LJHS | 32

3.9K 171 2
                                    

Sesampai sahaja di rumah agam Raja Jikri. Mereka semua terus saja masuk ke dalam bilik masing masing. Penat, ditambah lagi, malam nanti adalah majlis resepsi buat kedua raja sehari. Pasti akan memenatkan lagi. Jadi ada baiknya mereka rehat dahulu.

Athalia hanya berdiri di depan pintu rumah agam itu. Tidak tahu hendak ke mana. Dia ke sini pun sebab umi yang suruh. Kalau tak memang dia akan balik banglo dia lah jawabnya.

Athalia melihat sekeliling. Sama seperti dulu. " Kenapa awak buat saya macam ni Jayden ?". Soal Athalia sendiri. Perlahan saja suaranya.

Memang dia percaya semua ini adalah kehendakNya, namun terselit jua rasa ingin tahu. Mengapa dan kerana apa dia perlu ditinggal nikah ?

Tak cukup baik ke dia ?

Tak layak ke dia bahagia ?

Memang dia tak cintakan Jayden tetapi rasa itu sudah mulai tumbuh. Namun, kejadian hari ini membuatkan rasa yang ingin tumbuh itu kembali mati.

Athalia hela nafas panjang. Bangku panjang di laman rumah itu dituju. Punggung dilabuhkan di situ. Suasana waktu itu panas terik, ditambah dengan hati yang terluka maka bertambah pedih lah jawabnya.

Saya tak tahu kenapa saya kena cakap macam ni, tapi saya nak awak tahu walau apapun yang jadi saya tetap cintakan awak. Saya harap sangat jodoh kita panjang - Jayden

Kenapa awak tiba tiba cakap macam tu. Awak nak tinggalkan saya ke ? - Athalia . Sedikit sebanyak perkataan Jayden membuatkan dia sedih

Jayden menggeleng. Tak bukan macam tu tapi kita tak tahu jodoh kita takat mana je. Boleh jadi hari ini kita berjodoh, esok esok awak dengan orang lain - Jayden

" Itu dah kira pesanan awal kan ? Kenapa saya tak perasan Jayden ?". Lirih Athalia tatkala memgingati ketulusan cinta lelaki itu. Dia nampak, nampak sangat bertapa cintanya Jayden pada dia tapi kenapa Jayden kena pergi. Apa sebabnya?

Athalia hembus nafas panjang.

" Aihh panjang betul kau hembus?". Tegur satu suara

Lantas Athalia menoleh. Lihat saja, bebola matanya dijulingkan ke atas. Sibuk je orang nak healing ! Getus hatinya

" Awak dari mana ? Lama tau tak saya tunggu ". Soal Athalia. Sebaik saja mereka sampai tadi, Jibran terus memecut entah ke mana tah. Bagitahu pun tak ! Aku ni siapa pada dia ? Eh asap pula aku nak kisah ?

Jibran senyum senget. Lalu duduk di sebelah Athalia. Athalia pula buat muka "dah kenapa ?" sambil melirik Jibran di sebelahnya

" Saya tanya kan, jawablah ". Ujar Athalia lagi. Orang dah lah penat tunggu dia, nak masuk bilik nak rehat. Tub tub dia jalan pula. Menyampah betul ada suami pandai hilang ni. Omel Athalia dalam hati

" Kenapa tunggu abang, dah tak sabar nak peluk cium abang ke ?". Soal Jibran selamba dengan kening yang ternaik sebelah. Sesekali bergurau apa salahnya kan

Athalia pantas memalingkan muka memandang wajah selamba suaminya. Like seriously? Ini Jibran Qayyim ke ? Kenapa lain? Hilang ingatkan ke apa ?

" Awak ada accident ke tadi dekat mana mana ?". Perli Athalia

" Takde pun cuma jatuh sikit je tadi ". Balas Jibran. Sengaja buat tidak faham akan sindiran isterinya

Athalia melihat Jibran lalu menilik tubuh suaminya. Takde pun luka ? Betul ke dia jatuh ? Ke saja kenakan aku ? " Jatuh dekat mana ?". Soal Athalia. Nak kepastian

Jibran tahan senyum. " Jatuh hati dekat wife sendiri ". Seloroh Jibran. Athalia membuat rolling eyes. Suami siapalah gila ni ?

" Suka hati awaklah nak jatuh dekat mana. Nak jatuh hati dekat makcik jual karipap tu pun saya tak kisah ". Seloroh Athalia. Malas layan perangai Jibran yang baru dia wujud ini. Manja dan mengada

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now