LJHS | 34

3.9K 185 11
                                    

Sebulan berlalu, dan sebulan jugalah usia perkahwinan mereka berdua. Ralit tangannya menggaul lauk dalam kuali, entah bagaimana salahnya, dia terpijak skirt labuhnya.

Tidak sempat menyeimbangkan tubuhnya lantas dengan ketidakrelaan hatinya dia memejamkan mata. Redha kalau jatuh terhempap lantai marmar itu.

" Arghhhhh! ". Jerit Athalia dengan suara yang sedikit nyaring. Takut punya pasal. Tapi yang menghairankan kenapa tak sakit? Perlahan matanya dicelikkan

Gulp !

Sepasang anak mata hitam pekat itu memandang tepat ke dalam anak matanya. Dengan detak jantungnya yang sudah tidak teratur serasa nafas sudah di hujung. Sepantas kilat dia pejamkan mata kembali. Malu

Jibran tidak beriak. Hanya tatapan dingin sahaja dia berikan pada isterinya. Dengan posisi mereka berpelukan Athalia mengeraskan tubuhnya. Serasa darah mulai bermain peranan ke segenap wajah putihnya.

Jibran merenung wajah sang isteri lantas menggeleng.

" Ni tidur ke pengsan ? Takkan tak sempat jatuh pun boleh pengsan wife ?". Kata Jibran. Nafasnya masih turun naik akibat melihat isterinya yang hampir terjatuh tadi. Nasib baik sempat, kalau dia lambat tadi entah apa akan terjadi pada isterinya.

Athalia yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Macam mana ni ? Boleh tak pura pura pengsan je ? Dia mengemam bibirnya. Sedaya upaya tahan diri daripada bersuara. Malu punya pasal

" Buka mata sebelum abang gigit mata wife. Abang serius ni, abang tak main main ". Ugut Jibran. Dengan posisi mereka yang masih berpelukan. Athalia perlahan celikkan mata

Celik sahaja, gulp! wajah suaminya hanya berjarak seinci itu menerpa kornea matanya. Ini kerana Jibran yang sengaja dekatkan wajahnya pada Athalia.

Ada yang sukar dia lakukan iaitu bernafas, ada yang nak tertanggal dalam tubuhnya iaitu jantungnya. Athalia tahan nafas, kalau aku tau macam ni aku takkan buka mata. Ya Allah dugaan apa ni ?

" Breath wife, nak abang bagi cpr ke apa ? Suka sangat tahan nafas ". Kata Jibran. Dikala itu bertambah merah muka Athalia. Tak padan dengan sikap dinginnya ada hati nak berpick up line. Dengus Athalia

Melihat jelingan Athalia, Jibran tahan senyum. Geli hatinya melihat reaksi Athalia. Kalau boleh dia akan sakat Athalia hari hari macam ni. Barulah rumah tangga mereka harmoni. Tak ke gitu ?

" Jeling, jeling. Korek biji mata tu kang !". Ujar Jibran sambil meleraikan pelukan itu.

" Awak sanggup ke ?". Soal Athalia. Jibran angkat kening

" Mestilah.... - . Athalia memandang Jibran laju tatkala mendengar balasan lelaki itu.

" Mestilah tak sanggup sayang! Siapa je sanggup lukakan isteri sendiri ". Balas Jibran. Dia gurau je tadi. Athalia membuat rolling eyes

" Yelah tu. Ni bila masa awak balik? Saya tak dengar pun bunyi kereta ?". Soal Athalia. Sengaja dia ubah topik. Jibran mendekati kaunter dapur lantas sebiji gelas di ambil. Athalia hanya memerhati sahaja

" Baru je, sempat juga abang tengok mulut wife pot pet pot pet tadi. Bebel apa wife sampai tak sedar abang dah balik?". Soal Jibran sambil berpeluk tubuh setelah habis meneguk air putih yang di ambilnya tadi.

" errr awak nampak ...? Habistu kenapa tak bagi salam ?". Soal Athalia marah. Padahal bukan marah pun saja nak tutup malu akibat terkantoi. Dia pot pet pot pet pun sebab kebanyakkan barang dapur dah habis. Lupa nak tambah

" Lah, marah pula ? Patutnya abang yang kena marah wife tau. Kenapa tak kunci pintu ? Abang masuk masuk je tadi, pintu tak berkunci pun. Kalau ada pencuri macam mana ?". Bebelan dibalas bebelan. Padanlah mereka berdua, kuat membebel.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now