LJHS | 55

2.8K 131 6
                                    

"Bila purnama abang nak bangun ni? Tahu tak abang rindu sangat dengan sayang." Luah Jibran. Terselit getaran pada suara garau itu.

Seketika kolam matanya mulai dibanjiri air mata. Betapa dia mengharapkan keajaiban buat isterinya. Keajaiban untuk bangun semula. Seperti sedia kala.

"Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat." Luahnya lagi. Keadaan hening seketika. Mata hitam pekat itu tunak merenung wajah pucat isterinya yang terbaring lesu. Sebelah tangan naik mengusap kepala sang isteri yang berbalut selendang manakala tangan sebelah lagi dilekapkan pada pipinya.

Bagai tidak mahu lepas.

"Sayang tahu tak, abang ada berita gembira nak bagitahu sayang. Tapi purnama abang ni kena bangun dulu baru abang cerita. Tak syok lah cerita abang nanti kalau takde respon dari sayang. Abang nak sangat dengar suara sayang." Katanya lirih. Jibran seakan-akan berada didunia ciptaannya sendiri.

Sejujurnya dia mengharapkan balasan dari isterinya. Namun hampa. Itu hanya sebatas harapan yang entah bila akan tertunaikan.

"Sayang tunggu kejap tau, abang ada hadiah untuk sayang." Tangan Athalia dilepaskan. Dia bingkas bangun menuju ke satu arah.

Athalia masih diam di pembaringannya. Sejujurnya dia mahu membuka matanya, dia mahu menatap wajah suaminya. Dia mahu usap air mata suaminya, dan dia mahu membalas setiap bait bicara suaminya.

Namun teringat akan hal yang berlaku petang tadi, dia mematikan niatnya. Dia takut jikalau dia tidak mampu mengawal emosinya. Dia takut jika perkataan yang tidak baik akan keluar dari ulas bibirnya dan dia takut akan hakikat itu kerana dia tidak yakin yang dia mampu menerima semua penipuan itu.

Sakit!

Dia sakit, dia terluka dan dia kecewa. Tanpa sedar air matanya jatuh menitis.

Adakah ini balasan kerana derhaka kepada suami? Athalia menahan diri dari meraung saja tika ini. Jujur, dadanya sakit akibat menahan tangisan yang tidak mampu dikeluarkan.

Jibran yang sudah muncul itu kembali duduk di tempatnya tadi. Usai menyesuaikan kedudukannya. Dia kembali menatap wajah jelita Athalia. Sebuah senyuman terkulum buat sang isteri.

Dia masih tidak sedar keadaan Athalia saat itu.

"Ehem!" Dia berdehem seketika. Meneutalkan pita suaranya.

"Sayang dah ready ke? Abang nak nyanyi untuk sayang ni sebagai hadiah sebab sayang masih bertahan sampai saat ini. Sayang dengar tau." Tutur Jibran beserta senyuman nipis. Luaran sahaja tersenyum namun dalamannya rapuh dan semestinya terluka.

Dia mula mengetik gitar di tangannya. Di mana dia dapat? Mestilah dia minta Atfaz bawakan. Sebelum Atfaz datang ke sini, dia sudah ingatkan lelaki itu agar membawa gitar buatnya.

Nafas dihela panjang sebelum bait-bait lagu Seribu Tahun hasil nyanyian Imran Amjain dipersembahkan dengan penuh syahdu. Irama yang lahir dari hati.

Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku 'kan selama ini?

Mata tunak memandang sang isteri.

Biar berputar utara, selatan
Ku tak putus harapan
Sedia, setia

Jibran yang terlalu menghayati nyanyian itu tanpa sedar mengalirkan air mata. Siapa sangka lelaki gagah perkasa seperti dirinya tewas hanya kerana sekujur tubuh itu?

Wajah isterinya di pandang penuh cinta sebelum matanya ditutup perlahan. Untuk menghayati setiap bait lagu itu. Ini kerana lagu itu persis situasinya saat ini.

Menunggu dan terus menunggu tanpa tahu bila waktunya tiba.

Rela ku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku 'kan tahan sepanjang jalan ini?

LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUSWhere stories live. Discover now