LJHS | 23

3.1K 144 5
                                    

Aku ada nampak gosip pasal kau . Kau okay ?

Terlakar senyuman tatkala membaca pesanan itu. Namun dia hanya lihat sahaja tanpa membalas . Yelah buat apa nak rapat rapat dengan lelaki lain sedangkan dia sudah bertunang. Kena lah jaga hati bakal Encik suami .

Athalia meletakkan kembali telefon bimbitnya. Walaupun sedikit sebanyak pesanan itu membuatkan dia bahagia , namun lekas dia buang perasaan itu.

Hubungannya dengan Jibran pula masih baik namun tidak serapat dulu. Jika dulu mereka sering kali juga keluar bersama , namun kini semuanya sudah berubah sejak dia memegang status tunang orang . Jibran pula sudah kembali ke perangai asalnya. Dingin. Namun sesekali ada juga dia bertanyakan khabar Athalia . Dalam dinginnya terselit juga perhatian

Jujur Athalia sangat mengharapkan Jibran suatu ketika dahulu dek kerana layanan baik lelaki itu terhadapnya, dia fikirkan jibran menyukainya kerana setiap kali dia berada dalam kesedihan lelaki itulah yang selalu ada dengan dia . Singkat kata lepas sahaja kematian arwah abangnya , Jibran lah menjadi pengganti abangnya walau pada hakikatnya arwah abangnya takkan pernah tergantikan.

Namun setelah Jibran meminta nombor kontak Athalia untuk abangnya. Remuk hatinya. Semua tekaannya salah, Jibran hanya menganggapinya tak lebih dari seorang adik , mungkin. Dan sejak dari hari itu, dia mulai rapat dengan Jayden dek kerana sikap tidak mudah mengalah lelaki itu . Setiap hari ada sahaja hadiah untuk Athalia. Jenuh juga Athalia, namun lama kelamaan dia pun selesa dengan Jayden sehinggalah Jayden melamarnya untuk menjadi tunangnya.

" Miss Thalia !". Panggil lagi Dura untuk kesekian kalinya

Tersedar saja dari lamunan. Athalia kulum senyuman nipis. Kantoi pula merenung masa lalu .

" Ada apa Dura ?". Soal Athalia laju

" Dah berapa kali saya ulang benda yang sama miss . Miss Thalia tu sibuk mengelamun, ingatkan Encik tunang ke ?". Seloroh Dura beserta sengihan

Athalia juga turut tersenyum. Nipis . " Takde lah , tak fikir pasal dia pun . Ni awak dah jumpa orang tu ?". Soal Athalia . Dia kembali ke mood serius

Dura menggeleng . " Dia tak nak jumpa kita miss , saya dah ugut tapi tetap dia taknak juga jumpa . Agaknya dah banyak sangat kut duit dia nak bayar saman ". Jawab Dura . Sempat dia berbasah basi

Athalia hanya tersengih mendengar bebelan pekerjanya. " Okay kalau macam tu awak proceed je saman tu . Bagi pelajaran sikit dekat orang orang macam tu. Ni lagi satu saya nak awak jemput wartawan, saya nak clear kan nama butik ni ". Terang Athalia akan plan b nya. Dia sudah fikir masak masak , sampai bila dia nak bersembunyi. Lama lama orang akan tahu dia juga .

Sebaik mendengar arahan itu . Dura hanya mengangguk dan setelah itu dia pun beredar . Athalia menghela nafas panjang sebaik saja bayang stafnya sudah menghilang. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk itu.

" You can do it Ziv !". Ujarnya sendiri . Memberi semangat pada diri sendiri yang sudah sedia rapuh. Luaran sahaja nampak kuat walhal dalaman hanya dia saja yang tahu.



Jayden tersenyum tatkala melihat balasan cik tunang kesayangannya.

Okay , saya tunggu. Drive safe Encik tunang -  My fiancé

Tak sia sia dia korbankan kesemua hari harinya untuk memikat hati gadis itu.

Yelah , awal awak Athalia tak layan dia sangat. Sehinggalah dia bertekad dimana hari hari dia akan mengganggu Athalia dengan hadiah hadiahnya. dan kerana sikap tak berputus asa itulah Athalia menerimanya.

Jayden meletakkan semula telefonnya tatkala pintu pejabatnya ditolak dari luar. Tahu sangat siapa yang datang . Tak lain tak bukan , Arfiq Eqhman. Sahabat aka personal assistantnya. Dia kalau datang tak sah kalau tak ketuk pintu . Main masuk je .

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now