LJHS | 57

2K 75 0
                                    

Dengan raut wajah yang cemberut. Daniella menolak bagasi miliknya dengan hati yang berat. Seberat hati yang menyaksikan crush kita bersama dengan wanita lain. Ceh!

"Oh dad, tak nak balik!" Getusnya dalam hati. Heels empat inci itu di hentak kuat. Kesal!

Kesal dengan tindakan daddynya yang mengarahkannya untuk pulang ke tanah air secepat mungkin. Dan kesal juga dengan Halord kerana lelaki itu beria-ria menghantarnya pulang! Huh! Dua kali lima je dengan daddy!

"Ell?" Panggil Halord. Dia mula berhenti melangkah. Mata di sapa dengan seraut wajah Daniella yang tidak berpuas hati. Jelas wajah gadis itu tampak kemerahan kerana sebal dan marah. Namun, dia kisah apa?

Daniella berhentikan langkahnya serta merta tatkala namanya di seru dari belakang. Tajam mata itu merenung jejaka hensem dibelakangnnya yang sedang berdiri sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Hensem! Macam manalah aku tak cair!

"What?" Soal Daniella tidak puas hati. Cair tak cair, dia masih sakit hati dengan tindakan Halord.

That crazy man! Urgh! Adakah patut dia heret aku ke Airport semata-mata nak suruh aku balik semula ke Hamburg?! Like seriously? Sudahlah diheret bagaikan kucing, tak sweet langsung! Sesuailah dengan title "crazy man" dia tu, dasar!

"Take care." Kata Halord mendatar. Jelas wajah itu tidak menunjukkan apa-apa riak, gembira tidak, sedih pun tidak. Entah apalah yang ada dalam hati lelaki itu. Kadang Daniella di layan bak puteri, kadang di layan bagaikan stranger. Serious tak faham sungguh dia dengan sikap lelaki itu. Halord pelik.

Daniella mencebik. Dia suka dua perkataan itu tapi mendengar nada mendatar itu buatkan dia mencebik. Tak ikhlas tak payah pesan! Huh!

"Hmm" Gumam Daniella seraya melangkah pergi meninggalkan Halord. Ucap terima kasih pun tidak. Nampak sangat dia bengang dengan tindakan Halord.

Yelah siapa saja tidak bengang dan sakit hati, tak sampai beberapa hari di Malaysia dah kena balik, tak sempat lagi berpamitan dengan Athalia. Kesal! Ya kesal dengan semua orang! Kecuali Athalia. Dia sayang Athalia, she loves her very much.

"I'm sorry babe, I love you. Get well soon dear." Ujarnya lirih dalam hati. Tanpa menoleh ke belakang, dia lajukan langkah kakinya ke balai pelepasan memandangkan pengumunan penerbangan sudahpun di diumumkan.

Halord berpeluk tubuh melihat bayang Daniella yang sudah semakin menjauh. Terbit keluhan di bibir kemerahan itu.

"I'm sorry sweetie." Ujar Halord perlahan. Lantas gadget di kocek seluarnya di keluarkan dan nombor seseorang di dial.

"She's already on the plane, take care of her. I own you! Anything let me know." Kata Halord tegas kepada seseorang yang berada di dalam talian.

"Noted mister." Balas suara itu. Sejurus itu Halord matikan panggilan tersebut sebelum meninggalkan tempat itu.

Kini tujuannya hanya satu. Hospital, di mana Athalia dan Jibran berada.

Sedari tadi dia di hurung perasaan resah dan gelisah. Entah berapa lama lagi doctor itu merawat isterinya di dalam. Tanpa sedar keluhan terlepas dari bibir kemerahan itu. Jelas lelaki itu tidak pernah menyentuh rokok mahupun vape.

Badan di sandarkan pada kerusi panjang yang tersedia di luar wad. Lengan kanannya di bawa naik ke dahi seraya itu mata turut dipejamkan.

Kenapalah lama sangat. Ya Allah selamatkanlah isteri ku.

Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi pintu wad di buka. Serta merta matanya terbuka luas. Dapat dia lihat seorang jururawat menapak keluar dari dalam. Pantas Jibran bangun lalu menghampiri jururawat itu.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now