LJHS | 19

3.2K 149 1
                                    

" Bee ? ". Ujar Danielle terkejut. Tak sangka dia boleh jumpa lelaki idamannya di sini.

Athalia dan Jibran berpandangan. Hairan ? Halord kenal Danielle ke ? Perempuan ni kenal Halord ? Bermacam macam soalan di benak mereka berdua

" What are you doing here ?". Soal Halord dengan nada sedikit lantang dek kerana terkejut dengan kehadiran figura itu. Setahunya Danielle tak pernah pernah datang Malaysia sendirian . Kalau datang pun mesti dia juga yang kena temankan walaupun beribu kali dia tolak.

Danielle pamerkan senyuman manis. Tak sangka dapat jumpa encik crush kat sini. Pantas dia berjalan ke arah Halord dan tanpa segan silu lengan sasa lelaki itu dipeluk.

Halord mahu menepis namun semakin kuat pegangan Danielle . Serupa digam dek kerana kuatnya. Tak padan dengan badan kecik.

Athalia ternganga. Juga begitu dengan Jibran. Mereka berdua terkejut dengan tindakan drastik Danielle .

" Get off !". Keras nada suara lelaki itu seperti tidak merelakan perbuatan Danielle.

Danielle buat tak tahu. Dia lagi suka melihat raut wajah menahan amarah itu. " No, taknak and no way !". Dengan selambanya dia berkata . Bagaikan cerlungan tajam iris kehijauan itu seperti pandangan cinta walhal pandangan serupa ingin menerkam mangsa.

Halord berdecit . Bengang dengan perangai tak matang Danielle . Pantas dia menggunakan kudrat lelakinya menepis tangan Danielle .

Terperanjat Danielle dengan perlakuan Halord . Sikit lagi wanita itu jatuh , nasib ada tangan yang menahannya.

Wajah cemberutnya sebentar tadi bertukar dengan raut bahagia tatkala tangan yang menahan itu adalah tangan Halord . Dalam ketidaksukaan lelaki itu tapi dia masih mempertahankan Danielle. Itu yang membuatkan Danielle suka kepada lelaki itu . Walaupun Halord tak pernah memandangnya seperti kekasih namun baginya Halord adalah kekasihnya kerana lelaki itu seringkali melayaninya dengan baik walau kebencian yang dia tunjukkan.

Melihat senyuman manis Danielle. Sepantas kilat Halord stabilkan tubuh Danielle dan dengan laju dia meleraikan tangannya pada pinggang langsing wanita itu.

Jibran berdehem. " Kau orang kenal ke ?". Soal Jibran tiba tiba . Sedari tadi dia dan Athalia hanya menjadi pemerhati

Semua mata tertumpuh pada Jibran dek kerana soalan yang terpacul dari bibirnya itu.

Jibran angkat kening seraya berpeluk tubuh. " What ? ". Soalnya pelik. Orang tanya malah ditenung serupa penjenayah.

Halord melepas nafas panjang. " She's my cousin ". Jawab Halord

" Nope ! I'm his lovely girlfriend ". Ujar Danielle selamba tanpa memperdulikan renungan Halord. Sudah biasa !

Jibran menahan tawa. Oh kiranya minah ni bertepuk sebelah tangan lah ?

" Stop nonsense Ell !". Bidas Halord. Bila masa pula kau jadi kekasih kesayangan aku. Kuat betul perasan anak pakcik aku ni.

" errr babe jom lah ". Seloroh Athalia. Sedari tadi dia berdiam diri melihat drama queen sahabatnya itu. Tak sangka Danielle sudah mempunyai kekasih ? Lelaki ini ke yang selalu Danielle cerita dekat dia ? Kalau betul , sesuai lah tu dia dengan Halord . Sama cantik sama padan !

Seketika kini mata mereka pula teralih pada Athalia yang sedang merapikan mask yang dipakainya itu. Berlapis lapis dahi Athalia tatkala dia menjadi perhatian

Halord pula sedikit terkejut dengan kehadiran Athalia. Baru dia perasan sebelah Danielle tadi adalah Athalia. Mereka berdua kawan ke ? Kalau betul, keciknya dunia ni !

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now