LJHS | 7

3.4K 134 1
                                    

“ Kamu ada masa lagi seminggu bersama keluarga, rakan kamu atau sesiapa saja. Selepas saja seminggu kamu mesti kembali ke pangkalan. Kita ada misi besar besaran. Harap kalian bersedia! ”. Ujar Panglima Ghaz dengan tegas kepada mereka semua.

Semua tentera di situ hanya mampu mengiyakan. Sudah semestinya jika misi besar-besaran itu bermakna akan mengambil masa yang cukup lama dan musuh pula bukan calang calang.

Mereka diberi masa seminggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Setelah itu, mereka akan mula kembali bertugas bagi menyelesaikan misi tersebut.

Terhenti lamunan Atfaz apabila terdengar suara Jibran.

“ Kau okay tak? ”. Soal Jibran apabila melihat sahabatnya itu sejak tadi berdiam diri. Atfaz merenung Jibran lama. Entah dengar atau tidak pertanyaan Jibran

“ Aku tanya ni, okay tak? Termenung pula dia! ”. Soal Jibran lagi. Orang duk tanya dia pula sibuk mengelamun

“ Bro? ”. Atfaz tersengih seperti seseorang yang berbuat salah. Jibran kerutkan dahi

“ Kau okay tak? Dah tiga kali aku ulang benda sama! ”. Dengus Jibran. Pahal dengan member dia ni kena sampuk ke apa. Pelik! Orang tanya dia, dia boleh buat dek je

“ Kau rasa aku ada masa untuk sakit kepala? ”. Ujar arfaz tiba tiba.

Jibran tercengang!

“ Like seriously Faz. Kemain aku tanya kau okay ke tak. Tu je kau jawab! ”. Jibran tepuk dahi. Sah kawannya ini kena sampuk! Kena sampuk oleh penjahat penjahat aka musuh diorang. Pftf!

“ Lagi sekali kau sengih macam tu aku tumbuk muka kau ”. Amaran keras Jibran berikan pada Aftaz.

“ Hmmm... Orang nak gurau pun tak oleh! ”. Jawab Atfaz mengalah. Baru nak sakat kawannya ini tapi terdengar saja makan penumbuk tu terus tak jadi. Bukan boleh dibuat main seketul Jibran ni. Serius memanjang!

“ Tak oleh... Tak oleh otak kau! Apa kau ingat kita ni budak budak ke. Dah besar panjang pun masih nak pakai bahasa budak! ”. Bebel Jibran

Atfaz menggaru kepala. Sejak bila dia pandai bebel pepanjang ni.

“ Yelah. Dah lah jom gerak! ”. Ujar Atfaz lalu dia berdiri dan bersedia untuk berlari. Namun sebelum itu sempat dia berkata kepada Jibran

“ Nak gurau pun tak oleh ! ”. Ujar Atfaz kuat sebelum melarikan diri dari Jibran. Terletus tawanya dapat menyakat sang sahabat.

Jibran yang melihat Atfaz lari pecut itu hanya menggeleng. Kawan sapa lah tu. Aku takde kawan biul macam ni. Gumanya lalu mengatur langkah mengejar Atfaz yang sudah jauh meninggalkannya.






SEMINGGU MASA yang diberikan sudah bermula. Dan seorang
Atfaz Rizki masih tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu adiknya tentang hal itu. Juga berat hatinya meninggalkan sang adik. Entah dia akan selamat pulang atau tidak memandangkan ini adalah misi besar besaran.

“ Abang bubu kesayangan Ziv! ”. Panggil Athalia dengan suara lantang

“ Ya...... Abang dengar lah crybaby. Janganlah menjerit, sakit telinga abang tau tak! ”. Ujar Atfaz. Boleh pekak telinganya dengar jeritan adiknya

Athalia membuat rolling eyes. “ Eh hello, adik dari tadi panggil abang tau. Abang yang tak dengar tu yang adik menjerit! ”. Bidas Athalia. Yelah bukan salah dia pun. Salah abangnya sebab banyak kali dia panggil. Abangnya tu yang pekak pftf!

“ Hmm yelah yelah ... Salah abang! ” . Atfaz mengalah. Yelah berlawan kata dengan Athalia dia mana pernah memang. Selalu kalah. Maklumlah lelaki kan selalu salah. Perempuan je menang!

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now