LJHS | 53

2.3K 92 0
                                    

Sebulan berlalu, berarti sudah sebulan Athalia tidak sadarkan diri dari koma.

Ya koma! Dia disahkan koma, tiada komplikasi teruk yang berlaku pada dia, hanya saja terdapat beberapa luka di bahagian kepala, bahu dan kakinya. Keadaan dirinya juga sudah mula membaik, hanya saja dia masih memilih untuk terus bermimpi.

Mimpi apa?

Mimpi bertemu sang Raja barangkali. Dan semestinya  sang raja itu adalah Raja Jibran Qayyim, sang suami. Yelah, takkan mimpikan orang lain pula kan? Merana laki dia.

"Nah!" Atfaz menghulurkan sebuah sampul berwarna coklat kepada Jibran yang ralit memandang figura isterinya yang masih terbaring kaku itu. Bila nak sedar? Rindu tahu tak!

Wake up wifey

"Thanks Faz. Kau keluarlah, kejap lagi ada orang datang." Kata Jibran mendatar. Atfaz memandang sahabatnya itu dengan kerutan di dahi.

"Siapa?" Soalnya ingin tahu.

"Halord." Jawab Jibran sepatah. Sejak kemalangan menimpa isterinya, kerap pula lelaki itu muncul. Daniella pun tidak terkecuali. Di mana ada Halord, pasti ada dia. Nak kata sebulu, tak juga. Jelas Halord tidak suka keberadaan Daniella di sisinya. Dan bila di tanya mengapa? Lelaki itu buat donno. Entahlah, suka hati mak nenek dia orang lah. Bukan urusan aku!

"Oh! Takpelah kalau macam tu aku keluar dulu. Ni, tolong jagakan cry baby aku tau. I own you adik ipar! Anything just let me know, ASAP!" Kata Atfaz seraya mengelus perlahan dahi adiknya. Rindunya dia dengan Athalia, dari awal dia muncul semula selepas kematian paslunya. Mahu sahaja dia mendekati adiknya, namun dia tidak boleh. Habis hancur plan mereka andai dia berbuat demikian. Sudahnya dia mampu melihat dari jauh sahaja.

"Cepat sembuh cry baby abang. Syafakillah kesayangan abang,  semoga adik abang ni sentiasa dalam lindungan-Nya. Fii hifzillah." Katanya sebelum berlalu pergi.

Jibran hanya diam. dia juga sama seperti Atfaz. Terluka! Namun apalah yang mereka boleh buat jika ini semua ketentuan Ilahi.

"Sayang dengarkan? Jadi bila bangunnya? Sayang tahu tak abang terseksa tengok sayang macam ni." Tutur Jibran sebaik pintu terkatup rapat. Menandakan Atfaz sudah selamat keluar.

Kini dia sudah redha. Redha dengan takdir yang menimpah mereka berdua. Dia yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Apa yang pasti, dia akan jaga Athalia selepas ini sehabis baik. Itu janjinya walaupun jika harus menggadaikan nyawanya, dia sanggup asalkan bidadarinya itu tidak terluka hatta seinci.

Dia cintakan Athalia, dia sayangkan Athalia dan yang pasti cinta dan sayang itu kerana Allah swt.

"Abang akan tunggu sayang sampai bila-bila. Kalaupun abang kena tunggu sayang seribu tahunpun, abang sanggup because you own half of my heart." Usai menuturkan itu, pintu bilik itu terkuak lagi. Kali ini bukan Atfaz melainkan tetamu tak diundang itu.

Siapa lagi kalau bukan...

"Bro...

"How she is?" Soal Daniella terus tanpa sempat duduk dan bernafas. Halord yang belum sempat menyapa sahabatnya itu pantas menggeleng kepala tatkala melihat kelakuan Daniella.

Menyesal pula bawa dia datang sini!

"As you can see. Masih taknak bangun." Jawab Jibran. Datar saja nada suara itu. Bagai tidak mahu di soal dan menjawab. Tapi tak manis pula jika dia abaikan soalan sahabat isterinya itu.

Daniella mengemam bibir. Tidak mahu menangis lagi. Mata dipejamkan sesaat, seraya itu dia membuka mata beserta sebuah senyuman nipis.

"I know you are strong girl babe, I akan tunggu sampai you bangun. Tapi I tak tahu sampai bila I boleh ada kat sini sebab dad suruh I balik sana. Cepatlah bangun, you tak rindu I ke? Tak pun you tak rindu suami you ke? Dia nangis tau tiap kali dekat dengan you. I pernah nampak once, Halord pun nampak." Seloroh Daniella di hujung ayat. Dia tahu dia akan dapat jelingan maut suami sahabatnya. Namun dia kisah apa? Asalkan Athalia terhibur. Erk terhibur ke kalau tengah dibuai lena?

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now