" Babe, I tak sangka you kenal Sam. I mean Halord ". Seloroh Danielle . Dia tak sangka yang Athalia mengenali Halord yang merupakan crushnya atau lebih tepat sepupunya.
Athalia mengalihkan pandangan ke arah sahabatnya itu . Yang Dari tadi pot pet pot pet tak berhenti .
" Tak delah kenal mana . I kenal pun sebab dia kata dia kawan arwah abang I dulu, so sebab tu lah I kenal lagipun Jibran yang kenalkan ". Jawab Athalia beserta senyuman. Jika dulu asal bercakap pasal arwah abangnya dia akan sedih. Namun kini , dia sudah redha seredha redhanya.
Mendengar sebaris nama itu membuatkan Danielle senyum herot. " You ada apa-apa ke dengan mamat takde mata tu ?". Soalnya dengan senyuman yang masih terlakar
Berlapis-lapis dahi Athalia tatkala mendengar pernyataan tak logik dek akal itu. " No, mana ada !". Bidas Athalia . Dia dengan mamat tu minta simpang lah. Tak nak aku, kang tak aman hidup aku asyik kena hadap muka ketat itu.
" Yeke? Macam tipu je ". Ujar Danielle tidak percaya
" Betul lah apa yang tipunya ". Danielle jongketkan kening. Laju dia mendekati Athalia lantas duduk disebelah sahabatnya itu. Rapat
Berkerut dahi putih mulus itu. Dah kenapa dia ni. Hairan. Dah lah tanya soalan tak masuk akal. Perangai pun pelik
" You ni kenapa babe . Kena sampuk eh ?". Seloroh Athalia
" Ishh taklah mana ada! Ni pasal mamat tu lah ". Jawab Danielle.
Lagi sekali berkerut dahi Athalia. " Lah tak habis lagi ke topik pasal mamat tu ?". Dia hanya menggeleng perlahan.
" Tak! Tak habis lagi . I rasakan dia suka you lah babe ". Membuntang mata Athalia tatkala mendengar itu. Mamat tu suka aku? Pandang aku pun tak, ye ye je dia suka aku . Gumam Athalia
" Mengarut lah babe, dia pandang I pun tak, inikan pula nak suka I ". Nafi Athalia
Danielle menggeleng laju. Dia dapat rasa Jibran sukakan sahabatnya ini. " Betul babe, I tak tipu. I boleh nampak cara dia pandang you. Lain tau tak ". Bidas Danielle . Dia nampak cara pandangan lelaki itu kepada sahabatnya itu. Lain, tak macam dia pandang orang lain walaupun baru pertama kali berjumpa . Namun yang dia perasan, Jibran selalu curi pandang Athalia semasa mereka makan tadi dan pandangannya agak lain. Bukan pandangan biasa.
Mendengar itu laju Athalia mengusir perasaan yang tiba tiba muncul. Tak tak , El salah faham. Yes El salah faham! Laju dia menafikan yang sahabatnya katakan itu.
" Dah dah stop merapuh, you pergi mandi sana, I nak settle kan few things kejap lepastu baru I layan you . Dah pergi pergi ". Usir Athalia . Kang layan topik tak berasas sahabatnya itu , tak siap lah alamatnya rekaannya yang customer minta last minutes ni.
Danielle mencebik. Lantas dia bangun kerana tangan Athalia yang sudah menolak nolak tubuhnya.
Sempat dia berkata sebelum betul betul pergi. " I akan siasat benda ni, kalau betul mamat tu suka you . I lah paling setuju sekali ". Ujarnya dengan nada teruja .
Athalia membuat rolling eyes . " Takde maknanya ". Ujarnya perlahan . Kemudian dia kembali fokus kepada kerjanya.
Setelah dia menyampaikan salam Athalia kepada uminya. Habis dia kena serbu dengan berbagai soalan daripada umi dan adik perempuannya. Yelah lama mereka tidak bertemu empat mata dengan Athalia. Rindu pula sudah menggebu gebu.
Jenuh Jibran mahu membalas setiap pertanyaan mereka berdua.
" Along dengar angah jumpa dia tadi . Betul ke ?". Soal Jayden yang entah dari mana datang . Jibran melihat figura si penyampai suara itu
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...