Pintu bilik wad itu dikunci rapat. Tidak mahu ada sesiapa yang mengganggu perbincangan mereka berdua. Ada hal yang tidak harus orang lain tahu.
Usai mengunci pintu, Jibran mengatur langkah mendekati Atfaz yang sudah duduk di sofa. Sekujur tubuh isterinya dipandang sekilas. Rindu.
Sebulan berlalu, akhirnya hari yang di tunggu-tunggu oleh Jibran tiba. Sudah lama dia ingin tahu perihal kematian palsu sahabatnya itu. Namun keterbatasan waktu mereka berdua membuatkan hal itu tertunda dan hari ini segalanya bakal terbongkar.
Lama juga dia memendam perasaan ingin tahu itu. Namun dek kerana kekangan waktu, terpaksalah dia tahan sahaja walau hati kuat ingin mengetahui kebenaran.
Jujur dia amat terkejut dengan kemunculan semula sahabatnya itu. Bagaimana? Bagaimana lelaki itu masih hidup?
Tuhan, takdir apakah ini?
Sungguh di awal pertemuan mereka berdua semula, Jibran agak terkejut melihat wajah itu. Wajah yang sudah berbulan di anggap mati, ingatkan pelanduk dua serupa, rupanya benar-benar sahabatnya.
Tuhan, keajaiban apakah ini?
"You owe me explanation Faz! Macam mana kau boleh hidup semula?" Soal Jibran sebaik selamat duduk. Dia memilih untuk duduk bertentangan dengan sahabatnya itu. Mudah untuk melihat wajah itu.
Atfaz angkat kepala. Melihat wajah tidak beriak itu membuatkan dia tersenyum kelat. Entah apa reaksi lelaki itu nanti, bila tahu perkara sebenar. Selama ini, inilah yang dia risaukan dan dia elakkan. Tapi tidak disangka hari ini bakal tiba. Hari dimana dia akan menjelaskan semuanya tanpa terkecuali satu ayat pun.
Atfaz menghela nafas perlahan. Tubuh disandarkan pada sofa empuk itu seraya memejamkan mata seketika. "Masa kau bawa balik kononnya mayat aku, kau ingat tak doktord tak benarkan mayat tu dibuka?" Soal Atfaz serius. Jibran hanya mengangguk dengan kepala yang sarat dengan pelbagai persoalan.
Mengapa?
Mengapa Atfaz Rizki masih hidup?
Namun dia bersyukur kerana sahabat yang dikira sudah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya itu ternyata masih bernafas. Alhamdulillah! Tidak lekang ayat itu dia tuturkan. Allah Maha Besar, hanya Dia yang boleh melakukan keajaiban atas semua perkara. Ini kalau Athalia tahu, pasti isterinya itu gembira.
Yelah, keluarga kandung yang dia ada satu-satunya ternyata masih hidup. Tidak sabar akan hari dimana Athalia sedar dan dia lihat sendiri abangnya di depan mata.
Tuhan sembuhkanlah segera cinta hati hamba.
"Lah aku penat-penat explain, kau boleh pula termenung? Nak aku cerita ke taknak ni?" Soal Atfaz. Aku sekeh karang!
Jibran hanya membekukan muka.
"Ye ye aku sambung." Lahai bukan main aku cerita tadi, menung pula pastu nak salahkan aku! Getus hatinya.
Bang!
Bang!
Bang!
Faz!
Atfaz yang sudah berlumuran darah itu di pangku Jibran. Darah yang membuak-buak itu menerbitkan rasa risau di hati sang sahabat.
Ya Allah selamatkanlah dia.
Jagalah dia
Kuatkan dia Ya Allah
Jibran menitiskan air mata tatkala amanah terakhir sahabatnya itu di sebut tersekat-sekat dek karana darah yang laju meluncur dari mulut lelaki itu.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...