LJHS | 28

2.9K 145 4
                                    

Tak, angah tak suka !

Kalau awak taknak jaga hati saya sekalipun at least jaga hati abang awak, dia dah cukup terluka dengan masa lalunya.

Abang kau dah nak kawin tinggal tunggu kau je balik sana !

Jibran meraup kasar wajahnya. Segala memori terulang tayang kembali bak drama di layar kaca television. Nafas dihembus kasar yang sedari tadi tidak teratur.

Kecewa ?

Sudah pasti! Siapa sahaja yang tidak kecewa tatkala mengetahui gadis yang kita cinta akan menjadi milik orang lain. Nak nak lagi orang tu abang sendiri. Namun dia tak salahkan Jayden, kerana semua ini berpunca dari dirinya sendiri. Ego

Andai saja pertanyaan abangnya haritu dia jawab dengan jujur. Sudah pasti dia yang akan menjadi lelaki pengantin untuk majlis lusa. Tapi semuanya sudah terlambat. Tiada apa yang perlu disesali lagi.

Redha ?

Dia kena redha yang Athalia bukan ditakdirkan untuk hidup bersamanya.

Dan harapan Atfaz ?

Biarlah terkubur mengikut jejak tuannya. Nasi sudah menjadi bubur, Jibran sudah tidak mampu mengotakan janji yang sudah dia tekadkan dulu.

Perasaannya ?

Biarlah dia yang ubati sendiri. Asalkan gadis idamannya bahagia dengan pilihannya. Dia tahu Athalia tak pernah sukakan dia melihat layanan gadis itu terhadapnya dan sebab itu juga dia sudah redha . Mungkin Antara mereka berdua memang sudah tertulis hanya sebatas adik dan kakak ipar sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

" Aku harap kau bahagia, aku yakin along akan jaga kau dengan baik ". Ujarnya perlahan sambil tersenyum. Tersenyum walau hati bagaikan ditoreh dengan pisau namun tidak berdarah.

Untuk kesekian kalinya nafas dihembus kasar. Wajah diraup. Mata dipejamkan tatkala bunyi desiran air tasik itu menjadi irama.

Tasik mati

Menjadi lokasi healing bagi seorang Raja Jibran Qayyim. Sudah lama dia tidak menjejaki tasik mati itu. Kali terakhir datang ke sini pun sewaktu dia kehilangan sosok sahabatnya, Atfaz Rizki. Itulah kali terakhir dia ke sini.

Dan untuk hari ini, dia datang lagi tetapi dengan luka yang lain. Bukan luka kerana kehilangan orang yang dia sayang kerana kematian tetapi dia kehilangan orang yang dia cintai yang akan dimiliki orang lain. Dan sakitnya adalah sakit yang teramat perit dan pedih untuk dia tanggung sendirian.

Namun, tiada daya dia untuk mengubah takdir yang sudah tertulis. Dia bukan Tuhan yang boleh merubah apapun mengikut kehendak sendiri, dia hanyalah seorang hamba Allah yang lemah dan senantiasa lemah tanpa Dia di sisi.

Deringan telefon menyedarkan Jibran dari lamunan yang panjang. Dengan tenang tangannya menyauk ke dalam kocek seluarnya.

Nama umi tertera pada skrin putih itu. Terbias senyuman pada wajah tampan itu. Walau hati ingin saja berteriak untuk menghilangkan rasa sakit.

" Assalamualaikum umi ?". Sapa Jibran terlebih dahulu. Tenang sahaja intonasinya bagai tiada apa yang berlaku.

" Waalaikummusalam anak umi. Anak umi sihat ?". Balas Puan Zara di corong telefon.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now