LJHS | 51

2.9K 105 13
                                    

Jibran tersentak tatkala bahunya di sentuh seseorang. Tidak usah menoleh, dia tahu siapa gerangan yang berani menyentuhnya itu. Siapa lagi kalau bukan....

Atfaz Rizki

"Aku tahu kau marah, aku pun marah tapi kita tak boleh salahkan dia seratus peratus Jib. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa benda ni dah di rancang." kata Atfaz seraya melabuhkan punggung di sebelah Jibran yang tidak lekang memandang Athalia yang terbaring kaku itu. Entah mengapa perasaan sesuatu itu menguatkan lagi andaiannya. Dia yakin dan sangat yakin dengan instinctnya.

"Mudah je kau percaya dia kan? Sedangkan dah terang lagi bersuluh dia punca semua ni berlaku!" tutur Jibran dingin. Sorotan matanya masih pada wajah pucat isterinya. Tidak pernah lepas. Sekali lagi sebak menghurung hati lelaki itu. Sungguh, jikalau dia menemui si pelaku yang menyebabkan isterinya sebegitu rupa, akan dia kerjakan orang itu. Pasti!

"Aku bukan nak back up dia Jib, tapi aku taknak kau membuta tuli tuduh dia tanpa bukti. Yes, aku mengaku setiap kejadian-kejadian pelik yang menimpa adik aku, Atisha selalu ada. Tapi...

Belum sempat Atfaz menghabiskan bicaranya, laju Jibran memotong.

"Tapi apa? Kau nak cakap yang semua tu kebetulan je?" soal Jibran kasar, dia mula bangun dari duduk. Sungguh dirinya berang tatkala mulut Atfaz tidak henti-henti menyebelahi perempuan itu.

"Ya! Boleh jadi benda ni kebetulan je." Atfaz juga tidak kalah dingin membentak. Jibran merenung dalam anak mata sahabatnya itu. Tak sangka lelaki itu mudah tertipu dengan perempuan itu.

"Kebetulan apa sampai dua kali Faz? Kalau sekali, aku masih boleh terima tapi benda ni dah jadi dua kali Faz. Dua kali!" naik seoktaf suara Jibran. Dan jelas di pandangan mata Atfaz urat di tangan dan leher lelaki itu timbul. Rahang tidak kalah diketap kuat juga.

Atfaz meraup rambutnya ke belakang. Baru dia sedar yang dia salah timing untuk berbincang dengan Jibran tentang perkara ini.

Melihat wajah dingin itu, Atfaz mengalah.

"Okay, okay kau tenang dulu, kita bincang lain kali." putus Atfaz. Dia tidak mahu hubungan mereka berdua keruh hanya kerana hal ini. Sudahlah Athalia masih tidak sedarkan diri. Di tambah pula dengan emosi Jibran yang tidak baik. Jadi ada baiknya dia diam sahaja dulu.

"Ni kau nak apa-apa tak? Aku nak turun bawah kejap." soal Atfaz. Dia tidak boleh berada di situ kerana takut mulutnya akan menyoal lagi. Lagi pun dia mahu mencari sesuatu untuk di makan. Yelah dari semalam mereka tidak menjamah apa-apa. Terutamanya Jibran, lelaki itu langsung tidak makan sejak dia jemput sahabatnya itu dari pangkalan kemarin.

Semalam pula, mereka menyoal siasat Atisha Kayla. Jadi kesempatan untuk menjamah makanan langsung tiada. Di tambah pula melihat keadaan Athalia, sudah pasti selera mereka berdua hilang begitu sahaja.

Jibran menggeleng seraya membuang pandang. Atfaz menepuk perlahan bahu Jibran yang sudah berpaling.

"Kalau ada apa-apa, call aku terus. Aku pergi du....

Belum sempat Atfaz menghabiskan ayatnya. Pintu wad peribadi khas untuk Athalia itu dikuak dari luar. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Seloroh mereka berdua. Pantas mata mereka berdua menoleh melihat gerangan itu.

Melihat figura lelaki tinggi lampai yang cukup dikenali itu, tangan Atfaz naik ke wajahnya. Nafas lega di hela tatkala mask di wajahnya masih terpasang elok. Sunglasses yang berada di poket dikeluarakan lantas dipakai. Hampir sahaja kewujudannya terbongkar.

"Bro, how's she is?" Soal Halord laju. Termegah lelaki itu melangkah mendekati Jibran di sebelah katil pesakit. Sesampai di sana, sorotan mata jatuh kepada Atfaz sekilas sebelum menatap sepasang mata redup milik Jibran. Dapat dia lihat mata itu sedikit sembab. Menangis barangkali.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now