Ketukan pintu wad membantutkan langkah Jibran ke bilik air. Dengan kerutan di dahi, dia berhenti melangkah. Badan dipusingkan melihat si gerangan yang sopan sangat tu. Tak pernah pernah dibuat orang ketuk pintu wad
Sebaik daun pintu terbuka. Dengan sepantas kilat terpampang wajah si figura yang sangat sangat dia kenali. Dengan muka bengis, Jibran memandang si figura itu.
" Baru sekarang nak balik ? Mana kau pergi selama ni? Kau tau tak umi, walid, adik, kitorang semua risaukan kau ?". Seloroh Jibran tanpa basah basi. Walaupun kata katanya agak kasar namun sedikit sebanyak perasaan lega hadir tatkala orang yang mereka nanti-nantikan selama ini akhirnya muncul kembali.
Figura itu menapak mendekati Jibran. Lantas bahu Jibran ditepuk kuat. Takdelah kuat mana pun
" Amboi aku eh? Main kasar nampak? Along ada je lah dekat dekat sini. Angah tu macam mana boleh kena tembak ? Tak fokus eh ?". Soal lelaki itu. Pertanyaan Jibran diabaikan. Dia tahu keluarganya cari dia tapi what he can do ? Dia tak mampu beritahu semua orang apa penyebab dia tinggalkan majlis haritu.
Jibran menolak tangan abangnya. Marah marah juga tapi rasa rindu pada abangnya melebihi segalanya. Dan sudah pasti ikatan darah mereka lebih kuat dari rasa sakit hati. Jibran percaya semua ini ada hikmah, semua ini adalah ketentuan Allah. Mereka sekeluarga tidak salahkan Jayden pun. Pasti semua yang berlaku adalah ketentuan yang Maha Esa.
" Tak nak jemput aku duduk ke ? Penat tau tak ". Soal Jayden.
Yah, si gerangan yang sopan beradab tadi adalah Jayden Qayyum merangkap abang kepada Jibran dan orang yang sepatutnya berkahwin dengan Athalia. Tapi semuanya berubah tatkala dia meninggalkan majlis perkahwinannya sendiri. Atas sebab apa ? Semua orang tidak tahu dan ia masih menjadi tanda tanya?
" Duduklah ". Pelawa Jibran sebaik mereka berdua sampai di sofa di dalam ruangan wad vip itu. Terbantut niat Jibran mahu ke tandas tadi. Yelah ada tamu yang tak diundang tiba tiba datang mengejut. Nasib baik nak cuci muka je. Kalau buang air besar tadi, tak tahulah apa jadi.
" Angah takkan tanya apa sebab along lari tapi angah nak tahu mana along menyorok selama ni ? Dekat dua bulan along hilang tau tak ?". Seloroh Jibran. Perkataan aku kau tadi sudah berubah kepada yang lebih sopan. Mahu saja dia sembur Jayden dengan beribu pertanyaan. Tetapi dia cuba bersabar, dan dia akan tanya juga. Slowly but surely bak kata orang puteh.
Jayden menyilangkan kakinya. Tangan naik berpeluk tubuh. Mata dipejamkan sejurus itu dia berkata.
" Along penat ngah, boleh tak bagi along tidur kejap ?". Pinta Jayden. Jibran dengan rahangnya yang hampir terjatuh itu terkulat kulat mendengar bait kata abangnya. Like seriously? Aku ni dahlah penyabar orangnya. Hmm penyabar ke ? Hehe
Tatkala mendengar dengkuran halus dari abangnya. Jibran mengalah. Dia pun nampak wajah Jayden yang tidak bermaya itu. Badan pula sudah susut, tidak seperti sebelum ini. Apa dah jadi sebenarnya ? Hanya Allah saja yang tahu bertapa Jibran ingin tahu apa yang terjadi pada abangnya sepanjang abangnya menghilang.
Jibran menghela nafas lega. Satu masalah dah settle, along dah balik. Mesti umi happy. Lantas kaki di atur semula ke tandas.
Jeyden membuka matanya perlahan dan hanya melihat bayang adiknya masuk ke tandas. Lantas sebuah senyuman terkulum di wajah kacak itu.
Sejurus itu, dia berbaring di sofa empuk itu. Wad vvip mestilah sofa pun best. Selang beberapa minit suara dengkurannya mulai memenuhi ruangan itu. Jika tadi dia pura pura tidur, kini dia betul betul tidur.
Langkah kaki dilajukan tatkala dia sudah terlewat 15 minit. Terkumat kamit bibir itu mengutarakan ketidakpuasan hatinya. Entah bebel apapun tak tahulah.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
عاطفية2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...