LJHS | 1

6.5K 227 7
                                    

" Fihifzillah crybaby abang. Abang gerak dulu, ada apa apa call abang terus! ". Pesan Atfaz kepada adiknya. Satu satunya keluarga yang dia ada.

Sejak kecil lagi Atfaz Rizki dan Athalia Zivara menjadi yatim piatu. Keluarga? tiada langsung kerana ibu bapa mereka adalah anak tunggal.

Sejak kematian kedua ibu bapa mereka, Atfaz Rizki berumur 12 tahun manakala adiknya Athalia Zivara berusia 9 tahun.

Mereka berdua dibesarkan oleh Puan Ainun iaitu sahabat kepada ibu mereka.

Namun ketika mereka berinjak dewasa dimana Atfaz Rizki berusia 20 tahun, puan Ainun yang merupakan ibu angkat mereka berdua meninggal dunia.

Sejak dari itu mereka hidup berdua tanpa sesiapa di sisi dan hanya bergantung antara satu sama lain. Namun mereka beruntung kerana ada harta peninggalan kedua ibu bapa mereka.

Sejak kematian Puan Ainun, Atfaz lah yang menjadi ibu dah ayah kepada Athalia. Atfaz memperlakukan Athalia bagaikan puteri kerana hanya Athalia lah yang Atfaz ada.

Satu satunya darah dagingnya yang tinggal yang akan dia jaga sebaik mungkin sehingga nafas terhenti.

Dari bersekolah sehingga tamat universiti, Atfaz lah yang banyak berjasa dalam hidup seorang Athalia Zivara. Meski harus mengorbankan dirinya. Dia sanggup!

Setelah banyaknya dugaan dan ujian hidup yang mereka berdua jalani. Susah senang, duka bahagia, sihat sakit, jatuh bangun.

Kini seorang Atfaz Rizki menjadi seorang tentera yang berpangkat Leftenan. Manakala seorang Athalia Zivara pula seorang fesyen designer yang tersohor.

" Hey dengar tak apa abang cakap ni crybaby ? ". Atfaz bertanya kepada adiknya sambil tangannya melambai lambai dihadapan muka Athalia yang sedang mengelamun.

Crybaby?

Itulah panggilan manja Atfaz pada adiknya. Kerana Athalia seorang yang manja dan cengeng. Tetapi hanya pada abangnya saja dia bersikap sebegitu. Namun jika dengan orang lain Athalia akan menjadi tegas namun dalam masa yang sama dia juga peramah.

" Amboi.... Abang dari tadi pot pet pot pet crybaby boleh pula mengelamun. Ni kenapa ni ? " . Soalnya lagi lembut

Athalia tersengih. Rasa bahagia setiap kali bersama dengan abangnya. Hanya abangnya saja lah yang dia ada. Tak terkira bertapa beruntung seorang Athalia Zivara mempunyai abang seperti Atfaz Rizki.

Dilayan bak puteri, meski kekurangan kasih sayang daripada kedua orang tua mereka. Atfaz tak pernah lupa untuk menyuakan rasa sayangnya kepada Athalia sehingga Athalia berasa seperti mendapat kasih sayang daripada kedua orang tuanya melalui abangnya.

Atfaz Rizki adalah anugerah terindah untuk Athalia Zivara.

" Apa dia abang cakap tadi ? Adik tak dengar! ". Soal Athalia sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun elok. Cantik! . Yelah tadi dia mengelamun mana nak dengar apa yang abangnya bebel kan pagi pagi ni.

Atfaz berdecit

" Adik take care tau. Apa apa hal call abang terus ". Athalia tersenyum manis. Tak pernah sekali pun abangnya lupa untuk berpesan jaga diri kepada Athalia.

" Baik Tuan ! ". Kata Alana sambil membuat gaya hormat kepada orang atasan.

Atfaz ketawa melihat telatah adiknya lalu mengusap kepala adiknya yang berbalut tudung itu.

Alana senyum lebar. Sayang abang.

" Fihifzillah crybaby abang ". Ujar Atfaz

" Fii Amanillah abang bubu ". Jawab Athalia sambil tersengih. Sengaja dia sakat abangnya dengan panggilan bubu.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now