LJHS | 6

3.3K 141 2
                                    

Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Ya Allah apa maksud mimpi aku ni... Allah! ”. Ujar Athalia resah. Dia meraup rambut panjangnya ke belakang.

Athalia mengurut perlahan dadanya yang tiba tiba sesak. Mimpi ngeri tadi membuatkannya tidak tenang. Berkali kali kalimah Allah disebut untuk menenangkan diri

Pantas kaki di atur untuk ke bilik air. Tangan, kepala dan kaki sudah basah kerana air wudhu. Sejurus keluar dari bilik air dia pun terus mencapai kain telekung lalu memakainya dan setelah itu dia pun menghamparkan sejadah.

Untuk sujud terakhir. Lama dia bersujud meminta petunjuk dari yang Maha Esa. Segala perihal mimpi tadi diceritakan dengan penuh pengharapan. Moga tidak akan berlaku di dunia nyata segala yang berlaku dalam mimpi ngerinya tadi.

Setelah agak lama bersujud. Kemudian salam diberi, lalu tangan di tadahkan untuk berdoa meminta kekuatan dan petunjuk dari-Nya.

Air mata sejak tadi tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya terlepas dari kantung mata. Terasa diri begitu lemah, tidak berdaya.

Rintihan demi rintihan dia panjatkan kepada-Nya!

Akhirnya setelah agak reda meluahkan rasa pada Sang Khaliq. Athalia mengesat air mata yang sedari tadi turun. Lalu dia bingkas bangun. Sejadah dan telekung diletakkan di tempat asal.

Lalu dia menuju ke katil Queen miliknya. Telefon bimbit dicapai

Jam ditilik sudah pukul 2.12 pagi. Hampir sejam dia duduk berteleku di atas sejadah tadi. Athalia meraup wajah jelitanya. Sekali lagi bayangan mimpi ngeri tadi terbayang.

“ Ya Allah! Walau dimana pun dia berada selamatkan lah dia ya Allah. Hamba masih ingin bersamanya. Hamba masih ingin menghabiskan masa yang ada bersamanya. Hamba mohon Ya Allah, maafkan hamba jika permintaan hamba ini keterlaluan tapi hamba tak sanggup Ya Allah! Hamba tak sanggup..... ”. Entah rintihan ini rintihan yang ke berapa kali.

Athalia bingkas bangun. Dia mengatur langkah keluar balkoni biliknya. Telefon di tangannya di tenung. Lama

Lalu dia pun membuat keputusan untuk menghubungi abangnya. Atfaz Rizki.

Salah satu cara untuk menenangkan dirinya saat ini.

Tut

Tut

Panggilan pertama tidak berjawab. Athalia sudah resah

Kali kedua. Akhirnya panggilan dijawab. Namun bukan ini yang Athalia mahukan.

“ Hello Assalamualaikum ”. Ujar suara garau di corong telefon itu. Athalia melihat nama yang dia call itu. Kalau kalau bukan abangnya.

Berkerut dahi. Ini memang nombor abangnya tapi kenapa orang lain yang angkat. Athalia semakin di hurung resah

Air mata laju turun kembali. “ Hello ? ”. Panggil lagi suara garau itu

Athalia yang tersedar terus berdehem. “ Abang saya mana encik? Kenapa telefon abang saya ada pada encik ? ”. Soal Alana tergagap gagap sedikit dengan suara serak.

Berkerut dahi Jibran mendengar suara serak itu. Menangis ke “ Ohh abang Cik dekat tandas... Kejap lagi dia keluar aku suruh dia call balik   ”. Ujar suara garau itu mendatar

Terganggu juga tidurnya apabila telefon bimbit sahabatnya itu berdering tak berhenti. Tanpa membuang masa terus saja dia angkat.

Mereka baru habis berbincang di markas ada hal yang perlu  diselesaikan tadi. Dan kini dia dah Atfaz berada di rumah Atfaz. Dan dia terlelap. Penat

Atfaz pula pergi tandas. Entah lah lama benor pegi tandasnya.

Belum sempat Athalia menjawab panggilan tadi dimatikan oleh orang sana. Yakni oleh suara garau tadi. Siapa lagi kalau bukan Jibran

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now