Bab 40

64 6 0
                                        

TEPAT jam 9 malam, Raaziya tiba di Pejabat Agama Islam Daerah Kinta di Greentown, Ipoh. Raaziya dan Encik Sulaiman datang bersama. Manakala, Puan Shida dan Atiqah berkeras untuk tidak mahu ikut serta.

Raaziya melangkah perlahan masuk ke dalam, dadanya terasa sesak melihat Adyan yang setia menunggu. Lelaki itu tampak segak berbaju Melayu lengkap bersampin, senyumnya tenang menyambut kehadirannya.

Adyan terpaku seketika, matanya terpaku pada Raaziya yang anggun berbaju kurung putih dan bawal polos tanpa veil. Dalam cahaya sederhana pejabat agama malam itu, dia kelihatan luar biasa di mata Adyan. Segala debar dan gementar Adyan seolah hilang, digantikan rasa kagum melihat Raaziya di hadapannya.

Cantik. Terlalu cantik.

Senyuman Adyan dibalas Raaziya, namun dia hanya tunduk memandang jari-jemarinya. Perlahan, Raaziya mengambil tempat di sudut, cuba menenangkan debar di dada.

Beberapa saksi juga sudah berada di dalam bilik tersebut. Majlis nikah ini berwali kepada Encik Sulaiman, pak cik kandung Raaziya. Tak lama kemudian, majlis akad nikah pun bermula dalam suasana tenang, hanya suara tok kadi kedengaran mengisi ruang.

Raaziya duduk diam di sudut, jantungnya berdegup kencang. Semua ini berlaku terlalu pantas. Kalau inilah yang terbaik untuknya, dia akan menerima dengan hati yang ikhlas.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Suara saksi bergema dalam bilik itu, menandakan segalanya telah selesai.
Lepas akad nikah disahkan, tok kadi pun membacakan doa ringkas memohon keberkatan untuk pengantin baru.

Adyan menahan air matanya dari terus menitik. Masih belum percaya dengan apa yang berlaku tika ini. Sesekali Adyan menoleh memandang Raaziya yang sudah sah bergelar isterinya.

Gadis itu sedang menangis.

SELESAI majlis, Raaziya hanya membuntuti Adyan dengan langkah perlahan. Dia masih kekok, dunia barunya terasa asing, tapi kehadiran Adyan membuatnya rasa lebih selamat.

Encik Sulaiman sudah menghilangkan diri terlebih dahulu. Pulang ke rumah. Langsung tidak bertemu mahupun menyapa mereka selepas selesai saja majlis.

"Cantiknya awak malam ni." Suara Adyan perlahan memuji. Baru sekarang dia ada waktu untuk memuji.

Kata-kata itu buat pipi Raaziya mula merona merah. Dia malu. "Mana ada cantik." Raaziya laju menggeleng dan menunduk. Sedar mata Adyan sekarang sedang tepat menikam wajahnya.

"Cantik."

Raaziya mengukir senyum nipis, lidahnya kelu mencari jawapan. Dia hanya menurut langkah Adyan menuju ke tempat kereta yang diparkir tadi. Hatinya masih berdebar, namun dia cuba tenang melangkah bersama.

"Awak..."

"Ya?"

"Saya nak cakap... terima kasih untuk semuanya," ucap Raaziya sejurus masuk ke dalam kereta. Raaziya tahan air mata. Melihat keikhlasan hati Adyan buat dia cuba menahan sebak di dada.

"No need to thank me. I will do anything for you." Ikhlas Adyan bersuara. Tangannya kanannya naik mengusap lembut kepala Raaziya yang tertutup dengan tudung.

Raaziya tersenyum kecil, matanya mula berkaca. "Saya hargai awak... cuma saya tak pernah sangka ada orang sanggup buat semua ni untuk saya." Suaranya perlahan, penuh syukur dan terharu.

RAAZIYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang