LJHS | 44

2.9K 125 2
                                    

Malam itu Athalia bersiap ala kadar saja tatkala mendapat pesanan dari Jibran yang mahu membawanya ke suatu tempat.

Bila di tanya ke mana? Lelaki itu tidak menjawab. Sudahnya dia ikut saja.

Athalia menilik pakaiannya di biasan cermin besar itu. Abaya berwarna putih dan dipadankan dengan shawl berwarna maroon. Cantik dan elegant.

Usai mengoleskan lip balm di bibir. Dia mula mengatur langkah keluar dari bilik. Sempat tangannya mencapai handbag berjenama itu sebelum keluar.

Ziv dah siap, awak dekat mana?

Pesanan itu dihantar usai selesai mengetik. Athalia duduk di kerusi panjang di luar rumah sementara menunggu kedatangan Jibran.

Jam dipergelangan tangannya ditilik.

9.27 malam.

"Kata pukul 9 sharp, takde pun". Omel Athalia sendiri. Janji melayu kan memang tak boleh percaya.

Lamunan Athalia terhenti tatkala sebuah pesanan masuk. Lantas tangan melihat skrin yang sudah berubah warna putih itu.

Suami Ziv 🤍

Sorry sayang, abang lambat sikit. Sette je kerja abang, abang terus ke situ. Tunggu abang tau. Jaga diri".

Ringkas dan padat namun mampu membuatkan si pembaca tersenyum manis. Tanpa tertahan Athalia tersenyum lebar saat mata terbaca perkataan abang sayang. Tak sangka hanya kerana ketidaksengajaan pagi tadi panggilan itu berterusan Jibran gunakan.

Ehem"

Sebuah deheman mematikan sekulum senyuman manis sebentar tadi. Lekas Athalia mencari bunyi deheman itu dari mana. Lihat saja hampir terngaga Athalia di buatnya.

"Aw...awak?". Ujar Athalia perlahan. Tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Lajunya lelaki itu sampai padahal baru saja dia titip pesan tak dapat datang sekarang. Tapi sekarang dah ada depan mata! Ada kuasa ke apa laki aku ni ? Gumam Athalia

Jibran ukir senyum nipis. "Surprise sayang! Terkejut tak? Hehe". Ujar Jibran seraya mendekati figura isterinya.

Tangan di hulur kepada Athalia yang cantik dalam sepersalinan abaya putih itu. Ditambah dengan cardigan yang labuh lagi menampakkan seri gadis itu. Terlalu cantik, kalah bidadari.

Dengan dahi berkerut Athalia melihat sepasang mata hitam pekat itu. "Awak nak apa?". Soal Athalia. Blur dengan Athalia berpisah tiada. Suka sangat buat muka blur

"Silakan sambut tangan saya wahai Tuan Puteri milik Leftenan Jibran". Ujar Jibran serius. Tanpa diduga bait kata itu membuatkan wajah gadis dihadapnnya itu berubah warna. Kemerahan bak tomato.

Lambat-lambat tangan itu menyambut huluran lelaki yang bergelar suaminya itu. Sedikit sebanyak Athalia segan sebenarnya. Malu.

Walaupun mereka suami isteri tetapi romantic scene tidak pernah lagi berlaku dalam hidup mereka berdua sehinggalah ke hari ini. Entah apa yang merasuk lelaki itupun dia tidak tahu.

"Good girl". Ujar Jibran sebelum mengemaskan tautan tangan itu. Sempat dia hadiahkan sebuah senyuman nipis kepada Athalia yang masih tertanya-tanya itu. Dia tahu mesti dalam fikiran isterinya itu sarat dengan soalan KBAT.

•••

Sesampai di tempat yang dituju. Jibran mematikan enjin kereta. Melihat Athalia yang masih dalam dunianya membuatkan bibir lelaki itu ternaik sedikit. Tercuit hatinya melihat wajah blur itu.

Dia mula keluar, sempat dia buka seatbelt yang melilit di tubuhnya sebelum membuka pintu kereta.

"Tuan Puteri milik Leftenan Jibran, kita dah sampai. Tuan Puteri taknak turun ke ? Ke nak duduk sini sampai esok?". Soal Jibran sebaik melihat Athalia yang masih belum pulang dari dunia khayalannya. Agaknya tertinggal kunci kut.

Sebaik dia turun dari kereta, dia terus menuju ke pintu sebelah penumpang di mana Athalia berada. Usai membuka pintu Athalia masih sama seperti tadi. Sungguh jauh sekali khayalan isterinya sehingga tidak sedar dia membuka pintu kereta tadi.

