LJHS | 33

4.2K 187 6
                                    

Tangan mencapai telefon pintarnya yang berada di atas katil. Sebaik saja telefon itu berada di tangannya.

Sebuah pesanan masuk. Tanpa melihat siapa pengirimnya. Athalia lantas menekan pesanan mesej tersebut. Dia mengagak pesanan itu dari sahabatnya

Selamat pengantin baru Thalia or should I call you mrs Jibran from now on ? Congratulations for both of you

Ringkas dan padat sahaja ayat itu. Sebaik nama pengirim dilihat. Senyuman yang terkulum sebentar tadi dengan sekelip mata mati

Encik Tunang

Tipulah kalau dia kata dia tak kecewa dengan perlakuan Jayden atau lebih tepat tunang tak jadinya. Mesti, perasaan kecewa itu akan ada

Tanpa aba-aba jemarinya terus saja mengetik papan keyboard. Dengan perasaan yang bercampur baur. Dia tekun mengetik

Awak pergi mana ? Kenapa tak datang Jayden ?

Usai mengetik, mesej di hantar. Dua tick

Athalia menunggu jawapan dari Jayden. Mesej sudah dibaca, dan Jayden tengah typing. Lama Athalia menunggu sehinggalah perkataan typing sebentar tadi hilang. Dan lagi dahsyat Dp lelaki itu juga sudah tiada. Kosong ?

Hanya satu perkataan yang berlegar di minda Athalia. " Aku kena block ke apa ?" Soalnya sendiri

Sekali lagi dia mengetik.

Jayden ?

Usai mesej dihantar. Hanya satu tick sahaja. Sah aku dah kena block. Tiba tiba dia diserang sebak. Sampai macam ni sekali awak buat saya Jayden ? Apa salah saya ? Telefon kembali diletakkan di sisi

Setitik demi setitik air matanya jatuh. Entah kenapa dia rasa sakit dengan perlakuan Jayden. Rasa tidak layak bahagia mula bermain di minda. Dari kecil sehingga kini kebahagiaan tak pernah berpihak pada dia. Kalau ada pun hanya sebentar saja, takkan berkekalan.

Bermula dari kehilangan sosok kedua orang tuanya sewaktu kecil lagi. Selepas itu kehilangan ibu angkat yang sudah disayangi seperti ibu kandung. Tak lama selepas itu dia kehilangan abang tersayang. Dan kali ini dia ditinggalkan oleh tunang sendiri.

" Tidak cukupkah dengan semua kehilangan itu ya Allah ? Kenapa ? Tak layak kah seorang Athalia Zivara untuk merasai kebahagiaan ? ". Rintihnya sendiri.

" Atau kebahagiaan memang dah mati dalam kamus hidup aku ? ". Soal Athalia sendiri, seperti ingin mentertawakan diri sendiri. Terlalu rapuh dalam segala hal, terlalu lemah dalam mengendalikan emosi sendiri. Dan terlalu mudah menuruti fikiran yang negatif

" Siapa kata kau tak layak bahagia ? Dan siapa kata perkataan bahagia tu dah mati dalam kamus hidup kau ?". Soal Jibran tiba tiba. Tanpa segan silu dia duduk di sebelah Athalia

Lantas Athalia mengesat air matanya. Laju

Tidak mahu lelaki itu lihat dia dalam keadaan yang lemah. sedaya upaya wajah kembali dineutralkan agar Jibran tidak perasan bahawa dia menangis

Namun Athalia salah kerana sedari tadi Jibran sudah lama memerhatikanya. Dari berbalas mesej sehinggalah menangis. Jibran lihat semuanya.

" Apa awak cakap ni ?". Soal Athalia pura-pura tanpa memandang suaminya. Tidak mahu Jibran membahas soal hidupnya. Dia tak perlukan simpati orang lain terutamanya Jibran.

Walaupun Jibran suami Athalia. Tetap dia tidak akan pernah terima lelaki itu dalam hidupnya. Itu tekadnya

Jibran hela nafas panjang. Kemudian kedua bahu Athalia dipaut lalu dipusingkan untuk menghadapnya.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now