Setitis demi setitis air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya jatuh menyembah bumi. Terasa dirinya sangat lemah tatkala situasi sebegini mulai merajai hari-harinya kembali. Situasi yang menyakitkan seperti dulu.
Pantulan wajahnya yang sembab disebalik cermin itu hanya dipandang kosong.
" Aku memang tak layak bahagia ke ? Kenapa isk.isk.... Kenapa susah sangat aku nak gapai bahagia tu?". Soalnya sendiri bersama linangan air mata.
" Asal hidup kau memang nak bahagia je ke ? Takkan diuji sikit je tak boleh? Takkan diuji sikit je kau dah rasa seolah-olah kau yang terpaling tersakiti? Hey ramai lagilah manusia dekat luar sana yang lebih menderita daripada kau ! Kau ingat kau sorang je ke yang kena uji bertubi-tubi ?". Ujar satu suara yang tidak asing. Mendengar itu, Athalia tertawa nipis.
" Kau bolelahlah cakap macam tu sebab kau tak duduk tempat aku! Kau boleh cakap macam tu sebab kau tak pernah rasa apa yang aku rasa. Aku nangis, aku sendiri. Aku terluka, aku sendiri. Bila aku perlukan seseorang, takde seorangpun yang boleh aku cari dan bila aku sakit, aku kena cari cara untuk sembuh sendiri. So is it wrong if sometimes I feel the world is unfair to me? Is it wrong if I isk..isk... nak gapai bahagia ? Sekali pun aku dah bersyukur dah tapi .... Aku tak pernah rasa pun semua tu ". Luah Athalia. Jika tadi dia tertawa, kini esakan halusnya kembali kedengaran di ruangan itu.
" Siapa kata aku tak rasa? Aku rasa Ziv! Aku rasa semua kesakitan dan keperitan tu. Kita sama je. Aku adalah kau dan kau adalah aku! Jadi apa yang kau rasa aku akan rasa." Luah suara itu.
"Boleh tak aku minta satu benda dengan kau ?". Katanya lagi. Athalia memandang wajah itu di pantulan cermin itu seraya mengangguk.
" Boleh tak jangan jadi lemah ? Kau dah janji dengan abangkan, yang kau akan kuat? Tapi kenapa kau jadi macam ni ! Hanya kerana suami kau marah kau je ? Huh! Susah sangat ke nak faham dia? dia kan tengah sakit. Boleh tak faham dia dan turunkan sikit ego tu. Ke kau nak berbalik pada bekas tunang tak jadi kau tu?". Soal suara itu sarkastik.
" ak..-
Belum sempat Athalia menjawab, suara Jibran di luar mula kedengaran.
"Kau memang nak duduk dalam tu ke ? Orang pun nak guna toilet juga, bukan kau sorang je !". Ujar Jibran di sebalik pintu. Pakej menyindir
Mendengar itu lekas Athalia membasuh mukanya lalu mematikan pili air yang sedari tadi dia buka.
Usai membasuh muka, dia mengelap wajahnya dengan tuala yang sememangnya sudah tersedia di situ. Sedikit sebanyak kesan menangis sudah tidak kelihatan namun jika diperhatikan dengan teliti. Kantoilah yang dia menangis tadi.
Belum sempat tombol pintu di buka. Suara tadi kembali bergema.
"Ingat, kebahagiaan kau dengan suami kau je bukan dengan orang lain. Lepas ni aku nak kau minta maaf dengan dia. Buang sikit ego tu, kata nak bahagia kan!"
Tanpa memperduli dan menghadam amaran itu, Athalia lantas memulas tombol pintu.
Buka saja. Terpampamg wajah tenang suaminya. Melihat itu Athalia rasa sedikit kekok. Rasa janggal, cuak takut pun ada. Yelah tadi kan perang dingin.
" Sa-saya minta maaf, saya basuh muka tadi itu yang lamb-
Terhenti kata-kata Athalia tatkala dia sudah berada dalam dakapan suaminya.
" Sorry ". Kata Jibran perlahan. Namun masih kedengaran di kedua cuping Athalia walaupun dengan nada perlahan.
" Kau tak salah, aku yang salah. Aku minta maaf ". Ujar Jibran lagi dengan nada lembut. Rasa serba salah kian menggunung kepada sang isteri. Ditambah dengan melihat wajah sembab itu. Makin menggunung rasa bersalahnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...