LJHS | 21

2.8K 148 5
                                    

DUA BULAN BERALU

Cincin bertahtahkan berlian itu ditilik lama. Tak sangka aku dah jadi tunang orang. Orang yang tak pernah aku sangka pula tu . Athalia senyum sendiri . Ingat lagi dia bertapa tekadnya dia taknak bagi lelaki itu number telefonnya. Eh tub tub dah jadi tunang .

Teringat dia akan majlis yang diadakan semalam. Majlis pertunangannya dengan Raja Jayden Qayyum Raja Jikri

" Congratulations akak. Tak sangka akak bercinta dengan along kan. Ingatkan dengan angah ". Seloroh Jasmine . Iyala Athalia kan rapat dengan Jibran , eh tub tub tunang dengan Jayden.

Athalia kulum senyuman paling manis . " Thank you min, akak sendiri pun tak sangka. Dah jodoh ". Balasnya

" Ohh ya, akak jom selfie . Min nak bagitahu semua kawan kawan min yang pereka fesyen terkenal aka Athalia Zivara dah jadi kakak min ". Seloroh Jasmine dengan teruja. Dan ianya mengundang tawa Athalia . Ada ada je

Selepas saja berswafoto mereka pun duduk di meja yang sudah terhidang pelbagai jenis makanan.

Athalia mengambil beberapa lauk untuk dirinya dan diikuti oleh Jasmine . Dia duduk bersebelahan antara umi dan Jasmine. Jayden pula duduk dihadapannya.

" Angah mana , tak nampak pun dari tadi ?". Soal Umi mencecah kesunyian

Semua mata melihat sekeliling . Baru mereka perasaan kelibat Jibran tiada sedari tadi.

" Entah mi, adik tak tahu ". Jawab Jasmine dengan beserta gelengan.

Athalia melihat sekeliling . Mencari juga dia keberadaan lelaki itu. Haritu dia kata dia akan ada , tapi ni takde pula . Gumamnya

" Angah pergi kem umi , dia tak sempat bagitahu umi . Urgent katanya ". Jawab Jayden seraya menyuapkan nasi ke dalam mulut .

" Lah bertuah punya budak . Tak tahu ke dia hari ni majlis along dengan Thalia . Boleh pula pergi macam tu je ". Bebel umi . Patutlah tak nampak pun batang hidung anak terunanya itu . Pergi kem rupanya . Ni tak lain tak bukan , kerja lah tu

Athalia hanya diam dan tidak menyampuk.

" Ni Thalia jangan terasa hati tau dengan angah . Biasalah kerja tentera tak menentu. Masa cuti pun kena panggil ". Athalia hanya senyum saja lalu mengangguk . Tak tahu nak jawap apa. Lagipun kalau Jibran takde pun , majlis tetap berlangsung .

Selesai saja makan bersama . Athalia yang sudah bergelar tunang Jayden itu sudah pun pulang ke rumahnya memandangkan majlis tadi dibuat dirumah agam keluarga Jayden . Dan sebab Athalia juga tidak mempunyai keluarga. Kawan kawan ? Ada tapi jauh!

" Amboi miss Thalia , tak berkelip mata tenung cincin tu . Dah tak sabar ke ?". Seloroh Dura yang baru sahaja sampai dari membeli makanan tengah hari . Dia nampak Athalia sibuk mengelamum menungkan cincin di jarinya bagai nak tembus . Sampai dia yang masuk tadi pun Athalia tak sedar .

" Duraaaa, takde lah. Saya tengok je , cantik ". Jawab Athalia

Dura mengangguk lalu tersenyum. " Miss Thalia dah makan. Kalau belum saya ada tapaukan lebih ni . Miss Thalia nak ?". Ujar Dura perlahan.

Athalia mengangguk. Kebetulan dia pun lapar, nak keluar tapi malas. " Boleh juga , awak beli apa je Dura ?". Soal Athalia

Dura menghampiri Athalia lalu makanan itu diletakkan di ATAs meja . " Nasi goreng kampung dengan ayam goreng mak Kiah viral. Miss Thalia makan ke ?". Soal Dura perlahan. Takut takut kalau tak ngam dengan tekak majikannya.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now