LJHS | 26

2.8K 122 5
                                    

Belum sempat tombol pintu kaca itu di tolak, satu tangan lembut menghalang perbuatan Athalia. Pantas kepala dipusingkan melihat gerangan itu. Secara tak langsung bibirnya menyebut nama gerangan itu

" Kak Sha "

Pang!

Terteleng wajah cantik itu ke sisi dek kerana tanparan Atisha yang secara tiba tiba itu. Tangan naik memegang pipinya yang terasa pijar. Sakit

" Ni semua salah kau. Kalau kau tak jadi penghalang dalam hubungan aku dan Atfaz, semua ni takkan jadi lah ! Atfaz takkan mati !". Tengking Atisha. Seperti orang yang kurang siuman.

" Apa kak Sha cakap ni ? ". Soal Athalia. Bingung

Atisha ketawa sinis. " Kalau kau tak menggedik nak perhatian Atfaz kitorang takkan putus. Dan sekarang kau tengok sebabkan kau Atfaz aku dah mati. Semua sebab kau lah perempuan ". Ngonggoi Atisha. Kehilangan yang sungguh memeritkan. Apalagi pertemuan mereka hanya sekali setelah dua tahu berpisah. Dan sekarang Atfaz dah takde dan dia sudah Tiada peluang bertemu lelaki itu lagi . Takkan ada lagi peluang

" Istighfar kak Sha. Ziv tahu akak sedih. Please jangan macam ni ! Apa kata kita masuk dulu. Kita cakap kat dalam ". Pujuk Athalia tatkala melihat raut kesedihan di wajah cantik itu. Lagipula tak manis juga buat drama depan public ni , kang viral pula. Dah lah depan butik dia pula tu . Tak pasal pasal buruk nama baik butiknya.

" Tak payah nak cakap dekat dalam sangat lah . Ni baru sikit tau , aku akan pastikan kau akan menyesal ". Ujar Atisha sebelum mengatur langkah pergi dari situ. Air matanya dikesat kasar. Penampilannya yang kemas sebentar tadi seketika serabai dek kerana amarahnya tadi . Puas hati dapat melepaskannya.

Athalia menghela nafas panjang. Dia hanya menghantar pemergian bekas kekasih abangnya itu dengan ekor mata. Jujur dia tidak dapat hadam apa yang terjadi sebentar tadi. Atisha tiba tiba serang dia and then bagi amaran ? What the fish !

Tanpa membuang masa diapun masuk semula ke dalam butiknya.

" Dura hari ni I ada apa-apa appointment ke ?". Soal Athalia sejurus melihat Dura yang sibuk mengemaskan stok gaun terbaru yang baru sampai itu .

" Takde Miss Thalia, hari ni Miss Thalia free ". Jawab Dura

" Okay thanks Dura. Hari ni I balik awal tau. Nanti awak dengan Sera bolehlah tutup butik awal sikit ". Terangnya sebelum beredar dari situ . Dura hanya mengangguk

" Eh Miss Thalia kenapa dengan pipi Miss tu. Terlebih blusher ke Miss ?". Seloroh Dura . Terhenti langkah Athalia pantas dia menghadiahkan senyuman saja pada Dura . Takde mood

Dura pula sudah membuat muka pelik. Tak lawak ke apa ? Sejurus itu dia pun menyambung kerjanya semula. Malas busybody!



Punggung dihenyakkan di atas kerusi mewah itu. Tubuhnya disandarkan pada kerusi itu. Seketika mata dipejamkan.

" Ni semua salah kau. Kalau kau tak jadi penghalang dalam hubungan aku dan Atfaz, semua ni takkan jadi lah ! Atfaz takkan mati !".

" Kenapa kak Sha cakap macam tu ?". Fikir Athalia. Kenapa aku yang disalahkan atas hubungan mereka berdua. Bukan ke kak Sha yang nak putus dengan abang ? Apa yang dah jadi sebenarnya ?

Lama Athalia berfikir. Dia perlu berjumpa dengan Atisha, dia perlu rungkaikan segalanya. Seketika semua persoalan sudah membekas di kotak fikirannya. Sakit tamparan pun masih ada , ditambah lagi dengan sakit otak fikirkan semuanya.

" Arghhh!". Jerit Athalia tanpa sedar.

" Miss Thalia ?". Panggil Dura perlahan disebalik pintu pejabatnya. Dengar sahaja teriakan majikannya, terkocoh kocoh dia berlari ke pejabat majikannya.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now