LJHS | 58

1.9K 71 2
                                    

Okay, lagu tu macam kena dengan situasi Ziv haha

Lama Jibran merenung wajah jelita itu. Lena sangat ka isterinya itu sehingga tidak terkesan langsung dengan elusan jemari kasar miliknya yang merayap ke segenap wajah jelita itu.

Jibran tersenyum seketika. Tak lekang bibir itu tersenyum, hanya saja tidak crammed kerana sedari awal Athalia sedar sehingga kini dia asyik tersenyum.

Lama dia menatap wajah jelita itu. Jujur dia katakan, kecantikan Athalia sungguh tiada tandingan. Datanglah beribu bahkan berjuta wanita sekalipun, takkan mampu menandingi kecantikan Athalia Zivara kerana Athalia Zivara tetap menjadi pilihan nombor satu hatinya.

Jemari kasarnya naik menyentuh kening Athlia. Kening yang sedia terbentuk cantik tanpa perlu dicukur lagi bahkan lebat kehitaman, indah. Satu kaga untuk itu. Kemudian turun pula pada mata gadis itu. Mata itulah yang menjadi igauannya. Mata itu jugalah yang menjadi tempat dia lihat bahagia mereka didepan nanti dan mata ini jugalah yang seringkali menangis kerana jalan hidup yang tercipta untuknya. Berat, memang berat.

"Abang akan bahagiakan sayang, abang janji akan bahagiakan sayang selagi Allah izinkan abang ada dengan sayang." Tekadnya. Kemudian dia menyambung semula penelitian di wajah jelita itu, jemari kasarnya dibawa pula ke pucuk hidung Athalia, hidung mancung itulah yang menambah jelita di wajah putih bersih itu. Dan akhirnya sekali jemarinya jatuh pada bibir mungil isterinya. Perlahan tangan itu merayap di situ, seakan dunia berhenti seketika. Jibran tersenyum, bibir inilah yang menjadi pujaannya dan bibir ini jugalah yang akhirnya membalas kata cintanya. Sungguh bertuah dia mendapatkan wanita itu. Persis bidadari. Bidadari di dunia dan inn shaa Allah juga menjadi bidadarinya di syurga kelak.

Ya Rabbi, izinkan diri ini bahagiakan satu-satunya makhluk yang Engkau titipkan ini. Izinkan hamba bahagiakan dia sehingga akhir nafas ini.

Tak semena air mata Jibran mengalir. Boleh tak kalau dia hentikan masa untuk seketika?

Dia tidak mahu detik ini berlalu dengan cepat. Dia masih belum puas merenung wajah teduh lagikan jelita itu.

Wajah yang dahulunya tersenyum pun payah untuknya, wajah yang seringkali dingin terhadapnya, wajah yang seringkali endahkan dirinya dan wajahnya yang seringkali mengatakan bahagia bukan miliknya.

Namun kini, wajah itu mulai bereaksi sebaliknya. Wajah yang penuh senyuman, buat dirinya. Wajah yang kian tampak ceria dan bahagia, dan wajah yang tidak pernah lekang memerah kerana usikan dirinya.

Terima kasih Ya Rabb.

Terima kasih kerana mengabulkan permintaan hamba yang kerdil ini untuk membahagiakan bidadari kiriman-Mu ini.

Terima kasih.

Dan terima kasih teruntuk sahabat ku juga, asbab dia menjaga bidadari ini sebaik-baiknya.

Serta merta kenangan bersama sahabatnya terimbas kembali dan semua kejadian yang berlaku dalam hidupnya. Dari mula pertemuannya dengan sahabatnya, Atfaz Rizki. Lalu di uji dengan kehilangan sahabatnya itu. Lagi, hambatan kecewa yang merangkai tangkai hatinya dikala pertunangan abangnya dengan gadis yang dicintai, dan sehinggalah kejadian perkahwinan yang sepatutnya menjadi milik abangnya, namun diganti dengan dirinya. Sesudah berkahwin pula, isterinya pula kerap menjadi mangsa kerakusan manusia, dan dalam masa yang sama sikap dingin Athalia terhadapnya. Sehinggalah membawa mereka ke hari ini yakni hubungan mereka yang saat ini. Bahagia, mekar dan indah.

Yang persis bagaikan bunga yang baru mekar. Bunga yang selama ini bersabar menanti musim untuk berbunga dan akhirnya penantian itu berakhir dan dia berharap bunga ini akan selamanya mekar dan tidak akan pernah layu. Kalaupun ia layu, itu tidak akan pernah terjadi kerana dia akan mekarkan ia kembali dengan caranya sendiri.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now