila Maria membuat isyarat bahawa dia sedang live. Terus Hui menarik kerusi dan duduk agak jauh agar wajahnya tidak kelihatan di dalam live Maria.

"Benda tak basi. Nanti boleh simpan dalam fridge." Jawab Hui selamba.

Maria geleng kepala dan kembali memandang kameranya.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now