LJHS | 25

3.2K 143 2
                                    

Athalia menoleh sekilas ke sebelah tampat pemandu . Dapat dilihatnya lelaki itu tekun memandu. Kemudian dia membuang pandangan ke luar. Kepala dsandarkan di sisi cermin. Menikmati panorama indah diluar.

Disebabkan dia naik kereta dengan Dura tadilah dia kena tumpang Jibran balik. Ingat nak sekali gerak je dengan Dura , eh Dura pula dah balik awal . Sudahnya dia tumpang saja mamat ni.

Sekilas Athalia baru teringat akan persoalan sedari tadi berlegar di fikirannya. Lantas tubuhnya diluruskan. Dia menghadap ke sisi dimana Jibran berada .

Jibran menoleh seketika. Dah kenapa ? " Kau nak apa ?". Soalnya dengan kening yang terangkat sebelah

" Awak tak kerja ke ? Macam mana awak ada kat sana tadi ?". Soal Athalia berseloroh

Terbias kerutan di dahi ruas itu. Lah pasal tu rupanya.

" Awak dengar tak saya tanya ni, macam mana awak ada kat situ . Awak cuti ke ?". Soal Athalia lagi tanpa sempat Jibran bersuara

Jibran menoleh ke sisi. Rasa macam nak telan je minah ni . " Kau sabar boleh tak . Aku dengar lah ". Seloroh Jibran dengan nada sedikit tinggi

Athalia membuat rolling eyes. Tanya je. Tu pun nak marah

" Jawab lah ". Desak Athalia lagi . Ingat orang ni ada kesabaran ke .

Jibran mendengus kasar. Sejujurnya dia tidak tahu mahu beri jawapan apa. Dia ke sana pun sebab nak pastikan Athalia selamat je memandangkan dia masih cuti. Kalau boleh dia nak pantau Athalia dari jauh je tapi tak sangka lain pula yang berlaku. Itu yang dia tunjukkan diri tu . Dah kantoi ni kena fikir lah alasan yang logic sikit .

" Raja Jibran Qayyim !". Pekik Athalia dengan kuat . Sakit hati. Orang tanya dia mengelamun pula.

Jibran mengusap perlahan dadanya. Terkejut dengan suara terpekik Athalia. Tak sangka wajah ayu tapi garang juga eh. Dengan muka tidak puas hati dia menoleh ke sisi , dapat dia lihat wajah kemerahan itu sedang menahan amarah. Dalam hati dia menahan tawa. Comel

" Tak payahlah sebut nama panjang aku, hanya orang orang yang aku sayang je boleh sebut ". Ujar Jibran. Athalia yang mendengar itu sudah meluat. Nak je aku robek mulut dia tu

" Kalau macam tu awak sayang lah saya. Saya kan bakal kakak ipar awak juga, mungkin bakal ibu kepada bakal anak anak buah awak ". Seloroh Athalia . Nak sangat main kan , ha jom main !

Akibat terkejut, Jibran tertekan brek secara mengejut tatkala mendengar bait kata Athalia. Namun tangannya pantas menahan dahi Athalia daripada terhantuk di dashboard.

Athalia yang terkejut itu lantas mengusap dadanya perlahan tatkala tangan kekar Jibran kemas melekat di dashboard menahan dahinya dari terhantuk. Fuh sikit lagi nak benjol dahi aku

" Sorry, kau okay ?". Soal Jibran sambil menumpukan perhatian kepada Athalia. Risau

Athalia mengangguk perlahan sambil membalas pandangan lelaki itu. Apa aku salah cakap ke tadi sampai sampai dia tertekan brek ? Lama mereka berpandangan sehingga berdas das bunyi hon kedengaran

Jibran berdehem tatkala larut dalam keadaan itu. Athalia yang juga baru tersedar itu lantas berpura pura mengemaskan awning tudungnya . Janggal

Sesampai di perkarangan rumah Athalia. Jibran pantas keluar dari keretanya. Begitu juga Athalia.

" Ehh kenapa awak keluar ? Awak nak masuk juga ke ?". Soal Athalia hairan. Jibran jongketkan kening sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

" Boleh ke ? Kau tak takut kena tangkap basah dengan aku ? Aku okay je ". Selamba Jibran berseloroh

" Gila! Awak balik lah tak manis kang jiran jiran saya nampak. Saya juga yang malu ". Halau Athalia . Malam pula sudah larut. Akibat terkandas dalam jammed tadi. Sudahnya mereka sampai agak malam

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now