LJHS | 46

2.7K 132 4
                                    

2 tahun lepas

Setelah menyiapkan lakaran di kertas kosong itu. Athalia melihat ke hadapan seraya menarik nafas lega. Akhirnya siap juga kerjanya.

Di hadapannya kini terbentang keindahan pantai yang sangat indah. Terdapat juga beberapa keluarga di situ. Picnic barangkali.

Seketika dia tersenyum gembira tatkala ternampak sosok seseorang yang sangat dia sayangi dan kagumi yang  tidak jauh dari kedudukannya.

Tangan dilambaikan ke arah lelaki tegap di hujung pantai tatkala mata mereka berdua bersambung.

Lelaki tegap itu hanya mengenakan T-shirt berwarna coklat. Dia juga turut melambai. Mulanya agak terkejut kerana kehadiran gadis itu namun dia lambai saja. Tunggulah di rumah, akan dia kerjakan.

"Ibu....Abi..... abang dah berjaya bu, Abang dah jadi tentera. Adik bangga sangat dengan abang bu. Kalau ibu dengan abi ada, mesti ibu dengan abi pun bangga dengan abang." Ujarnya perlahan dengan mata yang masih tertumpuh kepada sosok tadi.

Itulah Leftenan Atfaz Rizki. Abang kepada Athalia Zivara.

"Tapi bu, adik pun akan sambung study nanti dekat overseas. Mesti adik akan rindu abang kan bu. Tapi takpe adik nak juga pegi sebab adik nak kejar impian adik macam abang. Adik nak jadi pereka fesyen terkenal. Ibu tengok ni....." Athalia menunjukkan lakarannya yang baru siap tadi. Sebuah gaun separas lutut, di tambah dengan warna baju itu. Warna hitam. Sangat cantik dan pasti akan mengundang ramai orang untuk memilikinya.

"Cantikkan bu, ini rekaan pertama adik tau yang adik akan tunjuk dekat orang lain. Tapi abang tak tengok lagi. Ibu jadi orang pertama yang tengok, nanti dekat rumah baru adik tunjuk dekat abang. Sekarang ni......" Athalia bangun dari duduknya. Dia duduk dekat batu-batu besar di pantai itu. Atfaz pula, di hujung pantai. beberapa meter jauh darinya.

"Adik kena balik. Abang dah nampak adik, nanti dia marah adik." Sambung Athalia. Sejurus mengemaskan segala peralatan miliknya. Dia memulakan langkah.

"Bye ibu, nanti adik cerita lagi okay?." Ujar Athalia seakan ada kelibat ibunya di situ.

Belum sempat beberapa langkah, angin seakan-akan memarahi dia. Angin begitu kuat menhembuskan dirinya sehingga salah satu kertas di pegangan gadis itu terbang.

Athalia yang tidak sedar akan kertas itu hanya meneruskan langkah tatkala angin mulai berubah baik.

"Cik...?

Mendengar suara itu Athalia berpaling ke belakang. Mencari si empunya suara asing itu.

Lihat saja, seorang lelaki yang tidak dikenali menyapa deria matanya.

"Pardon... me ?". Soal Athalia. Dah kenapa tiba-tiba tegur orang. Dah lah stranger tak kenal. Rupa pun macam penjahat. Dengan pakaian serba hitam, muka ditutupi mask. Dekat pantai pula tu? Like seriously mamat ni. Berbagai tanggapan Athalia lontarkan pada lelaki itu tetapi hanya dalam hati.

"Cik punya ke? Saya nampak kertas ni jatuh tadi." Ujar lelaki asing itu. Athalia yang melihat huluran lelaki itu lantas melihat kepingan kertas di tangannya. Tiada lakaran yang dia tunjukkan kepada ibunya tadi.

Perlahan tangan itu menyambut huluran lelaki itu. "Oh Terima kasih encik, kalau takde encik tak tahulah nasib saya macam mana. Sekali lagi terima kasih." Jawab Athalia bersungguh-sungguh. Alamatnya kalau hilang lakaran ini dia takkan lepas interview. Interview apa? Kemasukan dalam universitiy, semua calon kena ada design sendiri. Itulah salah satu syarat.

"Oh Cik yang lukis ke?". Soal lelaki itu tatkala mendengar ucapan terima masih dari gadis tidak dikenali itu.

Athalia mengangguk sambil tersenyum manis. Mesti lelaki ni nak puji design dia kan. Tebak Athalia di dalam hati. Bibir pula masih tidak lekang dari senyuman.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now