LJHS | 56

3.3K 139 8
                                    

Naik lemas Athalia tatkala suaminya tak lepas memeluk dirinya. Tahu tak nak bernafas pun susah.

"Awak bila nak lepaskan saya ni? Dari semalam awak peluk saya, tak puas lagi ke?" Bebel Athalia. Naik rimas juga bila didakap tak lepas. Ingat kita ni bantal peluk ke? Suka hati saja nak peluk!

Jibran lepaskan pelukan. Mata isterinya di cari. Sepasang mata itu terkedip-kedip. Nampak sangat meminta untuk dilepaskan. Tak sudi ke?

"Sayang tak sudi ke abang peluk?" Soal Jibran bernada lirih. Dia pun pelik dengan dirinya. Peluk isteri bagai taknak lepas. Macamlah Athalia nak lari.

Athalia memegang kedua belah pipi suaminya. "Bukan tak sudi. Ziv sudi dan suka, suka sangat tapi Ziv tak boleh bernafaslah bila awak asyik peluk aje." Luah Athalia. Dia bukan tak suka, suka je. Siapa saja tak suka bila suami yang dicintai peluk kita, kan? Tapi dia masih malu dan kekok dengan hubungan ini.

Jibran mencebik." Bukannya abang tutup pun hidung sayang bila abang peluk." Omel Jibran. Sengaja nada suaranya diucap lirih. Meminta simpati. Yelah kita nak bermanja dengan isteri yang baru bangun, takkan itupun tak boleh? Lagipun inilah masanya untuk dia tebus semua masa yang tersia dahulu. Masa di mana Athalia dingin dengannya. Masa dimana hubungan mereka tak seperti pasangan yang lain dahulu. Tapi sekarang tidak lagi, isterinya sudah menerima dirinya sepenuh hati. Tapi benarkah sepenuh hati? Namun laju Jibran menepis rasa itu. Dia tahu isterinya jujur dengan hubungan ini. Ya dia yakin.

Athalia kecilkan bebola mata. Aikkk merajuk ke? Seriuslah seketul Jibran merajuk? Athalia tergelak kecil. "Awak merajuk ke?" Soalnya dengan tawa yang masih tersisa.

"Dahtu?" Balas Jibran sepatah. Dia sudah berpaling dari memandang sang isteri. Nak merajuk!

"Sejak bila awak pandai merajuk ni? Tak macho betul Leftenan kita ni." Kata Athalia dengan tawa yang masih melebar. Jelas ruangan itu di kuasai suara tawanya. Sengaja kenakan sang suami. Pandai juga merajuk, ingatkan beku sangat.

"Hey Leftenan pun manusia lah, mestilah ada perasaan." Balas Jibran tak puas hati. Tidak mahu kalah. Apa, ingat perempuan saja yang pandai merajuk! Hmph lelaki pun pandai lah!

"Memanglah manusia, tapi seumur hidup Ziv, ini kali pertama tau Ziv tengok seorang Leftenan yang gagah perkasa macam awak ni merajuk." Terletus lagi tawa di hujung ayat. Jibran berpaling semula ke arah isterinya yang leka tertawa itu. Mata dipicingkan. Oh dia gelakkan aku! Nak kena ni!

"No! Awak stop!." Jerit Athalia.

"Awak berhentilah. Geli!" Rayu Athalia.

"Awak taknak! Okay okay awak boleh peluk saya sampai tahun depan pun takpe. Lepaslah, awak!!" Jerit Athalia tatkala perutnya di geletek. Gila ke apa? Tahu tak itu salah satu kelemahan dia. Hampir menangis Athalia di buatnya.

Terhenti perlakuan Jibran tatkala mendengar ucapan isterinya. Peluk sampai tahun depan ya? Wahh saya suka saya suka!

"Betul ni? Peluk sampai tahun depan pun takpe?" Soal Jibran dengan senyuman nakal. Yes! Boleh lah buat stok bila dia kena pegi misi. Bersorak segala organ di dalam tubuh lelaki itu. Haha gatal! Dingin dingin pun gatal ya. Lah gatal dengan isteri je, kau takde pasangan. Duduk diam-diam!

"Ha! Ziv cakap apa tadi?" Soal Athalia yang masih blur. Dia tidak sedarpun apa yang dia tuturkan tadi.

"Purnama abang ni cakap, okay okay awak boleh peluk saya sampai tahun depan pun takpe. So disebabkan abang dah dapat greenlight dari sayang, sekarang ni....." Sengaja dia gantung ucapannya. Athalia sudah tidak senang duduk tatkala melihat Jibran tersenyum senget. Bagai ada sesuatu yang lelaki itu rancang.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now