Sejurus mereka berdua menapak masuk ke dalam teratak bonda. Mereka di sambut dengan penuh kasih. Bonda pula siap menangis teresak kerana baru hari ini dapat berjumpa dengan anaknya itu. Athalia, yang sudah di anggap seperti anak kandung sendiri. Kali terakhir berjumpa semasa Jibran dan Athalia datang ke sini waktu itu. Dan sejurus itu tiada langsung khabar, telefon pun tidak. Jadi dia rindu.
Betapa rindunya dia dengan sosok ini. Kemalangan yang menimpah Athalia pun bonda tidak tahu kerana Jibran tidak mahu memaklumkan. Maklumlah bonda dah tua, takut terlebih risau itu memakan dirinya. Sudahnya hanya mereka saja yang tahu kecuali bonda dan semua penghuni teratak ini.
"Janganlah nangis bonda, maafkan Ziv sebab dah lama tak jenguk bonda dengan adik-adik." Tutur Athalia perlahan. Dirinya mula di hurung serba salah. Sebak pula mula bertandang. Maafkan kakak adik adik.
"Bonda nangis sebab gembira sayang, sebab anak menantu bonda dah ada depan mata. Nak nak lagi Fa.." Bonda terdiam tatkala sedar dia terlepas kata. Tidak mahu Athalia salah tafsir, dia leraikan pelukan. Sebenarnya salah satu kegembiraan dirinya adalah kehadiran Atfaz semula. Ya Atfaz ada datang ke teratak ini dua hari yang lalu. Tak sangka anak lelakinya itu masih hidup. Tak henti henti kata syukur dan pujian pada Sang Pencipta dilafazkan kerana masih berikan dia rezeki untuk berjumpa anak lelakinya itu. Meski bukan anak kandung tapi sudah di anggap seperti anak sendiri. Sayangnya pada Atfaz sama seperti dia menyayangi Eriz anak kandungnya. Dan kini lengkaplah anaknya kembali, Atfaz, Athalia, Eriz dan anak anak di teratak ini. Alhamdulillah, moga kebahagaiaan ini berpanjangan dengan redha Ilahi.
"Bonda?" Seru Athalia. Kedua tangannya masih memaut kedua bahu wanita paru baya itu. Kenapa dengan bonda? Fa? Apa tu? Getus Athalia dalam hati. Mengapa di berasa aneh? Adakah bonda juga sudah tahu tentang kewujudan abangnya?
Tak semena dia di jentik rasa kecewa. Lagi dan lagi. Kenapa abangnya tak muncul saja depan dia? Mengapa abangnya tak mahu berjumpa dengan dia? Tapi dengan suami dan bonda mahu pula lelaki itu bertemu. Kenapa tidak dengan dia? Adik kandungnya sendiri?
Dan suaminya, mengapa lelaki itu merahsiakan perkara sebesar ini dari dia? Kenapa tak terus terang je bahawa Atfaz Rizki masih hidup?
"Ziv? Hey lama bonda panggil. Ingat apa?" Soal bonda pula. Dari tadi dia memanggil nama Athalia. Tapi tiada sahutan, hanya memandang tepat ke arah matanya dengan mata yang sudah berkaca. Mengapa?
Sedar. Athalia kedipkan mata. Tidak mahu air mata itu menitis jatuh. Perasaan kecewa sebentar tadi, cuba diendahkan. Pasti ada sebab.
"Ya bonda?" Soal Athalia dengan suara yang serak. Jibran di sisi hanya merenung isterinya yang boleh dikatakan tiba-tiba berubah tatkala bonda tersasul mahu menyebut nama 'Fa' tadi. Dia tahu bonda mahu sebut Faz, dia tidak buta melihat riak kegembiraan wanita tua itu, namun dia kekal beriak biasa. Tidak mahu wanita tua itu salah anggap dengannya.
Tapi mengapa riak Athalia tiba tiba berubah sejurus mendengar perkataan itu? Seakan akan isterinya tahu sesuatu. Athalia tahu kah kewujudan Atfaz?
"Mama enapa lama tak atang sini? Mama tak ayang Uma ke?" (Kenapa lama tak datang sini? Mama tak sayang Ummar ke?) Soal si kecil yang berada dalam dakapan Athalia. Tersebik sebik bibir merah itu. Alahai cair pula kita. Dahlah mata tu cantek.!
Athalia tersenyum manis seraya mengelus lembut rambut keperangan milik Ummar.
Ummar, si budak kecik yang amat akrab dengan Athalia. Satu-satunya kanak kanak yang menggelar Athalia 'mama' secara tiba tiba semasa perjumpaan mereka waktu itu. Comel je budak ni. Hensem pula tu, kecik kecik dah hensem. Mungkin bila dah besar bakal menjadi igauan para gadis di luar sana. Sebab muka macam mix sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Dengan rambut yang keperangan, mata yang berwarna kelabu campur biru. Unik tapi indah tak terkata. Kulit pula putih mengalahkan perempuan. Tapi sayang mengapa anak sekecil dan secomel ini kena tinggal? Takdir kanak kanak ini baik kerana Allah hantarkan bonda menemuinya, kalau tak mungkin Ummar dah kena jual takpun dah takde dekat dunia ini.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...