SUDAH SEMINGGU BERLALU, Atfaz masih menjalankan tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara.
Tanpa sedar Athalia mengeluh perlahan
" Rindu abang! ". Gumamnya sendiri
Sedang dia sibuk menyedut minumannya. Satu suara lembut germesik menyapa halwa pendengarannya.
“ Akak! ”.
Automatik dia berpaling melihat empunya suara itu.
Senyuman terus saja terukir.
Kini Athalia berada di Near Me Cafe. Cafe kegemarannya dan juga Atfaz. Cafe yang berunsurkan Inggeris, cantik, elegan dan aesthetic.
Laju Athalia menyarungkan masknya semula, dia buka tadi pun sebab minum. Lagipun tempat dia tersorok sikit jadi agak mustahil orang melihat dia. Tapi entah macam mana pula lah si budak Jasmine ni nampak dia.
Dahlah bukan dia sorang je. Ada lagi rakannya tapi tak tahu siapa.
" Hai akak. Tak sangka boleh jumpa akak kat sini ". Ujar Jasmine dengan teruja sambil melambaikan tangan kepada Athalia. Athalia yang masih membetulkan masknya itu hanya tersengih.
Jeydan Qayyum yang berada di sebelah adik bongsunya menggeleng gelengkan kepala.
Dia turut memerhati Athalia yang sedang mengenakan mask itu. " Cantik! ". Pujinya dalam hati
"errr.. Hai Min! ". Sapa Athalia dengan kekok. Begitulah Athalia kalau dengan stranger. Dia auto kekok!
" Boleh tak kitorang makan sekali dengan akak sebab meja lain dah penuh! ". Soalnya kepada Athalia. Athalia terdiam seketika sebelum menangguk. Dia tak suka sebenarnya ada orang asing makan dengan dia. Bukan benci, dia cuma tak selesa. Lainlah kalau dia dengan abangnya.
" Duduklah ". Pelawa Athalia. Takkanlah nak tolak kan diorang dah depan mata ni. Kang kena cop sombong pula!
Jasmine tersenyum lebar, dengan pantas tangannya menarik tangan Jeydan iaitu abang sulungnya. Mereka berdua tengah cari port nak makan tadi. Eh tiber pula si budak Jasmine ni nampak Athalia. Itu yang Jasmine terus menarik Jeydan mengikutinya lagipun semua meja sudah penuh. Yang si abang pula hanya pasrah melayan kerenah adiknya yang senget ni.
" Akak kenalkan my brother. Raja Jeydan Qayyum! ". Kata Jasmine sambil tangannya menunjuk ke arah abangnya yang berada di sisinya.
Athalia senyum nipis. Dia masih memakai mask. " And abang kenalkan my akak. Athalia Zivara! ". Ujar Jasmine, dia memperkenalkan Athalia kepada abangnya. Jeydan senyum tipis. Tipis je itu pun sekejap je.
Athalia pun senyum juga. Balas membalas lah katakan.
Setelah sesi perkenalkan diri, itu pun Jasmine yang uruskan. Mereka pun makan. Jasmine lah yang order makanan itu. Dan jasmine juga tinggalkan Athalia dan Jeydan berdua. Macam sengaja pun ada.
Meja mereka berdua pun apalagi sunyi lah macam tanah perkuburan. Dua dua tidak mahu berkata apa. Hanya saling berbalas pandangan kadang kala.
DUA MINGGU BERLALU,
Dua minggu menyertai operasi menyelamat. Akhirnya Atfaz dan Jibran sudah pun pulang ke rumah masing masing. Alhamdulillah misi menyelamatkan tebusan di Perairan Sabah berjaya mereka laksanakan. Musuh berjaya ditumpaskan.
Kini Atfaz menuju ke butik adiknya. Saja nak buat surprise untuk adik tersayang. Dua minggu lebih tak jumpa. Rindu sangat!
Itulah seorang Atfaz Rizki. Rasa sayangnya terhadap satu satunya adiknya sangat tidak terbilang. Jika nyawa yang menjadi galang ganti untuk adiknya pun. Dia sanggup!
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Roman d'amour2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...