LJHS | 38

4K 184 6
                                    

Usai Halord dan Danielle berpamitan dua jam yang lalu. Athalia termenung seketika, rasa rindu pada sahabatnya itu sudah tertunaikan. Yelah berbulan mereka tidak bersua. Kali terakhir jumpa pun selepas pemergian Atfaz. Athalia kerling suaminya yang masih lena didodoikan oleh air drip dan ubat ubatan itu. Nafas dihela panjang

Jam tangan ditilik. Berbaki lagi 30 minit sebelum bet mereka berdua berakhir.

Dia kembali duduk di sofa sambil matanya tidak lepas memandang sekujur tubuh yang berbaring itu. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Dura tadi yang mengatakan bahawa stok premium fabric daripada pengilang China telah habis dijual. Athalia hela nafas seketika, risau pada butiknya dan juga risau pada suaminya. Macam mana nak hidup tenang ?

Teringat akan masalah butiknya, dia menarik nafas lega dalam masa yang sama. Yelah sebab dia dah tambah dua orang staf baru. Jadi mudahlah kerja Dura Adan Sera sepanjang ketiadaannya di butik.

Sekali lagi jam ditilik. 19 minit sudah berlalu. Terasa laju sangat masa berjalan. Athalia menyandarkan badannya di sofa sambil jarinya diletakkan di bibirnya. Tanda berfikir akan sesuatu

" Dia memang nak aku cari bekas tunang aku ke apa ? Asal dia tak bangun bangun lagi ? Ke awak nak saya ikut Halord dengan Danielle ?". Omel Athalia sendiri. Agak kuat sehingga Jibran masih boleh dengar.

" Awak ! Atau dodoian air drip dengan ubat ubatan dekat hospital ni lagi baik dari isteri sendiri ?". Tanyanya lagi dengan nada sedikit kuat. Tak puas hati

Melihat tiada respon dari Jibran, Athalia mendengus, kedua kakinya dinaikkan ke atas sofa lalu dia memeluk lulutnya. Kepala pula ditundukkan. Penatlah mengharap!

Bunyi pengera yang dia sudah set apabila waktu tinggal berbaki seminit mula berbunyi. Tahulah dia bahawa waktu bet itu akan berakhir sejurus alarm itu mati.

Athalia masih menunduk kemudian kedua belah tangannya menutup cuping telinganya. Kuat. Supaya bunyi alarm tu dia tak dengar sebab yah dia tahu dia sudah berharap berlebihan. Dia ingat dengan bet itu Jibran akan bangun. Rupanya semua tu tak menjadi pun. Dan sekali lagi dia terluka oleh kerana harapannya sendiri

Setelah beberapa minit dalam keadaan begitu. Athalia akur dengan takdir Allah. Dia sedar dia bukan sesiapa untuk meminta takdirnya selalu indah. Sedaya upaya dia kuatkan diri  mengangkat muka. Mogalah ada keajaiban. Sejurus dia mengangkat mukanya, pandangan pertama dia lihat adalah katil yang dihuni oleh Jibran.

" Kan dah kata, dia memang nak aku pergi ". Ujar Athalia perlahan. Suaranya pun mahu tidak mahu keluar saja. Sangat perlahan dan ditambah pula dengan getaran dek kerana esakannya. Sedari tadi dia sudah mahu menangis. Namun ditahan. Berharap ada keajaiban, rupanya hanya angan semata.

Takkan ada keajabian buat dirinya. Bahkan bahagia saja takut dengan dia barangkali. Yelah dia mana pernah rasa bahagia dalam jangka masa yang panjang. Adapun bahagia yang dia rasa hanya sesaat sahaja.

Terlalu penat berharap. Athalia meraup wajahnya. Dia kesat air matanya yang sudah merembes keluar. Belum sempat dia bangun, satu suara dari arah belakangnya membantutkan perbuatannya. Mendengar suara garau serak basah itu, bulu romanya naik, tiba tiba perasaan takut muncul. Dahlah dia dengan Jibran saja dekat sini, Jibran pula tak sedar sedar. Matilah aku.

Sekarang pula dah pukul 12. 02 minit malam. Sekali lagi suara garau itu menegur. Kali ini jaraknya sudah mendekat. Dengan perasaan takut Athalia mula membacakan ayat ayat suci al quran. Terkumat kamit bibir itu membaca. Entah betul ke tidak.

" Orang kata kalau suara jin tu dekat bermakna benda tu dah jauh! Suara tadikan dah dekat bermakna dia dah jauhlah kan ? ". Gumam Athalia sendiri. Cuba untuk menenangkan dirinya yang sudah dikuasai ketakutan. walaupun dia tahu benda tu tak betul pun. Mitos

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now