Bang!
Bang!
Bang!
Berdas das tembakan berbalas. Musuh sudah ramai tersungkur ramai juga masih bertahan. Pihak musuh sudah semakin sedikit. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi.
“ Drop your weapons down! ”. Ujar Jibran dengan nada keras.
Dua orang lelaki itu masih berkeras tidak mahu meletakkan senjata mereka. Mereka mengendahkan tengkingan Jibran
“ Kau main main eh! ”. Ujar Jibran sinis.
Bang!
Sedas tembakan diarahkan di sisi kedua orang lelaki itu.
“ I said drop your weapon now! ”. Ujar ya lagi. Kali ini dengan segugus tembakan.
Setelah di ugut barulah kedua dua mereka meletakkan senjata kebawah.
Jibran memberi arahan kepada komando bawahannya untuk mengikat dua lelaki tadi.
“ Tuan? ”. Soal salah seorang komando kepada Jibran
“ Gari mereka ”. Jawab Jibran
“ Roger Tuan ”. Sepantas kilat beberapa komando itu menuju ke arah dua orang itu lalu menggari mereka.
Setelah itu mereka manarik nafas lega.
" Mission accomplished ! ”. Ujar Atfaz kepada Jibran. Sambil membuat high five. Kemudian Atfaz beralih ke anggota lain
“ Well done everyone! ". Ujar Atfaz dengan nada riang kepada semua team mereka sambil menepuk tangan.
Sepanjang mereka menjalankan misi tidak pernah sekali mereka gagal. Semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah. Musuh dapat ditumpaskan dengan sempurna.
" Alhamdulillah, it's over Faz ". Balas Jibran dengan nada sedikit rendah. Penat hentam musuh! Kedengaran juga suara suara lega para komando yang lain.
Akhirnya selesai juga misi kali ini.
Namun malang tidak berbau. Tanpa mereka sedar masih ada seorang musuh yang tinggal.
" Jom ger.....". Belum sempat Jibran menghabiskan ayatnya Atfaz pantas memeluk tubuh tegap Jibran
" Tuan!! ". Jerit beberapa orang komando yang berada di situ. Mereka ternampak susuk seseorang dalam semak. Belum sempat mereka mengacukan senjata. Orang itu sudah mendahului mereka.
Bang!
Bang!
Bang!
" Faz!!! ". Jerit Jibran tatkala melihat sahabatnya yang hampir hampir terjatuh dalam pelukannya dek kerana peluru yang terkena pada lelaki itu.
Patutlah tiba tiba saja Atfaz memeluknya rupanya ada seseorang yang cuba menembak Jibran.
Pantas Jibran mengeluarkan glock miliknya dan mengacukan kepada lelaki yang menembak Atfaz tadi.
Bang!
Bang!
Bang!
Jibran melepaskan beberapa das tembakan kepada lelaki itu atau lebih tepat musuh mereka.
Setelah itu terus saja dia melihat ke arah sahabatnya yang sudah terbaring kaku dengan darah yang sangat banyak.
" Faz kau dengar aku tak? ". Lantang Jibran bersuara
" Faz!!!". Teriak Jibran tatkala melihat Atfaz mengeluarkan banyak darah pada mulutnya. Sempat Jibran mengarahkan komando yang berada di sana untuk memanggil ambulans.
Huk
Huk
" Ji....Jib sa.. Sakit Jib! Aku rasa waktu aku dah tiba! . ". Tersekat sekat suara Atfaz dek kerana tubuhnya terasa lemah akibat tembakan sebentar tadi.
" Kau jangan cakap bukan bukan boleh tak. Kau diam je simpan tenaga kau kejap lagi ambulans datang. Aku janji takkan ada apa apa jadi dekat kau ". Balas Jibran dengan tegas. Dia tidak mahu sahabatnya itu berkata bukan bukan. Jibran yakin dia akan selamat.
Sudah banyak kali mereka terkena peluru. Jadi dia percaya semuanya akan baik baik saja. Namun jauh di sudut hatinya, dia tahu sahabatnya itu sedang menahan kesakitan,lebih lebih lagi tembakan terkena bahagian perut. Matanya sudah berkaca kaca. Takut kehilangan mula menyapa dirinya.
Akankah dia kehilangan sahabatnya ini? Wallahi hanya Allah saja yang tahu
“ Jib.... Aku ras.... Huk!.. Huk!... ”. Terhenti seketika bicaranya
" Just shut up your mouth Atfaz Rizki!! ". Tengking Jibran kuat.
Dia tidak mahu Atfaz bersuara nanti tenaganya habis. Tetapi Atfaz hanya endah akan tengkingan itu. Dia tahu Jibran sayangkan dirinya. Tapi dia sudah tidak mampu untuk bertahan
Atfaz menggeleng. " Aku rasa waktu aku dah tiba Jib. Janji dengan aku! ”. Atfaz merenung sahabatnya itu lalu bibir pucatnya mengoyakkan senyuman tipis. Serasa senyum pun dah tak mampu sebab kesakitan tembakan tadi sudah menjalar di segenap tubuh.
Jibran menggeleng laju. “ Kau jangan merepek boleh tak! Kau akan selamat, kejap lagi ambulans sampai kita pergi hospital! ”. Tengking Jibran
Sekali lagi aftaz menggeleng lalu tersenyum paksa. " Tolong jaga dia untuk aku! Kau je aku ada Jib ". Ujar Atfaz sebelum menutup mata dan pandangannya berubah gelap!
Melihat Atfaz yang sudah menutup mata buat selamanya itu membuatkan sisi lemah seorang Jibran Qayyim keluar.
“ Allah!.... ”. Rintih Jibran. Menitik air mata lelakinya. Tak sangka dia akan kehilangan sahabatnya itu.
“ Kau tak kotakan janji kau Faz. Kau kata nak kawan dengan aku sampai bila bila tapi kenapa kau tinggalkan aku! ”. Rintih Jibran tanpa menghiraukan sekeliling.
Anggota yang lain juga turut berduka. Tak sangka dengan sekelip mata ketua mereka itu pergi buat selama lamanya.
Jibran diam tak berkutik. Sukar untuk terima kenyataan pahit ini. Aftazlah satu satunya sahabat yang dia paling rapat. Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya itu. Susah senang mereka berdua bersama sama tempuhi. Sungguh dia tidak rela, dia tidak rela jika harus kehilangan sahabatnya.
Namun takdir berkehendak lain.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Antara cepat atau lambat saja.
Akhirnya Jibran Qayyim kehilangan sahabat seperjuangannya setelah sempat Atfaz mengucapkan kalimah suci Allah.
Tbc!
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...