Athalia meregangkan badannya yang terasa lenguh. Dicapai jug air yang berada di atas meja itu lalu dituangkan ke dalam gelas kaca. Usai beberapa tegukan, dia letakkan semula gelas itu.
Setelah itu, dia meneliti sekujur tubuh dihadapannya kini. Siapa lagi kalau bukan Jibran Qayyim.
"Awak memang taknak bangun ke Jibran ? Dah seminggu awak tidur, tak penat ke? Saya yang tengok awak ni pun penat tau". Ujar Athalia lirih. Rasa sedih ditepis jauh, nak nangis pun air mata dah merajuk taknak keluar dah sebab terlalu sering dia menangis. Dia hela nafas panjang tatkala mengenangkan suaminya yang sudah seminggu tidak bangun dari lena yang panjang itu.
"Okay macam ni, apa kata kita buat bet? Kalau awak bangun hari ni saya akan terima awak jadi suami saya. Tapi kalau awak tak bangun juga harini, sampai masa awak lepaskan saya, saya takkan bagi cinta saya pada awak. Okay deal?". Kata Athalia sendiri. Tanpa persetujuan lelaki itu dia buat deal sendiri. Jari kelingkingnya disatukan dengan jari suaminya tanda perjanjian sudah termerterai. Sejurus itu dia bangun dari duduk. Jam di tangannya ditilik.
"So Leftenan Jibran Qayyim, masa awak lagi berbaki 6 jam 47 minit 23 saat dari sekarang. Kalau awak nak tidur juga, jangan salahkan saya kalau saya cari semula bekas tunang saya!". Ugut Athalia. Entah macam mana muncul idea itu, dia main rembat je. Siap petik nama bekas tunang pula tu. Kang terkejut si Jibran tu dibuatnya.
Usai itu dia mula bergerak ke tandas mengambil besen dan air untuk membersihkan suaminya. Tanpa dia sedari sejak tadi suaminya sudahpun sedar.
"I keep your promise wife". Ujar Jibran sebaik mendengar pintu tandas tertutup. Dia sudah sedar sejak tadi. Siap tenung Athalia yang tertidur pulas di lengan kekarnya.. Kesian dia melihat isterinya sanggup tidur di atas kerusi demi menemaninya. Ada je sofa, tapi lebih memilih tidur dekat dengan dia.
Jibran tersenyum sendiri tatkala mendengar bet isterinya tadi. Tak sangka idea sebegitu Athalia akan buat. Pelik tapi dia suka. Maknanya mereka takkan berpisahlah kan?
Tatkala bunyi pintu dibuka mati enyuman Jibran. Sudah pasti itu isterinya. Matanya kembali dikatup dan dia beriak seperti tiada apa apa berlaku.
Athalia meletakkan besen di atas meja. Dia mengeluh perlahan tatkala melihat posisi Jibran masih seperti tadi. Tiada tanda tanda mahu bangun. Sejurus itu, dia memerah kain di dalam besen itu lalu wajah suaminya dilap dengan lembut.
" Dah seminggu saya dekat sini Jibran, awak betul ke taknak bangun? Ke nak saya tambah syarat dalam bet kita. Awak nak tak?". Soal Athalia lagi sambil tangannya sibuk membersihkan wajah suaminya dengan penuh teliti agar segala wayar wayar yang ada disitu tidak terkena.
" Ha saya tahu, kalau awak taknak bangun juga. Saya akan pergi jauh dari sini supaya awak takkan jumpa saya lagi dah. Saya serius ni ". Kata Athalia.
" Takpe lah, awak tidurlah, lap sendiri muka awak tu. Dah lah saya buat hari-hari benda tu, terima kasih awak pun takde langsung ". Omel Athalia. Kain itu diletakkan semula di besen. Malas. Bukan malas tapi merajuk sebab Jibran lama sangat tidur
Dia bergerak ke sofa lantas tubuhnya dibaringkan disitu. Penat! Nak tidur. Dia melihat sekilas ke arah Jibran. Setelah semuanya baik baik saja, dengan perlahan dia mula menutup matanya.
