Selepas saja perbualan mereka malam itu. Kini hubungan mereka berdua menjadi semakin keruh dimana Athalia lebih memilih untuk terus menerus mengelak setiap kali bertemu empat mata dengan Jibran.
Jibran pula, entah bagaimana lagi mahu memujuk Athalia meskipun dia lebih terasa dalam hal ini. Manakan tidak, isteri sendiri masih mengharapkan orang lain. Lagi lagi orang tu abang kau sendiri. Tak ke sakit ?
Jibran hela nafas panjang. Pening memikirkan akhir cerita rumah tangganya. Kalau ikutkan dia, dia takkan sesekali lepaskan Athalia tetapi jikalau ini adalah jalan untuk membahagiakan isterinya. Dia sanggup jika dia yang akan terluka nantinya.
" Jauh termenung tuan ? Tuan ada masalah ?". Soal seorang tentera kepada Jibran. Jibran angkat muka lantas sebuah senyuman nipis diberi pada si gerangan itu. Jika dulu hanya wajah beku saja ditayangkan. Kini seketul Jibran mula beramah dengan anak anak buahnya. Namun ada kala kebekuan itu kembali muncul jua. Takkan lari dari kamus hidup seketul Jibran. Never !
" Tak ada pun, sikit je ". Balas Jibran. Tentera itu mengangguk. Malas tanya lebih lebih kang kena cop busybody pula. Lagipun dia ke situ sebab nak sampaikan pesanan je.
" Tuan, ada orang nak jumpa tuan ". Beritahu tentera itu.
" Siapa ?". Soal Jibran
" Tuan Darius tuan. Dia tengah tunggu tuan dekat markas ". Beritahu tentera itu lagi. Jibran mengangguk
" Okay, Terima kasih Amir ". Ucap Jibran. Sejurus itu dia bangun dari tempat duduknya. Lantas markas tentera di tuju. Bermacam macam andaian di kepala otaknya. Kenapa Darius nak jumpa ?
" Sama sama Tuan ". Jawab tentera itu. Selepas saja bayang Jibran menghilang. Dia kembali ke tempatnya semula.
Mendengar idea yang dilontarkan Darius membuatkan Jibran rasa ingin marah lagi.
" Kau gila ke ?". Bentak Jibran tak puas hati dengan cadangan Darius. Rahang diketap kuat manakala anak rambutnya diraup ke belakang. Tanda dia sedang menahan amarah
" Tapi ini je cara yang kita ada. Kau nak ke diorang semua yang tak bersalah tu jadi mangsa atas ketamakan syaitan bertopengkan manusia tu ? Kau nak ? Kau tak kesian ke ? Mana Jibran yang dulu, kenapa sekarang lembik sangat ! ". Luah Darius panjang lebar. Walaupun hubungannya dengan Jibran tidaklah sebaik mana. Namun jika berkait dengan tugas mereka sebagai penyelamat negara, dia akan belakangkan egonya.
Jibran mengeluh seketika. Dia bukan tidak setuju dengan cadangan Darius tetapi dia cuma tidak dapat fokus sekarang ni. Dek kerana masalah rumah tangganya yang sedang di ambang badai. Badai yang dia sendiri cipta.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini Ya Allah.
" Okay, aku setuju ". Kata Jibran lemah. setelah sekian lama berdiam diri dia bersuara jua akhirnya. Darius menarik nafas lega. Syukurlah Jibran mahu sertai misi kali ini.
" Thanks bro ". Ucap Darius. Jibran hanya bergumam. Lantas bilik serba hitam itu ditinggalkan. Darius hanya menghantar langkah Jibran dengan ekor mata. Sesekali sengihan sinis terkulum dengan sendirinya.
Athalia mengeluh perlahan. Sudah seminggu sejak kejadian itu dan seminggu juga kepergian Jibran untuk bertugas.
Segala objek yang ada di atas meja kerjanya dipandang kosong. Fikirannya pula sibuk memikirkan masalah yang dia hadapi. Belum juga selesai satu masalah, masalah baru lagi berkunjung. Bagai nak pecah isi otak memikirkan jalan penyelesaian masalah hidupnya.
Dengan Jibran, dengan butik lagi. Athalia hela nafas panjang. Mata dipejam seketika. Cuba untuk mencari dan mencipta semula kekuatannya yang sudah lama menghilang.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...