LJHS | 17

3.1K 151 2
                                    

Pantai Kalis Bina menjadi tempat untuk dia menghilangkan sedikit tekanan kerja.

Kesemua tentera masih di khemah masing masing. Ada yang tidur, bersenam, berbual dan ada juga yang masih membangunkan khemah.

Kini mereka sudah sampai di Kampung Kalis Bina. Seperti yang sudah diketahui mereka ke situ untuk menangkap pelaku pemerdagangan benda terlarang. Syabu, arak, dan banyak lagi.

Sedang dia berjalan di pantai yang tenang itu. Mata tersorot dengan sesuatu kejadian yang diluar kotak akal manusia.

Lantas kaki di bawa ke sana dalam keadaan berlari.

" Kau dah gila ke nak bunuh diri ?". Soal Jibran, suaranya naik seoktaf. Tangan menarik wanita itu untuk keluar  dari air yang sudah semakin dalam itu.

Terbatuk batuk wanita itu dibuatnya. Akibat sergahan tak berasas Jibran.

" Huk Huk.. Awak ni dah kenapa pegang-pegang tangan orang, tak malu ke ?". Seloroh wanita itu. Tangan naik mengusap tangannya yang dipegang lelaki itu tanpa melihat si gerangan itu.

Jibran mendengus kasar. Tak reti bersyukur langsung, dah orang tolong.

" Yang ka-...

" Awak !" Terkejut Athalia tatkala melihat gerangan itu. Jibran Qayyim dia kenal, abang kepada Jasmine dan anak kepada umi.

" Aw-awak buat apa kat sini ?". Soal Athalia gagap. Jika tadi dia marah, kini dia takut. Entah kenapa aura lelaki ini menakutkan bagi Athalia. Mungkin kerana perangai dingin itu barangkali. Tidak seperti Jayden yang baik je dengan dia.

" Kau tak payah tahu, yang kau nak bunuh diri tadi kenapa? Dah banyak sangat ke amalan kau sampai kau nak tamatkan hidup kau macam tadi ?". Sindir Jibran tegas. Terkejut juga dia melihat gerangan diselamatkannya tadi. Athalia rupanya. Nasib baik dia lalu kawasan pantai tu kalau tak memang dah tinggal arwah dah budak ni.

Athalia membuat rolling eyes. " Bila masa pula saya nak bunuh diri ? ". Soal Athalia kembali. Dia tak gila lagilah nak bunuh diri. Walaupun dia sudah hilang semua orang yang dia sayang dan hidupnya di dunia sudah seperti tidak berarti. Namun dia masih tahu mana baik mana buruk. Takkan sesekali dia berbuat perkara sebodoh itu.

" Habistu tadi. Yang kau duduk tengah tengah air yang dalam tu dah kenapa. Nak mati sangat dah ? Ke kau ada sepuluh nyawa? ". Soal lagi Jibran dengan nada sarkastik. Tak puas hati dia dengan jawapan selamba Athalia. Sesiapa pun yang berada di posisinya tadi pasti menyangka Athalia mahu bunuh diri.

Kalau dah duduk atas air yang dalam, lepas tu tak sedar air makin naik. Bukan ke dah macam bunuh diri tu.

Athalia menghela nafas, tak terkesan langsung dengan butir bicara Jibran. Sudah lali dengan kata kata sarkastik lelaki itu. " Okay okay.. Encik Janganlah membebel dekat sini, saya minta maaf dan terima kasih sangat sangat sebab encik dah baik hati selamatkan saya walaupun saya tak bunuh diri ". Ujar Athalia mengalah. Kalau dia teruskan nak bergaduh mulut, mahunya dia beku dekat sini. Dahlah sejuk

Laju Jibran mengalihkan pandangan ke arah lain tatkala menyedari sesuatu. Pantas dia membuka jaket kulitnya lalu disuakan kepada Athalia.

Athalia memandang huluran Jibran dengan dahi yang berlapis-lapis. Hairan

" Ambil, kau nak tayang body kau kat sini ke ?". Sinis nada lelaki itu . Walaupun pakaian Athalia berwarna gelap namun dek kerana basah ianya melekat pada tubuh wanita itu.

Berubah merah segenap wajah Athalia pantas jaket kulit milik Jibran dirampas kasar. Tanpa aba-aba diapun memakainya.

" Lain kali tak payah gatal sangat nak mandi dekat tempat awam !". Pesan Jibran, walau kasar namun terselit jua pesanan.

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now