LJHS | 14

2.9K 145 12
                                    

DERINGAN jam penggera menyedarkan Athalia dari lena. Mata ditonyoh berkali kali untuk menghilangkan kantuk.

Jam di dinding ditilik.

9.14 malam

Terbeliak matanya tatkala melihat jarum jam itu. Lajunya masa berjalan, seingatnya dia baru baring sekejap tadi. Nasib baik juga dia tidak boleh solat kalau boleh, sah sah dia dah terlepas maghrib.

Dia bingkas bangun naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri.

Selesai saja membersihkan diri. Athalia keluar dari tandas dengan lengkap berpakaian tidur.

Meja solek dituju. Bayangan dirinya dalam cermin ditatap lama. Dengan mata sembab, muka cengkung

Athalia mengeluh perlahan.

" Aku kena kuat! Yes, aku kena ku-kuat! ". Ujarnya perlahan seiring dengan gugurnya air matanya

Pantas jari jemarinya menyeka titisan mutiara jernih itu. Dia kena kuat, kalau tak sampai bila bila pun dia akan tetap sebegini rupa. Menangis setiap malam, meratapi nasib dikala bersendirian, dikawal perasaan bukan akalnya.

Athalia kulum senyuman lebar dan manis. Namun air mata tak henti henti mengalir. Berkali kali diseka berkali kali juga ianya jatuh

Jikalau ada ubat untuk menghilangkan air mata. Rasanya dia lah orang pertama yang membelinya. Namun hampa, benda itu tiada dan takkan pernah ada kerana kesedihan sama sekali tiada ubatnya.

Retina mata tersorot pada baju askar, rantai dan juga surat milik arwah abangnya. Lama dia merenung benda itu

Tak lama kemudian, tangan bergerak mencapai surat dan segugus rantai itu. Dengan tangan yang terketar ketar, dia gagahkan juga.

Sampai bila dia harus bersikap sebegini. Bersikap seolah olah tidak dapat menerima takdir yang sudah ditentukan sejak azali lagi. Seolah olah memberontak kepada Maha Pencipta

Athalia menuju ke arah katil. Punggung di labuhkan pada birai katil. Di tangannya bukan sepucuk saja surat namun dua.

Athalia Zivara aka crybaby kesayangan abang

Pecah tangisannya tatkala melihat tulisan itu. Ini baru luaran belum dalaman lagi. Entah sejauh mana dia akan lebih tersungkur. Berkali kali dia memohon untuk diberi kekuatan. Sungguh, jika ada yang sedang sakit saat ini, dialah orangnya. Jika ada yang sedia saat ini, dialah orangnya. Dan jika ada yang sedang tidak menerima takdir, maka dialah orangnya.

Dengan esakan yang mendayu dayu. Athalia buka sampul yang bertuliskan namanya itu.

Athalia Zivara _

Assalamualaikum crybaby kesayangan abang. Bila crybaby dah dapat surat ni, tu maknanya abang dah takde dekat dunia ni. Abang minta maaf, abang minta maaf sebab tak mampu tunaikan janji abang dengan crybaby, yang abang akan sentiasa ada dengan crybaby. Abang sungguh sungguh minta maaf.

Ajal dan maut bukan abang yang tentukan cribaby, kita hanya hamba yang menunggu masa untuk pulang. Kita hanya seorang hamba yang lemah yang diberi nyawa untuk berbuat kebaikan di dunia yang sementara ini. Abang harap crybaby dapat terima dengan hati yang redha atas segala yang sudah tertulis.

Abang yakin crybaby abang ni kuat, crybaby abang ni budak baik kan. Abang harap crybaby terus kuat untuk teruskan hidup tanpa abang. Abang dah takde dengan crybaby tapi abang akan sentiasa sayang adik abang ni. Abang sayang sangat sangat crybaby.

Promise me, jangan lama sangat tersungkur. Abang tahu Crybaby sedih sebab dah takde sesiapa lagi dekat dunia ni. Tapi percayalah suatu hari nanti Allah akan hantar seseorang yang terbaik untuk crybaby. Jaga crybaby lebih baik dari abang jaga crybaby

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now