FLASHBACK
PERSIAPAN menuju medan perang sedikit sebanyak membibitkan rasa gentar dalam diri mereka. Siapa saja tidak gentar, bertarung dengan musuh yang kita sudah sedia maklum akan kelicikan, kerakusan, keganasan dan kekejaman mereka.
Setelah seminggu diberi masa. Kini bermula lah misi besar besaran mereka iaitu berkhidmat ke negara Afrika untuk menyelesaikan misi yang sudah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Misi menumpaskan grup kongsi gelap di bumi Afrika. Pihak sana telah meminta bantuan akan kerajaan di Malaysia kerana mereka kekurangan anggota. Dan sudah pastinya permintaan itu akan di depakan tangan oleh tentera tentera di Malaysia.
Jibran menepuk bahu Atfaz yang sedari tadi termenung. Entah menungkan apa pun dia tidak tahu.
“ Ready? ”. Soalnya
Atfaz kulum senyum nipis. “ More than ready bro ! ”. Balasnya sambil mengenyitkan mata ke arah Jibran
Tepukan yang tadi lembut berubah kasar tatkala kenyitan itu diberi padanya. “ ewwww! Kau gay ke Faz? ”. Seloroh Jibran. Sengaja menyakat sahabatnya itu
Atfaz mencebik. Suka hati je kata aku gay, nak kena dia ni. “ Sudahlah kau, orang kenyit sikit dah kata orang gay. Kau nak tahu cerita tak? ”. Ujar Atfaz. Sementara mereka menunggu untuk berangkat, ada baiknya sembang lah dulu. Hehe
Jibran jongket kening. “ Apa? ”.
“ Kau tahu tak kalau aku kenyit mata dekat adik aku, kau tahu dia cakap apa. Dia cakap aku lebih hensem, macho, dan paling penting aku auto nampak comel. Hah kau tahu apa, yang kau tahu pedajal orang je! ”. Celoteh Atfaz sambil membuat muka comel, tiba tiba rindu pula sang adik padahal baru sahaja mereka berpisah beberapa minit tadi sebelum Jibran sampai.
Jibran geleng kepala. Sabar je lah hadap perangai brutal sahabatnya ini. “ Comel apanya, geli adalah! Kau nak tahu satu cerita tak? ”. Soal Jibran pula
Atfaz mengangguk
“ Adik kau tu sebenarnya nak jaga hati kau je padahal dalam hati dia nak sangat jujur yang abang dia ni tak hensem mana pun ! ”. Ujar Jibran selamba. Tak padan dengan kerja sebagai tentera. Lembik, hati tisu
Atfaz pula sudah muncung. “ Eleh kau, padahal jeles! ”. Nafi Atfaz
“ Sudahlah kau. Baik aku naik kang terlepas flight siapa susah. Kau juga! ”. Seloroh Atfaz lalu meninggalkan Jibran sendirian.
Jibran lagi sekali hanya mampu menggeleng saja. Dia pun mengatur langkah masuk ke balai pelepasan. Mereka berdua saja naik flight yang lain naik jet tentera.
HARI TERAKHIR DI AFRIKA
SEMUA komando sudah bersiap sedia untuk malam ini. Segala senjata api sudah disediakan. Semuanya lengkap dan ditambah pula dengan bantuan kerajaan Afrika. Mereka juga memberikan setiap anggota di bawah naungan Jibran senjata yang mencukupi.
Kini mereka berada di sebuah bangunan terbiar di tengah hutan. Malam ini adalah misi terakhir mereka setelah dua bulan berada di bumi Afrika.
Sepanjang mereka disini, berbagai cara mereka gunakan untuk menumpaskan grup kongsi gelap itu, namun disebabkan kelicikan musuh, hasilnya mereka belum berjaya lagi.
Namun malam ini adalah malam dimana mereka pasti yang kemenangan akan berpihak pada mereka.
“ Is julle almal gereed ? ( kamu semua sudah bersedia?) ”. Soal Harold Samuel kepada mereka berdua dengan muka ketatnya
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...