LYDIA tersedar dari tidur apabila terdengar azan berkumandang melalui telefon pintar miliknya. Bermakna sekarang sudah masuk waktu subuh. Dengan mudah dia bangun dari baringan dengan mata separuh terbuka. Termenung buat seketika sebelum kepala itu di kalih ke tepi. Melihat sekujur tubuh yang masih lena di buai mimpi. Dia tersenyum tipis.
Kemudian itu, kaki di angkat turun ke bawah. Rambutnya yang terlepas lurus itu di kumpulkan. Di simpul rambutnya dahulu sebelum pengepit yang berada di atas meja lampu itu di capai lalu di kepitkan rambutnya. Setelah itu, dia terus berdiri dan menuju ke bilik air untuk bersihkan diri.
Sepuluh minit berlalu, Lydia telah siap membersihkan dirinya dan mengenakan pakaian langsung dalam bilik air. Buka saja pintu itu, Lydia di kejutkan dengan seseorang yang sudah lengkap dengan berpakaian baju melayu serta kain pelikat.
"Eh? Sayang? Bila masa awak bangun?" tanya Lydia hairan. Suaminya yang sedang duduk di birai katil di pandang penuh tanda soal.
"Masa kau mandi tadi. Aku tersedar sebab bunyi air dalam tandas tu" jawab Danish. Telefon pintar di matikan dan letak di sebelah. Dia bangun dari duduk. Sejadah yang sudah siap di bentangkan olehnya itu tadi di ambil safnya sebagai imam.
Mulut Lydia ternganga kecil sambil mengangguk faham. Sikat rambut yang terletak di atas meja solek itu di ambil lalu menyisir rambut panjangnya sehingga terlurus semua.
"Dah siap? Kalau dah siap, jom la solat. Lambat nanti, waktu subuh habis pula" ujar Danish apabila matanya tidak sengaja terpandang ke arah jam. 6.15 pagi.
"Tunggu kejap. Saya nak ambil telek..."
"Tak payah. Aku dah sediakan atas katil tu." Terbantut terus niat Lydia ingin ke almari untuk mengambil telekungnya. Dia memandang Danish kemudian beralih pada telekung di atas katil. Badannya menjadi beku tidak bergerak secara tiba. Hanya anak mata hitamnya sahaja bergerak memandang Danish dan telekungnya bergilir ganti. Tak tahu kenapa. Tapi ada perasaan yang terlampau terharu menyerang dalam diri dia saat ini.
"Sayang? Dah kenapa berdiri dekat situ? Cepat lah." Suara teguran lembut Danish itu berjaya menyentakkan Lydia dari mengelamun.
"O...oh kejap. Kejap sayang, saya nak pakai telekung." Kaki di arah laju menuju ke katil. Telekung atas katil itu di ambil lalu menyarung pada tubuhnya. Seiring itu, kain di sarungkan pada kaki sebelum dia berjalan mengambil saf belakang Danish.
"Dah sayang?" Kepala Danish bergerak menoleh ke belakang.
"Dah" respons Lydia. Kepala di jatuhkan sekali dengan senyuman. Namun Lydia bingung. Mengapa Danish melihatnya tanpa mengedipkan mata walaupun sekali? Keras kejung betul nengoknya?
"Hey sayang!" Lydia melibas kain sembahyangnya pada wajah Danish.
Secara langsung Danish tersedar. Bulat kecil mata itu memandang Lydia.
"Dah kenapa awak pandang saya macam tu? Cepat lah. Tadi suruh saya cepat sangat" marah manja Lydia. Tadi dia juga terhengeh-hengeh suruh kita ni cepat. Sekarang boleh pula dia jadi boneka tanpa nyawa tengok kita!
"Cantik sayang." Dua patah perkataan yang meluncur manis dari bibir Danish itu cukup membuatkan Lydia terpempan kecil. Laju dia memalingkan wajahnya ke arah lain sambil mengemam bibir. Menahan diri dari tersenyum. Lydia Marissa blushing!
"Ish! Cepat lah sayang! Puji-puji pulak dia pagi-pagi buta ni." Lydia setia dengan malu-malu kucingnya. Alahai suaminya ini. Nak sembahyang pun menyempat lagi nak puji.
Tercetus kecil tawa Danish melihat tingkah laku lucu Lydia itu. Dia tersenyum sebelum berbalik tubuh semula menghadap kiblat. Niat subuh di lafazkan lalu kedua belah tangannya itu naik mengangkat takbiratul ihram.
ANDA SEDANG MEMBACA
SISA RASA [C]
Romance✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cint...
![SISA RASA [C]](https://img.wattpad.com/cover/342977598-64-k902790.jpg)