Bunyi ringtone telefonnya memenuhi ruangan itu. Lantas mata dicelikkan perlahan berserta dengusan kecil. Kacau orang nak tidur je.
Athalia bangun lalu melilau mencari arah bunyi itu. Sebaik dia nampak keberadaan telefonnya dimana, dia berjalan mendekati arah itu.
Terbias kerutan tatkala nombor yang tidak dikenali menghubunginya. Sebuah tanda tanya bermain di minda. Siapa ? Dia tidak tahu dan tidak kenal.
Tanpa berlengah dia menggeserkan butang hijau ke kanan. Angaktlah walaupun stranger, kut kut benda penting ke apa ke.
" Assalamualaikum, hello siapa ni ?". Soal Athalia
" Halord, dah lupa ke ? Cepatnya ". Kata si gerangan disebalik corong telefon. Athalia menjauhkan telefonnya dari telinganya.
" Halord? ". Katanya perlahan. Siapa ? Lama dia berfikir, usai ingatannya memulih. Laju dia mendekatkan semula telefonnya ke telinga. Seketika terpancar keceriaan, yelah Halord dah kira macam abang dia dah.
" Oh Halord, ya ada apa apa ke? Kenapa awak call saya ?". Soal Athalia. Berkerut lagi sekali dahi Athalia tatkala Halord tertawa. Aku buat lawak ke tadi?
" Takdelah, saya cuma nak tanya. How's Jibran ? Dia dah okay ke? Dah sedar?". Soal Halord. Dia cari Athalia pun sebab nak tahu perkembangan sahabatnya itu. Sebaik dia dengar berita tentang Jibran koma, bergegas dia mencari Danielle untuk meminta nombor kontak Athalia. Itu yang dia call Athalia tu.
" Ohh". Gumam Athalia. Jibran dipandang seketika. Nafas berat dihela
" Masih sama, dah seminggu dia tak sedar ". Ujar Athalia perlahan. Terdengar keluhan dihujung ayatnya.
Disisi lain. Halord meraup wajahnya. Lepas satu, satu masalah timbul. Dia pun baru sahaja sembuh dari luka akibat terkena tembakan dalam misi beberapa bulan yang lalu. Dan itu juga salah satu punca dia tidak dapat hadir majlis perkahwinan Jibran dan Athalia. Sebab kesan tembakan di bahagian perut kanannya sangat teruk. Nasib baik masih diberi nyawa. Itupun Jibran tidak tahu soal itu sebab dia taknak sahabatnya itu risau. Eh alih alih Jibran pun terkena sama. What a coincidence?
" Takpelah awak doa je banyak banyak. Bagi tahu Jibran kejap lagi aku datang ". Pesan Halord
" Okay, errr awak datang sorang ke ?". Soal Athalia. Manalah tahu Danielle ada sekali. Habis sahaja soalan itu dia tuturkan. Terdengar keluhan Halord. Athalia senyum nipis, tahulah dia yang Halord anti dengan sahabatnya itu.
" Buat buat tanya ke atau nak sakitakan hati aku ?". Soal Halord sarkastik. Dah tahu tanya lagi. Mestilah minah tu ikut, dia takkan beri Halord nombor telefon Athalia kalau tiada syarat yang dia kenakan. Sudahnya Halord mengalah, demi mengetahui perkembangan tentang Jibran, dia sanggup terima syarat Danielle iaitu angkut minah blonde tu datang Malaysia sekali dengan dia.
Athalia tertawa perlahan. " Okaylah kalau macam tu, kirim salam saya dekat Danielle tau, btw drive safe ". Kata Athalia. Sejurus itu dia matikan panggilan. Kini pandangannya seratus peratus ke arah suaminya.
" Kalau Halord datang sini awak masih taknak bangun juga. Jangan salahkan saya kalau saya ikut dia balik Hamburg. Buat padam muka awak tinggal sini sorang sorang ". Ugut Athalia lagi. Setiap kali melihat lelaki itu masih diulit lena yang panjang, setiap kali itu jugalah dia mengugut. Tak habis habis dengan mengugutnya. Dahlah idea ugutannya tak masuk akal.
Apapun jangan lupa selawat - Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad
p/s : hai rindu tak ? 🤭
TBC
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...