DANIYAL bermundar-mandir di depan pintu pejabat Adyan. Niat dia ke mari untuk datang bertemu dengan lelaki itu. Namun, orang lain yang datang menyapanya terlebih dahulu.
Qaira. Gadis yang pernah menjadi sebahagian dari hidup Adyan.
"Mana dia?" Adyan tiba di pejabat selepas hampir setengah jam Daniyal menunggunya.
"Dekat dalam."
"Kenapa dia datang sini?" soal Adyan. Ikutkan hati kecilnya, dia malas mahu bersua muka dengan Qaira. Sebabkan Daniyal telefon, mahu tak mahu dia perlu juga.
"I don't know, bro." Daniyal angkat bahu. Tak sempat nak menyoal panjang gadis itu. Tadi dia terus keluar dari pejabat Adyan dengan niat mahu menelefon lelaki itu.
Adyan tarik nafas dalam. Satu masalah dah selesai, satu lagi pula masalah timbul.
"How?"
Adyan membisu. Memikirkan apa yang patut mereka lakukan sekarang. "It's okay. I will meet her."
Daniyal hanya mengangguk. Memandang Adyan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"You..." Qaira bangun dari sofa panjang yang ada di dalam pejabat tersebut. Senyuman gembira terukir di bibirnya. "I tunggu you dari tadi."
"Hmm... kenapa you buat kecoh kat office I?" Lembut suara Adyan bertanya. Dia penat nak berbalah sebenarnya. Sekilas dia pandang Qaira sebelum pandangannya dihalakan ke arah lain.
"I nak jumpa you, Adyan." Qaira perlahan mendekati Adyan, jarak antara mereka cuma beberapa tapak. Mata Adyan terpaku ke arah lain, seolah enggan merenungnya langsung.
"Why you nak jumpa I? For what?" Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali Qaira bertindak sebegitu. Datang ke sini semata-mata nak buat kecoh.
"You masih tak maafkan I ke?" Suara Qaira kedengaran perlahan, seolah meraih simpati. "Walaupun I tak buat apa-apa yang salah."
Adyan tergelak sinis. Dia menggeleng. Tak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang. "Stop, Qaira. I malas nak buka cerita dulu. Past is past. I've already moved on."
"What? You dah move on? No!" Qaira menggeleng laju. Menafikan kebenaran. Tak mungkin semudah itu Adyan melupakannya selepas apa yang mereka telah melalui bersama. Dia cinta pertama Adyan. "I don't believe you at all."
"Terpulang you nak percaya atau tak. I tak kisah."
"You still love me, don't you?"
Adyan tak menjawab. Malas nak buka mulut lagi. Biar Qaira berteka-teki sendiri.
Mata Qaira tertumpu ke arah sesuatu yang menarik minatnya. Cincin di jari Adyan. Sejak bila lelaki itu suka pakai cincin? Ketika mereka bercinta, dia tak pernah melihat Adyan pakai sebarang aksesori di tangan selain jam.
"Or do you already have someone else?"
Kali ini, jantung Adyan sedikit berdegup kencang. Tak pasti kenapa. Pandangan dia dan Qaira bertembung seketika.
"Kenapa you tak jawab, Adyan?" Dalam hati, Qaira cuba menafikan spekulasi sendiri. Tak mungkin secepat itu Adyan mencari pengganti. Mustahil!
ANDA SEDANG MEMBACA
RAAZIYA
RomansaTo my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.
