LUGGAGE berwarna hitam yang berada di atas almari Athalia capai. Zip dibuka lalu beberapa helai baju, seluar dan tudung dimasukkan ke dalam luggage tersebut.
Dia perlukan masa untuk menenangkan diri, tenangkan hati dan jiwanya yang sedang tidak baik baik saja.
Setelah beberapa minit, akhirnya usai juga kemas mengemas baju.
Sebelum keluar dari bilik itu, sempat dia mencapai sepucuk surat di atas meja soleknya.
Kaki dihayun keluar dari bilik.
Sebelum menuju ke destinasi yang dituju. Athalia singgah ke suatu tempat dahulu. Sesampai saja, butang loceng ditekan.
Menunggu gerangan yang akan keluar dari rumah agam itu. Setelah beberapa kali loceng ditekan. Akhirnya keluar seorang wanita yang agak berusia.
" Assalamualaikum cik, cik nak jumpa siapa ?". Soal wanita berusia itu kepada Athalia yang berdiri di luar pagar itu. Athalia mengenakan penutup muka dan kaca mata hitam.
Athalia menarik ke bawah kaca matanya. Sempat dia beri senyuman kepada wanita tua itu. Walaupun hanya matanya yang berperanan.
" Waalaikumussalam, ini rumah Cik Atisha ke ?". Soal Athalia lembut.
Wanita tua itu laju mengangguk.
Athalia kulum senyum lagi, lalu menghulurkan sepucuk surat kepada makcik itu.
Berkerut dahi makcik tersebut. " Pass kan pada Cik Atisha ya makcik, cakap je dari seseorang. Saya minta diri dulu ". Ujar Athalia. Lalu menapak pergi meninggalkan wanita tua itu tadi
Tanpa membuang masa, pedal minyak ditekan. Dengan laju keretanya membelah jalan yang langgeng itu.
Kini destinasinya hanya satu. Ke suatu tempat yang terpencil dan dia pasti tempat itu sangat menenangkan.
MEREKA bersiap sedia untuk bergerak ke kawasan kampung yang terpencil. Misi kali ini mengenai kampung Kalis Bina yang seringkali menjadi tempat pemerdagangan benda terlarang.
Semua komando sudah bersiap sedia termasuklah Jibran. Ini adalah misi pertama mereka setelah perginya Atfaz.
Jibran hanya melihat sahaja gerak geri tentera bawahannya yang sedang sibuk melakukan tugas masing masing.
" Jauh termenung ". Sapa satu suara garau sambil menepuk bahu Jibran yang sedari tadi ralit memerhatikan anak buahnya.
Jibran palingkan muka. Riak terkejut terpasang di wahajnya tatkala melihat gerangan itu. Selaras itu dia simpul senyum nipis. Sudah agak lama tidak bersua muka dengan gerangan di sebelah ini.
Jibran menyuahkan tangan kepada lelaki itu. Begitu juga lelaki itu pantas menyambut huluran Jibran.
" Teez, what's up bro. Lama tak muncul, kau pergi mana je ?". Soal Jibran dengan nada sedikit teruja. Itulah satu satunya sepupu yang dia rapat
Danil Marteez
Sepupu terdekat Jibran Qayyim, dia juga merupakan seorang tentera paskal yang sangat handal . Seorang yang hanya mementingkan pekerjaan dan tugasnya lebih dari segalanya.
" Aku ada je dekat sini. Kau tu makin hensem je aku tengok ". Seloroh Marteez sambil menjungkitkan kening.
Setelah sekian lama tidak bertemu. Akhirnya dia dapat juga bertemu dengan sepupunya ini. Makin hensem
" Lah kau baru perasan ke. Aku memang hensem bro ". Seloroh Jibran. Angkat bakul sendiri
Marteez tertawa.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romantik2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...