ADYAN ikut langkah Raaziya. Mereka masuk ke dalam satu bilik yang betul-betul berada di sebelah tangga yang menghala ke dapur.
"Ni bilik saya. Sorry kalau berselerak sikit."
Mata Adyan meninjau sekeliling. Pada pandangannya, bilik itu tidak terlalu luas. Malah terasa agak kecil dengan katil single, perabot lama, dan almari kayu yang memenuhi ruang.
Raaziya perasan mata Adyan memerhati sekeliling. Mujur tadi petang dia sempat kemas, sekurang-kurangnya bilik dia tak nampak berselerak sangat. Kalau tidak, tak pasal-pasal Adyan anggap dia seorang pengotor.
"It's fine, Raaziya."
Adyan melangkah perlahan ke arah katil single itu, lalu duduk dengan berhati-hati, bimbang katil lama itu berbunyi atau roboh tiba-tiba.
Tangan kanannya membuka satu butang atas baju Melayu yang dipakainya. Panas mula menyerang. Kipas kecil di dinding sekadar berputar perlahan, langsung tak membantu menyejukkan suasana.
Macam mana Raaziya boleh tidur dalam keadaan panas yang macam ni?
"Awak panas ke? Saya minta maaf." Raaziya rasa serba salah melihat wajah Adyan yang sudah kemerahan. Mungkin akibat kepanasan.
"Eh, tak! Saya tak panas pun. Sejuk adalah," Adyan cuba berdalih, walaupun tangannya spontan mengipas-ngipas wajah sendiri.
Tindakan spontan itu jelas menafikan kata-katanya, membuatkan Raaziya makin rasa bersalah.
"Nah, guna kipas ni," ujar Raaziya sambil menghulurkan kipas tangan yang entah dari zaman bila.
Adyan sambut dengan senyuman kelat, memandang kipas itu yang jelas sudah banyak berjasa. Sambil mengipas perlahan, dia pandang Raaziya, "Legend betul kipas awak ni."
"Hahaha... Ya..." Raaziya geli hati. Dia tergelak. "Kalau macam tu, awak nak mandi tak?"
"Boleh ke?" tanya Adyan dengan wajah polos, seolah-olah tak yakin jawapannya.
Raaziya kerut kening sambil tersenyum, "Kenapa tak boleh pula? Sekejap saya ambilkan tuala," lalu dia bangun, masih geli hati.
ADYAN keluar dari bilik air rumah Encik Sulaiman yang terletak di sudut ruang dapur. Walaupun sudah lengkap berpakaian, badan masih terasa sejuk kerana dia mandi menggunakan air kolah.
Langkah disusun ke arah bilik Raaziya. Belum sempat melangkah, Adyan terdengar suara seseorang menegur.
"Hai."
Adyan pandang pemilik suara. Wajah yang pernah dilihatnya sebelum ini. Cuma dia kurang pasti di mana. "Yes?"
"I Atiqah." Atiqah perkenalkan diri. Dengan satu senyuman, tangan dihulur ke arah lelaki itu.
Adyan kerut kening sebelum teringat sesuatu. Kejadian lalu. Kejadian di Restoran Halab KL. Kejadian yang buatkan dia hampir hilang sabar.
Gadis di hadapannya sekarang rupa-rupanya orang yang sama, yang pernah cuba menampar dan menarik tudung Raaziya pada tempoh hari.
Minah sewel.
"I remember you very well," ujar Adyan perlahan, matanya tajam memandang gadis itu. Huluran tangan langsung tak disambut.
ANDA SEDANG MEMBACA
RAAZIYA
RomanceTo my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.
