Ketukan pintu pejabatnya menghentikan pekerjaan Athalia. Lantas dia menyeru si gerangan pengetuk itu untuk masuk.
" Ada apa Dura ?". Soalnya sebaik sahaja Dura memasuki ruangan yang agak mewah itu . Cantik ! Elegant! Sesuai dengan orang seperti Athalia Zivara
Dura menapak lebih dekat ke arah Athalia seraya meletakkan satu cup coffee di atas meja majikannya
" Untuk miss Thalia ". Beritahu Dura sambil tersenyum . Lantas terbias kerutan di dahi Athalia
" Siapa bagi ? Awak ke ?". Soal Athalia . Setahunya dia belum order apa-apa dan tak rasa nak minum apa-apa pun .
Laju Dura menggeleng . " Bukan dari saya tapi dari encik tunang miss Thalia lah ". Seloroh Dura
Athalia hanya mengohhkan sahaja. Bibirnya ternaik sedikit tatkala melihat tulisan pada cup coffee itu . My fiancé ♡
" Dia ke yang hantar ?". Soal Athalia lagi. Yelah sebab selalunya kalau Jayden yang hantar, lelaki itu sendiri akan jumpa dia dulu walau sekejap . Tapi ni takde pula. Itu yang dia Tanya Dura siapa yang bagi .
" Bukan Encik Jayden miss Thalia , Encik Arfiq yang pass dekat saya ". Terang Dura. Dia pun terkejut juga tadi , ingatkan siapalah yang sesat datang butik lepas tu bagi dia coffee. Rupanya Encik Arfiq , personal assistant Encik Jayden .
Sekali lagi Athalia hanya mengohhkan.
" errr Miss Thalia ". Panggil Dura perlahan
Athalia memgangkat kepala memandang Dura dengan kerutan didahi putih itu . Ada apa-apa ke ?
" Kenapa Dura . Ada apa-apa lagi awak nak cakap ?". Soal Athalia . Pensil di tangannya diletakkan kembali seraya menumpukan perhatian kepada stafnya
" Pasal our latest design, ada pihak yang buat spekulasi mengenai design kita, mereka kata kita guna barang yang tak berkualiti untuk kesemua product kita. And dia orang kata lagi harga baju kita terlalu mahal ". Terang Dura dengan sekali nafas. Fuh baru lega dapat lepaskan semuanya . Gumam Dura , namun melihat wajah tenang majikannya, dia hairan. Takde perasaan ke boss aku ni ?
" errr itu je ke ? Ada apa-apa lagi ?". Soal Athalia dengan tenang . Seperti tiada apa yang berlaku
Dura mengangguk. " Lagi satu Miss Thalia, customer yang dah beli product kita tu diorang nak pampasan sebab kononnya gaun tu tak berkualiti . And sekarang butik kita dah viral sebab keluarkan product yang tak berkualiti dan tak sesuai dengan harga ". Terang lagi Dura . Walaupun dia sakit hati dengan kenyataan orang orang yang tak bertanggungjawab itu , namun dia masih tenang menerangkan kesemua permasalahan itu kepada majikannya. Walhal dalam hati mahu saja dia memaki orang berkenaan . Tak guna betul , nak jeles pun agak-agak lah . Jangan lah sampai fitnah hasil tangan orang lain. Penat tahu tak bersengkang mata sebab nak hasilkan satu design. Ingat senang ke ? Geram !
Athalia hanya mengangguk . Sedikit sebanyak risau juga hatinya . Time time macam ni lah semua masalah muncul. " Itu je ?" . Soalnya
Dura hanya mengangguk . " Takpe awak jangan risau . Saya akan settle kan benda ni . Ni awak contact orang yang sebarkan fitnah tu, dan bawa dia bersemuka dengan kita . Kalau dia taknak ugut dia yang kita akan failkan saman untuk dia ". Ujar Athalia dengan teliti . Kalau orang tu taknak besemuka dengan mereka , saman lah jawabnya. Siapa suruh sebar berita tak betul . Lagipun dia tak lah bodoh sangat nak keluarkan product yang tak berkualiti . Lagi lagi dengan harga setiap design mereka .
Dura mengangguk laju dan setelah perbincangan selesai dia pun angkat kaki untuk keluar dari ruangan itu.
Athalia hela nafas panjang seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi mewah miliknya. Lakaran design terbaru di atas mejanya di pandang sepi lantas kelopak mata dipejamkan seketika. Rehatkan minda sekejap pun , jadilah .
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...