LJHS | 3

4.4K 177 3
                                    

Kini mereka semua berada di meja makan untuk menyantap masakan yang dimasak oleh Puan Zara.

Ada Raja Jeydan Qayyum, Raja Jibran Qayyim, Jasmine Qaysarah, Puan Zara dan juga Raja Jikri iaitu ayah kepada mereka bertiga dan suami kepada Puan Zara.

Mereka hanya tiga beradik saja dan Jasmine pula satu satunya anak perempuan.

Setelah mereka habis makan, Puan Zara bersuara memecahkan kesunyian suasana pada tika itu.

" Pandai adik pilih udang, segar pula tu! ". Puji Puan Zara kepada anak daranya. Sengaja dia menyuruh Jasmine membeli barang dapur. Dia mahu mengajar sedikit anak daranya sorang itu.

Mendengar hal tersebut terus saja Jasmine teriak histeria. Teruja punya pasal.

Pap!

" Auchhhh.... Sakit lah along ". Aduh Jasmine kesakitan kerana tangan kekar milik Jeydan menampar lengannya.

Jeydan hanya beriak biasa. Jasmine mencebik

" Adik ni kenapa?. Tak elok lah anak dara teriak macam tu! " . Tegah Puan Zara. Dia menegur anaknya yang suka suki teriak. Tahu tak suara tu aurat. Nasib baik sekarang hanya mereka sahaja, tiada orang lain.

" Entah umi dia ni suka sangat teriak terlolong sana sini ". Bidas Jeydan. Sengaja menyakat adik bongsunya

Jasmine membuat rolling eyes. " Baik umi. Adik minta maaf, adik exited sangat umi! " jawab Jasmine terus terang

Dahi uminya berkerut. Jasmine yang seperti tahu apa yang uminya ingin soal terus menyambung katanya

" Umi tahu tak tadi adik jumpa Kak Thalia! ". Ujar Jasmine dengan nada teruja. Gembira

Tambah berkerut dahi Puan Zara,namun belum sempat dia bersuara. Jayden menyampuk

" Sejak bila pula umi ada anak perempuan lain ni adik ? ". Seloroh Jayden ingin tahu siapa gerangan yang disebut sebut oleh adik bongsunya itu. Tak pernah pernah lagi adik perempuannya itu menyebut nama selain kawan kawannya. Pelik

Jasmine membuat rolling eyes. Sengaja lah tu abangnya tu. Suka sangat perli adik sendiri.

Jibran hanya diam. Dah nama pun dingin, nak menyampuk memang tak lah.

Raja Jikri pula sudah naik ke bilik kerja nya. Ada benda dibuat katanya. Yang tinggal hanyalah mereka berempat.

" Athalia Zivara. Umi kenal kan. Alah yang pereka fesyen terkenal tu. Semua koleksi keluaran dia yang wajib kita beli tu ". Jawab Jasmine seraya menjawab teka teki yang bermain di minda mereka. Dia menerangkan secara detail kepada uminya. Uminya pula sudah melopong! Tak sangkah anaknya boleh berjumpa dengan gadis itu. Macam tak percaya!

" Serious lah adik. Alah ruginya umi tak ikut adik tadi ". Rungut Puan Zara perlahan. Dia memang nak sangat jumpa pereka fesyen terkenal itu tapi belum berkesempatan. Entah kenapa dia seperti dapat rasakan bahawa gadis itu mempunyai kisah yang sedih. Mungkin naluri seorang ibu kan.

" Betul tu umi. Rugi umi tak dapat jumpa kak Thalia tadi. Umi tahu tak... akak tu baik umi, tak sombong siap tolong adik lagi pilihkan udang yang adik beli tadi umi ". Hampir terkeluar bebola mata uminya mendengar patah perkataan terakhir anak daranya itu.

" Pilihkan udang untuk adik?. Adik biar betul? ". Soal uminya

" Betul umi, angah pun nampak tadi. Kan angah? ". Jibran yang disoal adiknya hanya diam tidak menggeleng tidak juga menangguk. Diam saja

Jasmien mencebik. Dasar angah si sombong!

Itulah yang dia gelaran Kepada abang keduanya itu.

" Betul ke ngah? ". Giliran uminya pula menyoal Jibran

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now