LIHS | 52

2.1K 85 3
                                    

Cermin mata hitam miliknya diturunkan tatkala melihat gerangan yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Terpegun dia seketika tatkala melihat gadis tinggi lampai itu.

Dengan dress satin hitam paras lutut, rambut di gayakan style messy bun, beserta cermin mata hitam yang dikenakan gadis blonde itu. Jujur Halord katakan, dia tidak menafikan kecantikan Daniella, gadis itu sangat cantik, malah lebih cantik dari gadis-gadis yang pernah dia temui selama ini. Namun, entah mengapa hati lelaki itu tidak berminat langsung pada Daniella.

Mungkin kerana mereka sepupu agaknya, jadi Halord mahu kekalkan title sepupu itu. Tidak mahu berlebihan, cukup sekadar gelaran sepupu sahaja.

"Hey, menungkan apa?" Soal Daniella yang sudah tiba, sambil melambaikan tangan putih miliknya dihadapan muka Halord. Sebelah tangan pula sudah memaut lengan lelaki itu. Dari tadi dia panggil Halord, namun hampa. Dia tidak di hiraukan langsung.

Macam mana tak di hiraukan, kalau member termenung. Tapi termenungnya tidak lepas menatap Daniella pula tu. Tak keruan Daniella di buatnya. Walaupun dia suka tapi renungan itu tajam teramat. Takut pula.

"Hands off!" ujar Halord dingin. Dia menepis kasar tangan Daniella yang memeluk lengannya. Tidak suka dengan sikap Daniella yang suka menyentuh dirinya. Memanglah mereka ada ikatan keluarga tapi itu bukan tiket untuk Daniella terus menerus menyentuhnya.

Rimas!

Daniella muncung sedepa. Terasa? Oh tentunya tidak!

because she used to it.

Sudah terbiasa dengan layanan dingin Halord. Ada masa lelaki itu okay dan akan ada masa Halord berperangai beginilah. Melayan dia dengan kasar dan dingin. Tapi Daniella tidak pernah kisah, yang penting Halord tidak memintanya untuk pergi. Itu sudah cukup buatkan dia bahagia. Bahagia meski hanya dia yang "beria". Huhu sedih.

Daniella pamerkan senyuman manis miliknya sehingga kedua lesung pipitnya timbul tatkala bagasi miliknya di tarik oleh encik crush. Tersenyum suka dia. Yelah, dingin dingin pun tetap care dengan dia. Siapa je tak cair.

Kini mereka sudah berada di dalam kereta milik Halord. Mahu menuju ke mana? Daniella sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak beres berlaku di sini. Manakan tidak, Halord tiba-tiba saja menghubunginya dan memintanya datang ke Malaysia secepat mungkin. Tapi pertanyaannya mengapa dia?

"Kenapa tiba-tiba suruh I datang sini?. soal Daniella setelah lama mereka berdiam diri. Cuba untuk menghilangkan kesunyian. Awkward juga jika mereka hanya diam. Lagipun dia mahu tahu apa sebab dia di arahkan datang ke sini sedangkan kerjanya di sana bertimbun. Tapi disebabkan encik crush dia sanggup tinggalkan pekerjanya di sana.

"Nanti kau tahulah." Jawab Halord mendatar. Daniella mengangguk pasrah. Hendak bertanya lebih, takut jika lelaki itu naik angin, lihat sajalah cara dia menjawab. Sudahnya dia tutup topik itu.

"You dah lama ke sampai sini, no I mean dah berapa hari you duduk sini? Lagi satu kenapa I tak tahu pun you datang sini?" soal Daniella, dia fokus melihat wajah kacak yang tidak beriak itu. Dapat dia lihat lelaki itu menghela nafas panjang.

Apa? Salah ke dia tanya?

"Perlu ke kau tahu? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku Daniella, so please don't act like you are my girlfriend or whatsoever! Jadi tak payah sibuk ambil tahu setiap perkara tentang aku. Just stop it! Aku.Tak.Suka!" terdiam Daniella, tubir mata perlahan membasah. Lantas kepala di pusingkan ke tepi, tidak mahu Halord perasaan wajahnya sudah berubah. Lebih baik dia lihat permandangan di luar daripada melihat sesuatu yang indah namun menyakitkan.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now