Jibran mendekatkan wajahnya pada wajah Athalia. Melihat mata Athalia yang terkedip-kedip itu membuatkan bibir lelaki itu sekali lagi ternaik.

Suka dia melihat wajah cantik itu. Comel!

Sedar akan kedudukan mereka saat ini. Athalia pegang dadanya yang mulai sesak. Mahu bernafas rasanya dia sudah lupa cara untuk bernafas.

Tangan yang berada di dadanya tadi menolak tubuh tegap suaminya. Athalia menjauhkan wajahnya dari wajah lelaki itu. Sungguh jarak mereka sedekat jarak kening. Sangat dekat sehingga dia sukar untuk bernafas.

"Breathe Tuan Puteri, Leftenan Jibran ni taknak jadi duda awal". Seloroh Jibran tatkala dia perasan Athalia menahan nafas. Namun mereka masih dalam kedudukan seperti tadi. Athalia semakin diasak sesak tatkala mendengar bait kata suaminya. Sudahlah tolakannya tadi tiada kesan pada lelaki itu. Sedikit pun tidak berganjak.

"Aw...awak buat apa ni? Malulah orang tengok. Aw..awak jauh-jauhlah". Kata Athalia dengan sedikit gagap seraya mamalingkan muka ke sisi. Tidak mahu menghadap lelaki itu. Tau tak dada dia sekarang berdebar, sesak semua rasa ada. Tak guna punya suami! Hehe

"Ini balasan untuk Tuan Puteri yang suka mengelamun". Kata Jibran sambil menjentik dahi putih Athalia. Sejurus itu dia bangun. Jaket hitamnya dikemaskan sedikit.

Athalia pejam mata tatkala dahinya dijentik tadi. Dalam hati dia turut lega tatkala Jibran sudah bangun. Lama Athalia menenangkan hati dan dadanya yang berdebar itu sehingga suara garau Jibran menghentam halwa pendengarannya. Kali ini dia sudah sedar dan dengar

"Tuan Puteri taknak turun sebab nak Leftenan Jibran dukung ala bridal style ke. Hmmm?". Soal Jibran sambil berpeluk tubuh melihat Athalia yang sudah kalut membuka seatbelt yang melilit tubuhnya itu.

Melihat Athalia yang kalut itu membuatkan dirinya kembali tersenyum. Entahlah hari ini saja sudah seratus kali dia tersenyum melihat tingkah isterinya.

Jibran menggeleng perlahan. Kemana hilangnya Jibran yang dulu. Yang dingin, beku, bengis. Mana perginya lelaki itu?

Oh lupa itu Leftenan Jibran yang ini Raja Jibran Qayyim.

•••

"Awak nak bawa saya pegi mana? Dari tadi saya tanya awak tak jawab pun". Soal Athalia

Ternaik kening Jibran tatkala mendengar soalan isterinya. "Yeke sayang ada tanya. Cuba ingat betul-betul sayang tanya dekat mana?". Soal Jibran kembali

Athalia melihat Jibran dengan dahi yang berlapis-lapis. "Maksudnya? Ziv tak faham?". Soal Athalia lagi

"Cuba ingat Tuan Puteri tanya Leftenan Jibran dekat mana. Tuan Puteri cakap depan-depan ke dalam hati?". Kata Jibran sambil menyeluk sesuatu ke dalam kocek seluarnya.

Athalia mula berfikir. And yes she got the answer. Belum sempat dia membalas Jibran terlebih dahulu memotong.

"Dari tadi Tuan Puteri mengelamun, ni..." Jibran menunjuk dirinya tepat di dadanya. "Leftenan Jibran ni
Tuan Puteri palau tau, dahlah dia kena drive lepas tu Tuan Puteri boleh pula pegi dunia lain. Ish ish ish tak patut tak patut. So sebagai tanda permintaan maaf Tuan Puteri kepada Leftenan ini....." Jibran mendekati Athalia seraya mengemaskan sesuatu yang dia keluarkan dari kocek selauranya tadi.

Athalia hanya melihat apa yang lelaki itu buat. Hendak berkata tetapi lelaki itu sudah potong.

"Now Tuan Puteri Milik Leftenan Jibran please close your eyes because your man wanna take you to somewhere. Could you?". Soal Jibran yang sudah berdiri dihadapan Athalia beserta kain di tangannya. Kain yang di keluar kan dari koceknya sebentar tadi.

Athalia mengangguk perlahan lantas Jibran memakaikan kain itu pada Athalia untuk menutup mata wanita itu.

Sebaik selesai ikatan. Jibran dan Athalia mula berjalan di segenap pantai yang tenang itu.

Berehat sebentar ;)

Doakan author rajin update tau lepas ni. And doakan juga LJHS sampai ke penamat 🤍

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now