LJHS | 29

3.1K 149 9
                                    

Selesai bacaan yasin. Mereka berdua bangkit dari duduk. Athalia mendahului Jibran. Laju dia mengemaskan tikar, juga sempat dia pamit pada abangnya.

Melihat Athalia yang tergesa-gesa itu membuatkan bibir lelaki itu ternaik tanpa sedar. Bertapa dia nak sangat selalu ada di sisi gadis itu setiap saat. Tapi , hmm dah terlambat.

" Tunggu aku dekat kereta ". Ujar Jibran yang masih duduk. Athalia menghentikan langkahnya, kemudian dengan perlahan dia berpaling melihat jejaka itu dengan kening yang terangkat

" Aku tumpang kau, aku tak bawa kereta ". Terang Jibran tatkala melihat Athalia yang seperti ingin bertanya. Athalia yang baru faham hanya mengangguk lalu mengatur langkah pergi dari situ.

Melihat bayang Athalia yang sudah sedikit menjauh. Jibran kalihkan pandangan ke pusara sahabatnya. Tangan naik mencabut rumput kecil yang ada disitu.

" Mesti dia dah cerita yang dia nak kawin kan ? Tapi bukan dengan aku!......Aku minta maaf Faz, aku tak mampu kotakan janji aku dulu. Aku minta maaf ". Tenang jibran berkata. Seolah olah berbicara empat mata dengan Atfaz. Dia rindukan Atfaz.

Jujur janji yang dipungkiri umpama pengkhianatan dari seorang sahabat. Pengkhianatan yang jelas jelas melukai hati. Namun apa yang dia boleh lakukan. Tiada apa yang mampu dia lakukan, semuanya sudah terlambat. Hanya kata maaf sahaja yang mampu dia ucapkan walaupun kata itu sudah tidak bermakna bagi yang telah tiada.

Setitis demi setitis air matanya jatuh. Bukan kerana tidak redha dengan ketentuan ilahi tetapi kerana tidak mampu mengotakan wasiat sahabatnya. Terasa diri tidak berguna. Tangan kekarnya perlahan mengesat air matanya yang jatuh.

" Tapi aku janji dengan kau, along akan jaga dia dengan baik. Kau tahu kan along baik orangnya. Kau pun kenal kan along macam mana ? Kau jangan risau, aku akan pastikan along takkan sakitkan dia. Itu janji aku Faz, sekali lagi aku minta maaf. Aku tahu mesti kau terasa dengan aku kan tapi aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi Faz. Aku sayang dia tapi aku tak mampu miliki dia. Aku harap kau faham dan maafkan aku. Aku tahu aku tak guna! ". Ujarnya panjang lebar.  Di hujung ayatnya terletus tawa. Tawa yang mengejek diri sendiri

" Aku pergi dulu, lain kali aku datang. Kau pun datanglah, tengok adik kau dekat atas pelamin. Itu kan impian kau ". Ujar Jibran lagi. Bertapa sayangnya seorang Atfaz Rizki terhadap adiknya sehingga semasa kerja pun hanya adiknya sahaja yang dia ingat. Jibran pula meskipun tidak pernah bertemu empat mata dengan Athalia waktu itu, namun melalui cerita sahabatnya itu, dia sudah seperti mengenali Athalia lebih dalam. Sebegitu kasihnya Atfaz pada Athalia.

Ada lagi satu masa Atfaz beritahu Jibran yang dia taknak adik dia berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal. Dia nak Athalia berkahwin dengan lelaki yang dia kenal agar mudah untuk dia siasat si jejaka itu. Dia tidak mahu adiknya terluka hanya kerana lelaki. Dan dia juga melarang Athalia untuk bercinta. Sebab itu sampai sekarang Athalia tidak pernah bercinta. Dia terima Jayden pun sebab usianya sudah menggalakkan untuk dia berumah tangga dan disebabkan juga dia sudah sebatang kara. Dia perlukan tempat untuk bergantung iaitu lelaki yang bergelar suami.

Jibran hela nafas panjang. Seketika baru dia teringat yang dia menumpang Athalia. Pantas dia berdiri, ditepuk belakang punggungnya untuk menghilangkan debu yang melekat.

Sejurus pamit diapun mengatur langkah untuk pergi.


Lama Athalia menunggu di kereta miliknya. Sesekali kepala menjengah melihat ke arah jalan laluan ke tanah perkuburan itu.

Tiada juga

Sudahnya dia memutuskan untuk bermain game di telefon miliknya. Game Candy Crush, level 213 . Hebat tak ? Hehe

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now