LOCENG rumah berbunyi berkali kali, setapak demi setapak Athalia atur langkah ke pintu utama. Buka saja terpampang wajah beberapa anggota kemas berpakaian tentera sama seperti abangnya.
Berkerut dahinya berlapis lapis namun dalam masa yang sama dia koyak senyum manis
“ Cik Athalia Zivara? ”. Athalia pantas mengangguk. Pelik melihat lelaki berpakaian tentera itu tahu namanya. Namun bukan seorang, ramai
Setelah lama merenung satu satu wajah wajah yang tidak dikenali itu, sorotan matanya jatuh pada benda yang dipegang oleh lelaki yang berada di hadapnnya ketika ini.
Senyuman yang menghiasi bibir seketika tadi tiba tiba mati. Degupan jantung sudah tidak teratur, nafas yang lancar tadi tiba tiba diserang sesak, hati yang tenang sebentar tadi menjadi gundah gulana, perlahan lahan tubir mata menjadi panas.
Athalia menggeleng laju menidakkan andaian anasir negatif yang mula mendominasi fikirannya.
“ Kami minta maaf Cik, tu-..”
“ Mana abang saya? ”. Cantas Athalia dengan nada perlahan. Entah mereka dengar atau tidak. Serasa suaranya tidak mahu keluar.
Lelaki itu tidak menjawab, namun melihat gelengan itu sudah menjawab persoalan Athalia.
“ No! Tak mungkin! Encik tipu kan? ”. Bidas Athalia
Pantas tangisannya pecah saat itu dan perlahan lahan tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Sungguh jika ini adalah mimpi, bangunkan dia secepatnya, dia tidak mampu menamatkan mimpi itu. Sakit, pedih, semua Athalia rasakan. Dia tidak mahu
Tolong bangunkan dia andai ini adalah mimpi ngeri.
“ Kami minta maaf cik, Tuan Aftaz memang dah takde, kami minta maaf sebab tak dapat selamatkan Tuan Atfaz! ” Tegas lelaki itu berkata. Dia menghulurkan barang milik Atfaz kepada Athalia dan tidak lupa juga sepucuk surat.
Athalia menggeleng melihat semua barang kepunyaan abangnya itu. Tangan yang tadi digunakan menekup mulut beralih menyambut huluran lelaki itu. Terketar ketar tangannya.
Sayu wajah lelaki itu memandang Athalia. Kesian barangkali
“ Kami pergi dulu cik. Salam takziah! ”. Ujar lelaki itu. Athalia masih diam tidak berkutik. Sukar dia hadam perkara yang baru sahaja dia terima ini. Sakit
“ Ya Allah, ujian apa lagi ini ya Allah. Sungguh aku tak mampu ya Allah”. Rintih Athalia dalam esakan
LANGKAH diatur memasuki rumah, namun langkah itu semakin lama semakin longlai tatkala semua memori bersama abangnya terulang tayang. Tidak dapat menahan tubuhnya jatuh melorot. Tiada lagi tenaga seperti sebelum ini. Semuanya seolah olah dibawa pergi bersama berita yang dia dapati sebentar tadi. Tangisannya semakin deras tatkala mengenangkan akan nasibnya tanpa seorang abang disisi dan tanpa sesiapa.
Perlahan lahan tangan mencengkam kuat baju abangnya yang tertera nama Atfaz itu. Tunak mata memandang semua barang barang tersebut, ada baju uniform abangnya, rantai dan juga surat, kemudian beralih pada sekeliling ruang tamu mewah itu. Jika sebelum ini ada gelak tawanya bersama abangnya. Namun kini hanyalah sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Hanya esakannya sahaja.
“ Ab-abang ti-tipu... Abang tipu adik, abang janji akan balik tapi kenapa abang tak balik ? ”. Rintih Athalia, semahu mahunya dia mengoggoi menangis
“ Abang tipu! Siapa nak jaga adik nanti,, siapa teman adik nanti, siapa nak layan perangai adik nanti, siapa nak jadi abang bubu kesayangan Ziv nanti? Abang!! Balik lah adik nak abang, adik na-nak abang, Ya Allah! ”. Rintih Athalia
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...