LJHS | 47

2.9K 117 3
                                    

Athalia mendengus geram. Mata mengerling ke driver seat. Jibran yang hanya menayangkan riak biasa itu dipandang tajam.

Dari tadi mulut itu bertanya mereka hendak kemana. Namun hampa. Jawapan Jibran "just wait and see!" Kau rasa ? Mananya tak mengamuk Athalia.

"What?". Soal Jibran

Athalia hanya menjeling. Dia boleh what je ? Like seriously!! Dia tak tahu ke yang Athalia tengah marah? Malas melayan, Athalia palingkan wajah menghadap ke sisi cermin. Pemandangan malam itu lagi indah daripada muka suaminya.

Jibran hanya tersenyum nipis. Kang dia bagitau sekarang, tak surprise lah.

Beberapa minit kemudian. Kedengaran dengkuran halus dari sisinya. Lantas kepala dibawa ke sisi. Menghadap sang isteri.

"Lah, tidur rupanya. Patutlah takde suara." Kata Jibran dengan sengihan di bibir. Kepala Athalia di usap perlahan. Sejurus itu dia menyambung pemanduannya semula.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Perjalanan dari pantai Kayangan ke sini agak jauh. Dalam 40 minit.

Jibran meregangkan badannya yang terasa lenguh. Tangan dipanjangkan ke seat belakang untuk mengambil mineral water. Dapat saja, dia meneguk rakus air itu.

"Tuan Puteri milik Jibran, bangun.... kita dah sampai." kata Jibran sambil menepuk-nepuk bahu Athalia. Athalia yang merasakan tidurnya diganggu itu lantas membuka kelopak matanya.

Melihat Jibran yang tersenyum manis padanya membuatkan dia membuat muka. Laju tangan Jibran di bahunya dilepaskan.

"Masih merajuk ke Tuan Puteri milik Jibran ni ?". Soal Jibran beserta tawanya. Comel betul Athalia buat muka merajuk. Rasa nak gomol je pipi tu. Pft!!

Athalia menjeling. Ingat dia tidur, perkara tadi dia lupa ? Oh semestinya tidak !

Tanpa memperdulikan suaminya yang masih tekun memandangnya itu, Athalia membetulkan awning shawlnya. Pandangannya yang masih kabur sebentar tadi berubah terang tatkala melihat dengan jelas signboard yang terpapar dihadapan kereta.

Rumah Kasih Ibu

"Aw...awak.......". Tutur Athalia perlahan dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Dia memandang ke sisi dimana suaminya berada. Dapat dia lihat Jibran menguntumkan senyuman manis padanya.

"Thank you......." Ucap Athalia. Tak terkata betapa dia rindu tempat dan orang-orang yang ada disini. Seketika tangan Jibran diraih lantas dikucup perlahan.

Jibran yang tidak menyangka akan hal itu hanya mengelus lembut kepala Athalia. Dia sudah tahu tahap kerinduan Athalia pada tempat ini. Itulah mengapa dia membawa Athalia ke sini. Tengah malam buta pula tu, sebab esok dia sudah tiada masa. Lagipun dia tidak mahu Athalia drive sendiri ke sini. Bahaya. Sebab itu dia plan malam ini semua tempat yang Athalia suka akan mereka jelajah. Kiranya malam ini menjadi malam yang bermakna buat mereka berdua terutamanya Athalia.

"Dah jom, bonda dah tunggu tu." Ujar Jibran sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu utama Rumah Kasih Ibu.

Athalia yang melihat arah yang Jibran tunjukkan itu lantas tersenyum lebar. Di sana ada bonda seperti yang Jibran katakan tadi.

Dengan pantas Athalia membuka pintu kereta. Belum sempat dia keluar, dia mendesis kesakitan.

Awwwh"

"Sabar sayang.... Tak kemana pun bonda tu ." Tutur Jibran. Lelaki itu hanya mampu menggeleng melihat keterujaan isterinya. Orang lain pun teruja juga tapi tak sampai macam ni!

Athalia mengusap perlahan lengannya sambil tersengih bak kerang busuk. "Ziv lupa buka ...." Tuturnya, bawah bibir digigit menahan malu. Itulah teruja sangat sampai seatbelt pun lupa nak buka.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now