BUNYI deheman itu mematikan perbualan Athalia dan Halord. Pantas kepala mereka berdua di pusingkan sembilan puluh darjah melihat gerangan itu.
Athalia melarikan pandangan ke tempat lain tatkala pandangan menikam lelaki itu terarah padanya. Kemudian kepala dipalingkan semula ke anak ikan dalam kolam itu.
Awkward
" Eh bro dah habis solat ke? ". Soal Halord
Jibran mengangguk kemudian melabuhkan punggung di sebelah Halord. Kerusi distabilkan karang terjatuh tak ke malu.
" Kau d-
Bunyi seretkan kerusi menghentikan percakapan Halord. Mata mereka berdua terarah pada Athalia yang sudah bangun.
" Where are you going young lady ? ". Soal Halord sejurus melihat Athalia yang sudah bangun. Jibran dipandang sekilas sebelum berbalik arah pada Athalia
Athalia senyum kekok. " errr saya nak masuk, nak cari Min dengan umi. Korang sambung lah berbual ". Jawab Athalia.
Jibran dipandang sekilas, mata lelaki itu masih menikamnya sedari tadi. Sebab itu dia berura ura mahu angkat kaki dari situ. Entah apa yang lelaki itu tak puas hati dengan dia, dia sendiri tidak tahu. Dengan muka ketat manakala matanya pula kalau diibaratkan seperti pisau belati, sudah lama Athalia terhiris dek kerana tajamnya pandangan itu.
" Taknak join kitorang ke ?". Soalnya lagi
Laju Athalia menggeleng. " Takpe, lagipun saya dah nak balik dah ". Tolak Athalia lembut.
" Okay then, see yah sweetie !". Balas Halord
Athalia hanya mengangguk. Sejurus itu dia pun berlalu pergi.
" So that's Wolf's sister ?". Soal Halord dengan nada serius setelah kelibat Athalia menjauh.
" Hmm ". Balas Jibran dengan gumaman. Halord mengangguk beberapa kali
" Sweet like honey, I think I like her ". Ujar Halord selamba. Jujur dia akui dia suka akan keperibadian Athalia. Lagi lagi semasa mereka berdua bersembang tadi. Macam macam dia tanya Athalia. Athalia pula menjawab saja semua pertanyaannya mengenai islam. Apa yang tak boleh dan apa yang boleh.
Jibran terkaku seketika. " Kau sedar tak apa yang kau cakap ni ?". Ujar Jibran mendatar. Tanpa menunjukkan sebarang reaksi seperti tadi.
Halord senyum senget. " Aku sedar king. Jujur aku cakap Athalia cantik and like I said before, I think I like her ! ". Ujarnya lagi
Kali ini giliran Jibran senyum senget. " You think huh? Are you out of your mind Prince Halord Samuel !". Bidas Jibran garang, nama lelaki itu ditekan. Sejujurnya walaupun dia tidak tahu apa perasaannya pada Athalia, namun dia akan menjaga dan melindungi Athalia sebaik mungkin kerana itulah amanah terakhir Atfaz.
" I don't like to repeat the same thing king, I said what I said and I like her and I want to take care of her ". Lagi dan lagi sebaris ayat itu mampu membuatkan Jibran terkaku
Macam mana dia nak lepaskan Athalia tatkala janji yang sudah dipateri dahulu perlu ditunaikan. Macam mana dia serahkan Athalia pada orang lain sedangkan gadis itu sahabatnya amanahkan untuk dia.
Namun tatkala melihat wajah serius sahabatnya itu menandakan bahawa lelaki itu tidak bergurau. Jibran berdehem seketika
" Suka hati kau lah !". Ujar Jibran, entah apa yang akan terjadi nanti sungguh dia tidak tahu. Namun dia serahkan saja pada takdir. Dan dia tahu Halord takkan mungkin bersama Athalia kerana mereka berbeza agama.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romansa2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...