DUA BULAN BERLALU
KELOPAK matanya tak henti henti mengeluarkan manik jernih. Berhabis diusap berhabis juga ia keluar lebat. Seperti tiada hentinya.
Mata tunak memandang pusara yang masih merah itu. Tangan mencengkam secebis tanah yang masih merah itu. Serasa baru semalam mereka berdua meluangkan masa bersama. Namun sekarang ianya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang akan dia ingat dan kenang sampai bila bila.
Bunyi esakan seorang Athalia tidak kedengaran dek kerana lebatnya hujan membasahi kawasan tanah perkuburan yang lapang itu.
Tubuhnya yang basah, menggigil dan bibirnya yang sudah pucat kebiruan itu hanya dibiarkan. Seolah olah tidak penting lagi kesihatannya saat ini.
Esakan demi esakan tidak mampu lagi ditahan. Sekuat mana pun dia dia tetap seorang yang lemah tanpa abangnya di sisi. Kalau sebelum ini sesedih dan selemah mana pun dia, ada abangnya yang selalu memberi sokongan. Namun saat ini, detik ini dan hari ini. Kekuatan itu sudah tiada, seolah olah terbang bersama abangnya.
Setelah urusan pengebumian selesai, semua orang sudah beransur pulang. Tinggal Athalia seorang sahaja yang masih berada di situ.
Kehilangan itu sangatlah menyakitkan baginya. Jika dulu semasa dia kehilangan kedua orang tuanya, dia masih dikurniakan seorang abang yang penyayang. Namun kini tiada sudah galang ganti akan kehilangan itu. Kini dia sebatang kara pada hakikatnya. Abangnya sudah tiada.
Ya. Peristiwa dua bulan lepas teramat sakit untuk Athalia terima. Semasa Atfaz menyertai misi selama dua bulan itu. Dia tewas di tangan musuh. Selangkah saja lagi mereka sudah di ambang kemenangan. Namun tatkala takdir melakukan tugasnya, hidup seorang Atfaz Rizki berakhir saat itu. Sungguh itulah kelebihan takdir yang kita sebagai seorang hamba tidak ketahui, takdir hidup dan mati tiada siapa yang tahu melainkan Dia (Allah swt). Atfaz telah terkorban dek kerana tersisanya seorang lagi musuh pada ketika itu.
Esakan itu terhenti tatkala hujan sudah tidak membasahi tubuhnya yang sudah basah lencun itu. Air mata di kesat perlahan. Mungkin hujan sudah berhenti. Gamaknya
“ Kau ingat kalau kau duduk sini berhujan bagai arwah abang kau boleh hidup semula ke? ”. Ujar gerangan itu. Nada suaranya sarkastik
Sejurus mendengar bait bicara itu. Kepala diangkat melihat gerangan si pemayung. Patutlah dia tak rasa kena hujan tadi
Terketar ketar bibir pucat kebiruan Athalia kerana terlalu lama duduk dalam hujan. Sejuk ditambah dengan kesedihannya.
Mata redupnya yang berlinangan air mata itu memandang mata helang tiada perasaan di sisinya itu. Entah siapa pun dia tidak kenal.
“ Kau ingat arwah abang kau tak sedih ke tengok keadaan kau macam ni. Kau nak arwah abang kau tak tenang kat sana ke? ”. Ujarnya lagi. Kali ini sedikit tegas, ada nada autoriti pada bait bicaranya itu. Tidak dapat dinafikan sebeku dan sekadar apapun dia, namun timbul juga rasa kesian tatkala melihat wajah sugul gadis itu. Dengan mulut terketar ketar, pucat dan kebiruan. Badan pula menggigil
Esakan ditahan sedaya upaya. Mata dialihkan pada lelaki yang tidak dikenali itu. “ Encik takde dekat tempat saya sebab tu encik boleh cakap macam tu. Sa- saya hilang abang saya, sa- satu satunya orang yang saya ada dekat dunia ni lepas arwah ibu ayah saya takde. Dan sekarang... Ab-abang saya pula pergi. Encik rasa saya boleh kuat lagi ke? ”. Tutur Athalia terketar ketar. Serasa hidupnya sudah tiada guna saat ini. Dia sudah tiada sesiapa. Ada baiknya dia ikut arwah ibu ayah dan abangnya pergi.
“ Saya dah takde sesiapa encik. Saya hilang semua orang yang saya sayang, kebahagiaan yang saya rasa tak pernah bertahan lama. Saya memang tak layak bahagia ke? Kenapa Tuhan kena ambil orang yang saya sayang. Sa-saya tak kuat encik... Tak..! ”. Mendayu dayu suara Athalia. Seperti dia tidak dapat menerima takdir yang sudah tertulis. Namun itulah kenyataannya, dia tidak dapat menerima suratan takdir ini. Menurutnya teramat kejam dan tidak adil pada dirinya. Kenapa dia? Serang kali persoalan itu ditanyakan pada diri sendiri, namun hampa tiada jawapan untuk persoalan itu.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...